KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 7, 2008

KJ bakal berdepan jentera rakyat di Rembau


malaysia-today

Oleh Zulkifli Mohamed

Kalau benar bagai dikata Khairy Jamaluddin akan bertanding di parlimen Rembau, menantu Abdullah Badawi itu akan berdepan, bukan sahaja pembangkang tetapi juga daripada jentera rakyat termasuk daripada kelompok pemimpin dan penyokong Umno sendiri yang menentang pentadbiran Abdullah dan menantunya itu.

Difahamkan kaum Tionghua Rembau, Negeri Sembilan juga bersedia menyediakan deposit dan dana pilihan raya kepada bakal calon penentang Khairy.

Sementara kaum India pula menunjukkan mood yang cukup tinggi untuk menolak pemimpin UMNO-BN itu.

Bahkan, kerusi yang secara tradisinya ditandingi PAS itu juga mungkin akan diserahkan kepada Badrul Hisham Shaharin yang mewakili keADILan.

Ini antara petunjuk awal, bagaimana ranjau yang akan dihadapi oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Rembau itu, sekiranya memilih Rembau sebagai tapak politiknya untuk mendaki puncak kuasa.

Bercakap kepada Malaysia Today, Badrul Hisham berkata beliau berharap Khairy tidak akan lari dari parlimen Rembau, sebab sudah terdengar ura-ura yang pemimpin tingkat empat itu juga sedang mengintai kerusi di Putrajaya dan Selangor.

Badrul mengulas pengumuman Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan, semalam bahawa nama Khairy tersenarai antara lima calon yang akan bertanding mewakili Umno di Rembau.

Bagaimanapun keputusan terakhir terletak di tangan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno.

“Kita telah bersedia lama dah, cuma dia (Khairy) yang belum confirm lagi,” katanya.

Badrul yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) memberitahu, pada dasarnya pimpinan PAS dan keADILan peringkat kawasan dan bahagian menyokong pencalonan beliau.

Sementara peringkat pusat menunjukan signal yang sama, bagaimanapun keputusan muktamad belum diputuskan.

Sebelum ini, beliau telah memohon restu daripada barisan pimpinan tertinggi parti-parti pembangkang untuk menentang Khairy di mana-mana kerusi di Negeri Sembilan.

Menurut Badrul, empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terletak dalam parlimen Rembau iaitu Paroi, Kota, Cembong akan diwakili PAS sementara kerusi Rantau akan diwakili keADILan.

Jelasnya lagi, Rantau yang kini diwakili oleh MB juga tidak selamat kerana majoriti daripada 23 peratus pengundi kaum India di situ mula menunjukkan respon yang cukup baik untuk menyokong pembangkang.

Tambahnya, Anwar Ibrahim akan melancarkan Jentera Pilihanraya Rakyat di Parlimen Rembau pada 15 Februari ini.

“Imej pertempuran yang bakal berlaku di Rembau ini ialah seluruh rakyat Malaysia bersama dengan ahli Umno menentang keluarga Abdullah Badawi,” ujarnya.

Khairy pernah menghadapi undi tidak percaya dari kalangan para pemimpin pemuda Umno cawangan, bagaimanapun beliau terselamat ekoran masalah teknikal.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive