KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 18, 2008

MENTERI KITA TAK DAK TELOQ

Baca PUTAR BELIT KEPIMPINAN DAN INDIVIDU PENTING NEGARA KITA.

Dollah Badawi
"Datuk (Seri) Radzi Sheikh Ahmad kata surat tu palsu, bukan surat dia (Radzi)," kata Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, yang pertama diadakan tahun ini, di ibu pejabat parti itu di sini hari ini. Ditanya sama ada Umno mengenal pasti siapa dalang di sebalik surat itu, Perdana Menteri berkata: "Kalau kita tahu senanglah kan? Tapi bukan daripada dia (Radzi)." - Bernama 17/1/2008

Radzi Sheikh Ahmad
Pemimpin Umno nafi Radzi edar surat 'jayakan isu perkauman' - Malaysiakini, 10/1/2008

Samsudin Osman
Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja bahawa beliau tidak mengenali peguam Datuk V.K Lingam. - Bernama 16/1/2008

Bajet 2008
Penghapusan YURAN SEKOLAH rendah dan menengah untuk sessi sekolah 2008.

VK lingam
Datuk V. K. Lingam hanya menjawab: “Macam suara saya, macam rupa saya” apabila ditanya tentang kesahihan klip video rakaman perbualan seorang peguam mengatur pelantikan hakim-hakim - klpos 16, Jan

Kita tidak lagi mempunyai pemimpin negara yang telus, jujur, amanah dan bertanggung jawab. Semua yang ada telah terpesong dari etika kepimpinan sebenar. Ia bukan sahaja berlaku ke atas kepimpinan atas, malahan telah menular ke barisan kepimpinan bawahan. Sikap BELIT pemimpin bawahan turut menyamai mereka yang diatas, cuma perbezaan boleh dinilai melalui, lagi besar kuasa, lagi kuat belitnya, lagi sukar untuk kita percaya.

Walaupun sesuatu tuduhan itu cukup kukuh dengan bukti dan saksi, mereka mahu masih terus menafikan. Berani buat TAPI tidak berani tanggung. Kalau bahasa orang utara dipanggil, PEMIMPIN YANG TAK DAK TELOQ.

Merujuk pada surat "PERLAKSANAAN ISU PERKAUMAN" yang diedarkan oleh Datuk (Seri) Radzi Sheikh Ahmad, secara terang surat tersebut dibuat oleh beliau serta di tanda tangani oleh beliau sendiri.

Sekembalinya Dollah Badawi dari sessi lawatannya ke Dubai, beliau terus bersetuju dengan kenyataan bahawa Radzi Sheikh Ahmad tidak melakukannya. Bimbang akan ianya diperbesarkan oleh rakyat dan pembangkang, maka Dollah Badawi bertindak untuk menutup isu tersebut. Kalau secara logiknya, jika tuduhan itu TIDAK BENAR, Radzi Sheikh Ahmad boleh kemukakan saman kepada pihak yang menuduhnya. Tetapi ia tidak dilakukan memandangkan beliau tahu bahawa surat itu ternyata benar dan jangan terperanjat kalau perbicaraan di adakan, surat ASAL akan dibawa ketengah. Maka jalan yang paling selamat adalah untuk menutup kes itu. Kaedah yang sama berlaku pada isu rasuah dan penjenayah yang membabitkan bekas Pengarah BPR, Ketua Polis Negara, Dan menteri Dalam negeri.

Merujuk pula pada perbicaraan Video VK LINGAM pula. Hampir semua yang terlibat cuba menafikan hubungan mereka dengan peguam tersebut. Malah Menteri Pelancongan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor di dalam sessi soal siasat menyatakan bahawa isi kandungan pita video tersebut adalah `kata-kata lelaki mabuk’. Kenyataan dari Adnan jelas menunjukkan bahawa beliau cuba melabelkan VK LINGAM sebagai lelaki mabuk dan berharap agar segala kenyataan yang dibuat di dalam pita itu tidak boleh dipercayai. Kalau sebelum ini VK Lingam menuduh adiknya SAKIT MENTAL, di dalam kes vide ini, dia dilabelkan sebagai LELAKI MABUK. Mabuk pun tak per, asal lepas dari tuduhan.

Melucukan lagi, VK LINGAM sendiri cuba menolak hakikat bahawa dirinya yang tertera di dalam video tersebut. “Macam suara saya, macam rupa saya” satu jawapan yang diberikan oleh beliau sendiri seolah olah beliau tidak pasti bahawa "BADUT CORRECT CORRECT" di dalam video berkenaan adalah dirinya dengan berlatar belakangkan imej rumahnya sendiri.

Hari demi hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk lawak jenaka dari pemimpin yang rata rata terdiri dari PEMUTAR BELIT dan PEMBOHONG. Kini, Peguam dan Menteri yang mempunyai kepentingan bersama adalah spesis yang sukar untuk kita percayai kerana mereka tidak mengaku apa yang mereka sendiri buat , terutama kepada sesuatu perkara tidak baik yang TERBONGKAR.

Adalah realitinya sekarang, sukar benar untuk mempunyai pemimpin yang benar benar ikhlas dan berani di dalam membuat sebarang tindakan. Lontar batu sembunyi tangan. Jerit sorok kepala, adalah tektik pemimpin yang pengecut, bacul dan TIADA TELOQ.

Maka tidak hairan lah kalau, ada Pemimpin Negara yang sanggup sehingga membunuh, menganiaya dan boros berbelanja kerana mereka tahu bahawa undang undang boleh diputar belitkan. Pihak pengadilan dan kehakiman sentiasa tunduk pada jari telunjuk mereka. Berani kerana salah, berani kerana ada kuasa dan bukan lagi berani kerana benar.

Di dalam ramai pemimpin dan menteri, kepujian patut diberikan kepada Chua Soi Lek kerana hanya beliau yang sanggup mengaku sedangkan yang lain bagaikan TIADA TELOQ. Bukan hendak menghina tetapi ianya adalah hakikat taraf kepimpinan negara sekarang. Sudah berbukti, sudah jelas tapi terus berusaha untuk memutarbelitkan cerita. Alhamdullillah, rakyat yang mempunai akal sudah boleh menilai betapa buruknya sikap kepimpinan sekarang yang BERANI BUAT TAPI TAK BERANI NAK TANGGUNG. Kalau antara kita yang memberikan sokongan kepada manusia HIPOKRIT seperti ini, maka taraf kita adalah yang lebih hina dari binatang. Angkara sokongan mereka mereka ini lah menyebabkan orang lain sengsara dan tersiksa. Bersubahat namanya.

Jika ini lah sikap pemimpin negara, beberapa perkara yang perlu kita FIKIRKAN SEMULA. Antaranya

  • Benar atau tidak kenyataan Abdullah Badawi tidak membantu anak anaknya di dalam mendapatkan projek negara.
  • Benar atau tidak, hasrat Dollah Badawi untuk membenteras Rasuah
  • Benar atau tidak, Dollah Badawi tidak mempunyai hubungan CINTA sebelum berkahwin dengan Jeanne
  • Benar atau tidak, Dollah Badawi sedang mencari Al Ghazali dan AS Shafiee
  • Benar atau tidak, Najib razak tidak mempunyai kaitan dengan Pembunuhan Altantuya.
  • Benar atau tidak, Kematian Sujatha melibatkan orang penting negara
  • Benar atau tidak, UMNO bukan parti perkauman
  • Benar atau tidak, BN perjuangkan rakyat
  • Benar atau tidak, UMNO perjuangkan agama dan bangsa
  • Benar atau tidak, Kemenangan BN pada tahun 2004 kerana sokongan rakyat
  • Benar atau tidak, SPR telus dan jujur
  • Benar atau tidak, kematian ramai gadis dikaitkan dengan individu politik
  • Benar atau tidak, menteri lah yang membuntingkan gadis di Melaka
  • Benar atau tidak, Dollah Badawi diberikan hadiah kapal layar oleh Ananda Krishnan
  • Benar atau tidak, Dollah mendiami rumah Patrick Lim ketika di Ausralia
  • Benar atau tidak, Dollah tidak mempunyai kaitand dengan aktiviti niaga Patrick Lim
Kalau semua kenyataan itu diragui, maka kenapa masih ada yang bodoh dan tolol untuk memilih PEMIMPIN YANG TIDAK ADA TELOQ?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive