KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 16, 2007

Apabila Kebodohan Mu Terserlah!!!

dipetik: auralemal.'

Kalau dilihat kepada kejadian terbaru siri rompakan 1 juta & siri pembunuhan Nurin, Altantuya & sebagainya, keselamatan negara sudah lama tergugat sebelum kedatangan HINDRAF lagi. Belum pernah pun dilaporkan Malaysia dibom @ diserang oleh pengganas yang direka-reka seperti KMM dimana sudah 6 tahun mereka yang dituduh ditahan tanpa bicara dibawah ISA mahupun gangguan dari jaringan pengganas HINDRAF, jika benarlah mereka menggugat keselamatan negara MENGAPA TIDAK DIDAKWA & DIHUKUM SEADILNYA? ADAKAH INI CARA ISLAM HADHARI TANGKAP DULU BARU REKA BUKTI PENDAKWAAN? Hari ini BERNAMA melaporkan:

Rujukan : (PM Minta Peguam Negara Timbang Rayuan Gugur Dakwaan Cubaan Membunuh)

Apa cerita ini semua, sekejap cuba membunuh sekejap gugur cubaan membunuh, Layakkah PM membuat arahan seperti itu sekiranya sebelum ini Media memaparkan seolah-olah mereka ini bakal menghancurkan negara. Bayangkan betapa sakitnya hati pendokong india apabila melihat kaum India dituduh dengan bermacam tuduhan sedangkan hanya berkumpul secara aman untuk menuntut hak kemudian di provokasi oleh Polis dan direka dengan pelbagai tuduhan termasuk terlibat dengan rangkaian TAMIL EiLAM. Media hanya memaparkan kepala Polis berdarah tetapi tidak pernah memaparkan kepala rakyat berdarah mahupun ditembak dengan peluru hidup di Batu Buruk dulu, ini betapa PENIPU BESARNYA kerajaan yang ada sekarang sehingga MENTERI PENERANGAN sanggup memaksa media antarabangsa jangan memaparkan apa yang dilihat didepan mata kerana semua itu tidak benar seperti berlaku kejadian Al-Jazeera & BERSIH dulu. KESIANILAH ISTERI, KELUARGA & ANAK-ANAK YANG KEHILANGAN BAPANYA SEJAK SEKIAN LAMA KERANA UNDANG-UNDANG PURBA ISA YANG TIADA PENDAKWAAN.Sekiranya mereka bersalah dakwalah mereka. Kenapa perlu TPM membandingkan kezaliman dan kebodohan USA di Guatanamo dengan kezaliman & kebodohan ISA di Malaysia maka inilah dikatakan yang zalim akan terus zalim & yang bodoh akan terus bodoh. Mengapa ketika bercakap tidak berpaksikan ISLAM yang menjadi asas pegangan UMNO kononnya? Apakah ISLAM menghalalkan ISA? Adakah Kamunting termasuk Kawasan HAB HALAL Malaysia sehingga yang haram boleh dihalalkan oleh UMNO seperti perkara maksiat lain? Mana FATWA @ DALIL yang ISA dihalalkan? Sekiranya tidak dibuktikan dengan jelas selamanya BRO akan menganggap ISA undang-undang yang HARAM disisi ALLAH.

Rujukan: Jangan Terpengaruh Khabar Angin Kononnya Akan Berlaku Rusuhan: PM

Wah hebatnya khabar angin ini, mungkin orang patut disalahkan sekiranya berlaku perkara ini adalah ALI RUSTAM & RAHIM THAMBY yang memberi reaksi yang sensasi dan berbentuk perkauman yang terlampau seperti mencabar India yang merusuh keluar dari Malaysia & mengajak India berparang dan sebagainya. semuanya melampau. Sekiranya perkataan ini keluar dari mulut pembangkang mungkin sudah ramai ahli pembangkang dihumban ke penjara dibawah Akta Hasutan & ISA. Tahniah kepada ahli Pembangkang kerana tidak terpengaruh dengan dakyah rekaan UMNO ini seperti pernah berlaku pada 80 an dulu dibawah OPS LALANG. Kepada kaum MELAYU & INDIA janganlah terpengaruh dengan dakyah ini semua, kerana pada kebiasaan sms @ khabar angin seperti ini tidak didedahkan secara teperinci mahupun dihebahkan secara berlebihan oleh media tetapi khabar angin kali ini didedahkan sejelas-jelasnya oleh media. Ini suatu PROPAGANDA @ CEREKARAMA yang direka-reka untuk memburukkan lagi suasana. sekiranya ini benar akan berlaku mengapa&kenapa KEADILAN semalam 14/12/2007 berjaya mengadakan ceramah KEADILAN dengan aman di Kampung Jawa Klang yang dihadiri lebih 4 ribu orang dari semua kaum termasuk India padahal beberapa bulan lepas di kampung Jawa berlaku krisis pergaduhan kaum kecil. Oleh itu kepada semua pendokong keamanan dari semua kaum usah terpengaruh dengan CEREKARAMA dari UMNO ini. Cukuplah UMNO menipu kita selama 50 tahun, Jangan biarkan UMNO terus menipu kita dengan agenda perkauman yang hanya menguntungkan kalangan PEMBESAR UMNO saja sedangkan kita selaku rakyat biasa menanggung segalanya. Diharap para celik Politik dikalangan India & Cina sedarkanlah kaum masing-masing bahawa mereka hanya ditipu dengan berita rekaan. Kita tidak akan maju setanding JEPUN, KOREA & AUSTRALIA sekiranya kita terus membiarkan MAKHLUK PEROSAK seperti UMNO & BN terus mempergunakan ISU PERKAUMAN demi kepentingan survival politik KUNO mereka sahajaa. UBAHLAH PEMIKIRAN KITA DEMI KEMAJUAN NEGARA. HIDUP UMNO KERANA RASUAH, RASUAH HIDUP KERANA UMNO.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive