KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 7, 2008

RIBUAN RAKYAT HADIR CERAMAH TOKGURU & ANWAR.....

pemudapc.blogspot.


KOTA BHARU - Perkarangan Stadium Muhammad kke IV malam tadi dipenuhi puluhan ribu manusia yang datang untuk mendengar ceramah perdana Tok Guru Dato nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum daripada majlis ceramah perdana itu berlaku dikatakan ada unsur-unsur sabotaj yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu seperti menanggalkan poster-poster dan banting yang di pasang oleh petugas parti.

Begitu juga unsur sabotaj dengan mengatakan ceramah akan berpindah ke satu lokasi lain seperti di Machang atau Pasir Puteh.

Walaubagaimanapun rakyat tidak terjerat atau tidak termakan terhadap unsur-unsur sabotaj oleh pihak-pihak tertentu sebaliknya rakyat mula berhimpun selepas solat Isyak.

Dalam ceramah tersebut Tok Guru mengulas berkaitan ada unsur-unsur sabotaj terhadap majlis ceramah perdana tersebut.

"Syukur alhamdulillah rakyat datang berhimpun ramai-ramai walaupun terdapat unsur sabotaj dengan mengatakan ceramah malam ini di tukarkan ke lokasi lain.

"Kalu kita tanya siapa yang buat sabotaj ini semua orang tidak mengaku, kita tanya orang Pas, orang pas tak mengaku, tanya PKR pun PKR kata dia tak buat pastu kita tanya orang Umno, orang Umno pun kata mereka tak buat, jadi kita kata orang yang buat tu adalah setan lah", ujar tok Guru sambil disambut laungan Allahuakbar oleh rakyat.

Ceramah yang di anjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat PKR itu turut dihadiri oleh sdr. Saifuddin Nasution dan pimpinan Pas yang lain.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive