harakahdaily - [...] ''Polis telah menemu bual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari Thailand.No2umnO - Ntah....kali ni aku tak berapa setuju dengan saudara Mahfuz kita....Berapa banyak bukti keberkesanan suruhanjaya menyelsaikan masalah. Ia bergantung kepada kerajaan. Kalau kerajaan masih yang sama, maka kita dah tahu jawapannya ......
''Ini kerana tidak ada sebarang saksi pun yang pernah melihat dakwat tersebut dan daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu, sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan ini," kata Menteri Dalam Negeri.
Penggunaan dakwat itu dibatalkan oleh SPR setelah polis mendakwa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara.
"Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut.
"(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (kabinet) percaya ia memang benar-benar wujud," kata Pengerusi SPR.
Kenyataan-kenyataan bercanggah tersebut, kata Mahfuz, memberi gambaran wujudnya permainan politik untuk menghalang kemenangan suara rakyat dalam pilihan raya tersebut. ... selanjutnya.
May 18, 2008
Batal dakwat: Tubuh surhanjaya kenalpasti pembohong
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Shahrir Cadang Warna Dakwat Dirahsiakan
No2umnO - Nampaknya shahrir samad ni lari dari tajuk .... bukan soal warna, tapi memang SPR tak mahu gunakan. Samaada SPR takut dengan kabinet atau SPR sendiri tak berani nak terima kenyataan. Backfire...dek orang atas. Tapi yang pasti ..... alasan yang tidak logik dan bodoh digunakan. Akibatnya bila diminta penjelasan, jenuh tunjuk sana, tunjuk sini. Akhirnya berkecamuk. Beri mereka 2 bulan dan semua keadaan menjadi normal. Biasa lah ... hangat hangat tahi ayam. Panas sekejap. Rashit pasti letak jawatan. Digantikan dengan orang yang lebih kurang sama. Aiii ... biasa dah.bernama - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad mencadangkan agar warna dakwat kekal untuk menanda jari pengundi semasa proses pilihan raya dirahsiakan.
Selain hitam, warna lain yang unik seperti merah jambu atau ungu boleh digunakan, katanya ketika diminta mengulas mengenai pembatalan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya 8 Mac lepas.
"Kita pilihlah warna yang unik kepada kita, janganlah pilih hitam sahaja, hitam semua orang boleh buat," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-28 Persatuan Pemborong Ikan Johor Baharu di sini hari Ahad.
"Jangan beritahu sesiapa warnanya sehingga pilihan raya diadakan," katanya. Tahun lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan penggunaan dakwat kekal itu dalam pilihan raya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang pengundian atas alasan keselamatan.
Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi pelaksanaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti yang dikesan oleh polis.
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Patrick comment on Zakat
No2umnO - Usaha mewajibkan Zakat kepada rakyat telah dimulakan oleh Kerajaan Kedah selepas kemenangan pada PRU12. Kerajaan Pusat dapat menghidu taktik ini. Dan sekarang kakitangan kerajaan secara otomatik telah di potong dari slip pendapatan tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada kakitangan. Kalau anda tidak percaya, tanya guru guru dan kakitangan kerajaan. Pemotongan gaji bermula pada bulan Mac lepas. Sesiapa yang mendapat tunggakan akibat kenaikan pangkat turut di potong gaji mengikut tunggakan yang mereka perolehi. Manakala sebelum ini ramai kakitangan yang dikatakan 'belum layak' untuk di potong gaji.niamah - [...] Why do this? Well, when you pay to the IRD, the money goes to the Federal Government and Umno will use the money. But when you pay zakat the state gets to keep the money and in the five Pakatan Rakyat states for sure Umno will not be able to get its hands on the money.
Think about it. Zakat is mandatory under Islam. So you will be fulfilling your Islamic duty plus you will be helping the five Pakatan Rakyat states plus you will be denying Umno that money. That’s killing three birds with one stone.
Okay, zakat is only 2.5% of your wealth (zakat harta) or income (zakat pendapatan) while income tax is higher. So, pay the higher figure. After all, you will have to pay it anyway whether you pay zakat or income tax. And imagine how many poor and destitute people, the homeless, students who need financial aid or scholarships, orphans, single mothers, old folks who can’t work, handicapped people, etc., can be helped with this zakat money."
Isn't that like a stroke of genius? I think our Muslim Malaysian brethren should seriously think about it. In fact, if there was something like this for Christians I'd switch over instantly. Up until the time I read this RPK post I only had one genius in my circle of friends. Now I have 2. Well, sort of friend la since I have never met RPK in person. Damn good la. Tabik, sir.... selanjutnya.
Labels: Rasuah Zakat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Demokrasi di Kampung
Pemilihan dan Pengundian Ketua Kampong
utaraonline - [...] "Gari, Perak pada 17 Mei 2008 bermula jam 9.00 pagi. Projek rintis ini diadakan hasil dari perletakan jawatan 796 Ketua-Ketua Kampong dan ini secara spontan telah memberi kuasa dan hak semula kepada rakyat untuk memilih dan mengundi Ketua-Ketua Kampong mereka sendiri.
Menurut Datuk Seri Ir Mohamad Nizar, projek rintis ini adalah yang pertama pernah dilakukan di Malaysia dan ini berasaskan konsep "Untuk Rakyat oleh Rakyat".
Pengurusan dan Petugas-petugas Pengundian dan Pemilihan
Dengan kerjasama dari Pegawai-pegawai Daerah Manjung dan Penghulu-penghulu Mukim satu jawatankuasa percubaan telah dibentuk bagi mengendalikan projek rintis ini. Antara Jawatankuasa Pertama Pengurusan Pengundian dan Pemilihan terdiri dari:

Labels: PERAK Govt
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Warga emas terpaksa tangguh hasrat bernikah kali keempat
Utusmeloya - Hasrat seorang warga emas Mohamed Nor Awang, 57, untuk bernikah dengan bakal isteri keempatnya pada hari Jumaat ini terpaksa ditangguhkan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shaikh Ahmad Ismail tidak berpuas hati dengan afidavit tambahan yang dikemukakan olehnya hari ini.
Hakim Syaikh Ahmad mengambil keputusan untuk menangguhkan keputusan perbicaraan kes permohonan poligami Mohamed Nor untuk bernikah kali keempat pada 5 Jun ini, bagi memberikannya peluang mengemukakan saksi untuk menyokong keterangan bahawa dia mempunyai kemampuan kewangan dan diri untuk berbuat demikian.
Sebelum itu, Mohamed Nor ketika membacakan afidavit tambahannya memberitahu mahkamah bahawa dia berkemampuan daripada segi kewangan untuk berkahwin seorang lagi walaupun dalam sebutan kes sebelum ini dia memberitahu mempunyai pendapatan sebanyak RM1,500 sebulan.... selanjutnya.
Labels: Berita
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Khir Toyo merapu lagi
Khir Toyo: Ketuanan Rakyat idea k'jaan republik?
malaysiakini - [...] "Apakah yang ingin diruntuhkan melalui slogan ketuanan rakyat? Pada hemat saya ketuanan rakyat ini akan cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik," tulisnya lagi.
Menurutnya, perkara ini boleh berlaku bila mana institusi beraja akan dinafikan atau dicabar haknya dalam isu-isu agama Islam.
"Sekarang ini sudah nampak usaha-usaha meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Kuasa Sultan-sultan juga sedang dicabar oleh mereka yang tidak pun terbabit dalam pentadbiran negeri dan negara.
"Mereka juga mendesak kerajaan agar merombak kuasa perlantikan hakim-hakim oleh Majlis Raja-raja Melayu. Apakah erti segala usaha mencabar segala struktur Perlembagaan ini?" soal Dr Mohd Khir.
"Apakah sudah wujud agenda untuk menjadikan negara ini sebagai republik melalui slogan Ketuanan Rakyat? Bukankah idea-idea ini merupakan usaha mencabar kedudukan Raja-raja sebagai ‘custodian' agama Islam dan orang Melayu?" soalnya lagi.... selanjutnya.
Labels: Belit Khir Toyo
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Police chief must apologise
NSt - Segambut Member of Parliament Lim Lip Eng is demanding an apology from Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar for the alleged "torture" he and several Bandar Mahkota Cheras residents were put through on May 8, at the Grand Saga demonstration, over an access road closure.
He claimed several residents were treated brutally when they were arrested for protesting.
Lim planned to sue the force over the incident unless Khalid apologised.
He claimed that he too was assaulted by plainclothes policemen while trying to prevent the Federal Reserve Unit personnel from using water cannon to disperse the crowd at Bandar Mahkota Cheras.
Labels: Grand Saga
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mahathir yang selalu silap pilih
Mahathir sebelum ini mengutuk Najib kerana sikap pengecut dan 'yesman' nya. Sekarang Najib diantara yang layak menggantikan Pak Lah. Mungkin berubah hati selepas bertemu dengan TPM itu. Tapi yang menjadi persoalan, sejak bila mahathir bijak menilai seseorang itu. Semua yang di pilihnya, semua mempunyai masalah, kecuali Datin Seri Hasmah yang sehingga sekarang masih bersama.
... selanjutnya di agendodaily
Dr. M ajak singkir Pak Lah
‘Serangan’ bekas Perdana Menteri terhadap penggantinya diteruskan lagi dan kali ini Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak seluruh ahli UMNO untuk menyingkirkan segera Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi demi untuk menyelamatkan parti itu daripada terus musnah. Beliau turut menyebut nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara nama-nama yang layak menggantikan Abdullah. Katanya, beliau tidak kisah siapa yang akanmenjadi pengganti asalkan Abdullah disingkirkan segera. selanjutnya
Labels: Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Mukhriz perlu teliti rekod ayahnya sebelum kritik Anwar
harakahdaily - Tindakan Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir untuk mengaitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan golongan anti-Islam Amerika dan pelobi Yahudi antarabangsa sebenarnya memalukan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Menurut Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim, rakyat berhak berasa malu tatkala Mahathir ketika menjawat PM mengupah pelobi Amerika pro-Zionis, Jack Abramoff dengan bayaran RM4.6 juta demi memastikan pertemuan antaranya dengan Presiden George Bush terlaksana.
"Abramoff telah menyatakan kekesalan beliau merasuah ahli-ahli politik Amerika dan menipu puak peribumi Amerika di dalam casino deal dan Mahathir sendiri telah mengaku bahawa wang yang dibayar untuk menjamin pertemuaan pada Mei 2002 tersebut hanyalah 'sesuatu yang normal'.
"Pendedahan terbaru oleh Suruhanjaya Diraja menggambarkan Mahathir sebagai seorang manusia yang tidak mempunyai pertimbangan nyata untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meluaskan pengaruh," jelas Salehuddin dalam kenyataan media yang dimel-e kepada Harakah. ... selanjutnya.
Labels: Belit Mahathir, Mukhriz
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
bernama

