KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 22, 2008

Bantahan Hari Kedua Terus Berlaku

buletinonline.net

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/2nddayprotest1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 21 Feb – Bantahan dari kumpulan yang tidak puas hati dengan pencalunan UMNO/BN yang diistiharkan oleh Deris Jusoh berterusan untuk hari kedua

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/2nddayprotest2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Petang tadi, kumpulan penyokong bekas wakil rakyat Seberang Takir, Hj Mohd Shapian Ali mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma Darul Iman. Seramai lebih seratus orang yang didatangkan dengan tiga buah bas, mula tiba di hadapan Wisma Darul Iman jam 4.15 petang.

Seorang pegawai bekas ADUN Seberang Takir ketika dihubungi Buletin Online memberitahu, sehingga 18 Februari lalu, nama Shapian masih lagi disenraikan sebagai calun utama bagi DUN Seberang Takir. Perubahan pada saat akhir yang menyaksikan adik kepada bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Ahmad Razif Abd Rahman, dicalunkan untuk DUN Seberang Takir. Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan ahli dan penyokong UMNO/BN.

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/2nddayprotest3.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Ahli dan penyokong UMNO/BN DUN Seberang Takir menganggap Hj Shapian sebagai wira mereka kerana Hj Shapian pernah membela penduduk Seberang Takir dan membantah Deris Jusoh didalam satu majlis di Dewan Sivik tidak lama dulu.

Bantahan hari kedua membawa mesej yang sama mendesak supaya Hj Shapian dikekalkan di Seberang Takir dengan tambahan yang berupa ugutan kepada Deris, bahawa orang-orang Seberang Takir tidak akan keluar mengundi pada 8hb Mac akan datang dengan slogan ‘Mari Pakat Gi Ke laut 8/03/08 ni’.

Buletin Online melihat desakan kumpulan penyokong Shapian tidak akan ke mana, kerana tidak ada sebarang pertemuan yang diadakan oleh ketua kumpulan dengan mana-mana pihak bagi mneyampaikan sebarang memorandum atau hasrat mereka kepada pihak Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/2nddayprotest4.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Sementara itu, penyokong Shapian bergabung kumpulan penyokong Man Bakar dan penyokong Teng Putera meneruskan bantahan pada sebelah malam di hadapan Rumah Rasmi Menteri Besar. Dianggarkan diantara 400 hingga 500 orang, berhimpun secara aman.

Pelbagai kain rentang yang dipanerkan untuk menunjukkan bantahan mereka, namun yang jelasnya ada kain rentang yang berbunyi ‘kami masih sayangkan UMNO’ menunjukkan bahawa sebenarnya bantahan ini tidak akan memberikan kesan yang besar didalam pertambahan sokongan kepada PAS.

Justeru itu, semua ahli, penyokong dan pekerja-pekerja PAS diminta berwaspada dan berhati-hati dalam menangani isu yang berkaitan dengan bantahan ahli-ahli UMNO ini.

1 comments:

Anonymous said...

Sebagaimana Matan PM Dr. M pernah berkata "letak tunggul pun boleh menang". Sebab tu la perhimpunan haram UMNO protes calun tidak diendahkan oleh Deris Jusoh. So ko orang kena sedarlah selama ni ko orang cuma alat bagi mereka saja untuk mencapai tujuan menjadi pemimpin dan rompak duit rayat.
So goooo undi calun BA .... pedulikan dengan deris Jusoh. ko orang tak akan rugi apa-apa, kalau BN menang ko orang dok macamtu juga, tetapi kalau dia orang kalah baru Deris Jusoh tau sapa rakyat sebenarna .... Benamkan Deris Jusuh dan rakan-rakan sewaktu dengan nya.

Posting terkini

Blog Archive