KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 7, 2008

KHIR TOYO CUBA GODA KAUM INDIA

"Tak mungkin DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) akan membentuk kerajaan ... mereka bertanding pun bergaduh pasal kerusi," tambahnya.

"HINDRAF (Hindu Right Action Force) dan PKR telah datang di sini saya nak tanya tuan-tuan dan puan-puan, HINDRAF ada kutip duit RM800,000 adakah duit-duit itu diagihkan ke sekolah-sekolah Tamil, adakah duit itu diagihkan kepada tuan-tuan puan-puan untuk membaiki kuil dan sebagainya.

"Jika HINDRAF benar-benar memperjuangkan nasib orang India sepatutnya duit yang dikumpulkan itu diagih-agihkan semula kepada masyarakat India bagi menunjukkan kejujuran dan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan nasib kaum mereka," katanya.

Jangan ugut kerajaan menjelang PRU, tegur Khir Toyo
mstar.com.my

KUALA SELANGOR: Sikap segelintir anggota masyarakat yang suka mengugut kerajaan yang memerintah apabila tiba demam pilihan raya bagi mendapatkan sesuatu dengan mengundi pembangkang adalah tindakan yang merugikan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Katanya, masalah yang dihadapi oleh mereka sepatutnya boleh diselesaikan dengan perundingan yang teratur tanpa membuat ugutan akan memilih pembangkang jika kehendak mereka tidak dipenuhi.

Berucap di majlis pertemuan dengan pekerja Ladang Sungei Tinggi di Batang Berjuntai di sini Rabu, Dr Mohamad Khir berkata beliau telah berbincang dengan wakil Kumpulan Berjaya yang memiliki ladang itu bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh para pekerja.

Anggota Parlimen Tanjung Karang Datuk Noh Omar yang turut hadir pada majlis itu berkata antara masalah yang dihadapi ialah keadaan jalan raya dalam estet itu yang teruk dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan awam, keadaan rumah pekerja yang tidak selesa serta kelengkapan klinik kesihatan yang tidak lengkap.more.,..

No2umnO - Silap imej lagi......Sorry la

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive