KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 18, 2008

Mahathir Hilang Akal atau mudah Lupa?


Mahathir Mudah Lupa?
KeADILan

Kuala Lumpur 17 Jan - Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi ini memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja mengenai video VK Lingam.

Dr Mahathir Mohamad memberitahu Suruhanjaya bahawa beliau tidak ingat mengapa beliau mengugurkan nama-nama dua peguam daripada senarai perlantikan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi 2001 ataupun apa-apa yang berkaitan insiden perlantikan hakim tersebut.

Beliau berkata, keputusan muktamad terpulang kepada beliau sendiri dan walaupun ada pihak yang cuba memberi cadangan kepadanya, beliau seorang sahaja yang membuat keputusan untuk melantik hakim.

“Saya mengambil kira pandangan orang lain, tetapi keputusan muktamad dibuat saya sendiri,” kata beliau.

Bekas Perdana Menteri juga disoal mengenai hubungannya dengan VK Lingam dan jika beliau pernah dipengaruhi atas perkara perlantikan hakim.

Tun Dr Mahathir berkata beliau hanya kenal VK Lingam tidak lama dahulu semasa VK Lingam dilantik sebagai peguam beliau selepas bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman defamasi.

Surat-surat di antara bekas Perdana Menteri dan Mohamed Dzaiddin Abdullah telah dikemukan kepada Suruhanjaya sebagai bukti.

Salah satu surat menunjukkan bahawa Mahathir telah menolak dua nama yang disyorkan oleh Mohamed Dzaiddin - Andrew Chew and Zainuddin Ismail.

VK Lingam telah menjangkakan kedua-dua Chew dan Zainuddin tidak akan dilantik sebagai hakim dalam rakaman video yang didedahkan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive