KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 16, 2007

Kampung Baru dipenuhi SB, Rela dan polis tetapi tiada demonstrasi

Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Hrkh) - Desas-desus menyatakan adanya himpunan dan rusuhan yang kononnya dianjurkan pihak tertentu berhubung isu perkauman di Kampung Baru hari ini ternyata tidak berasas.

Terlalu banyak layangan SMS dan email yang menyatakan adanya himpunan dan rusuhan yang akan diadakan pada 16 Disember oleh kumpulan tertentu mengakibatkan keadaan agak gempar.

Harakahdaily membuat tinjauan sekitar jam 12.00 hingga 2.00 petang tadi mendapati tiada manusia yang berhimpun mahupun rakyat yang memberontak.

Apa yang ada hanya kelibat pagawai cawangan khas (SB) mundar-mandir di sepanjang jalan berhadapan Masjid Kampung Baru di samping beberapa anggota polis beruniform serta pasukan rela berkawal di situ.

Turut kelihatan kereta peronda polis, dan kenderaan pelbagai guna (MPV) polis yang diletakkan di hadapan Masjid Kampung Baru dan bersebelahan Kampung Baru Medical Centre (KBMC).

Penulis terserempak dengan SB yang terdahulu sebelum ini menahan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali ketika himpunan di hadapan Parlimen 11 Disember lalu.

SB tersebut turut memerhati Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Mohd Salleh yang menagkap gambarnya ketika pergelutan berlaku antara SB dengan Mustafa Ali dalam himpunan di Parlimen sebelum ini.

Gambar yang ditangkap Wan Zahari tersiar dalam Harakah cetak versi sebelum ini yang mungkin sekali mempopularkan SB tersebut.

Laporan media elektronik pula memberitahu adanya sekatan jalan di Dataran Merdeka dan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman sejak awal pagi tadi.

Sehingga kini tiada sebarang kekacauan mahupun kelibat kumpulan yang berhimpun.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive