KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 2, 2008

"Mana ada caj tadah air hujan," Khir Toyo

klpos.

Oleh Wartawan KLpos.com

SHAH ALAM: Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo semalam menafikan pihaknya mengenakan caj kepada orang ramai yang menadah atau menakung air hujan seperti yang dilaporkan akhbar the Sun baru-baru ini.

Sambil membidas laporan sebuah akhbar tersebut yang didakwa sengaja memutarbelitkan dasar kerajaan negeri, bertujuan mengelirukan rakyat kerana tidak suka caranya mentadbir Selangor.

Beliau memberi contoh kesilapan laporan akhbar itu baru-baru ini yang mendakwa kerajaan negeri mengenakan caj kepada orang awam di negeri itu yang menadah air hujan untuk pelbagai kegunaan harian selain mengenakan caj bagi air galian dan tasik untuk komersial.

Dr Mohamad Khir berkata, caj untuk air galian dan tasik untuk komersial sudah lama diamalkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas) iaitu sejak beliau belum dilantik Menteri Besar tetapi caj terhadap orang ramai yang menadah air hujan tidak pernah dan tidak akan dilaksanakan.

"Ini semua tidak betul. Mana ada kerajaan negeri caj orang yang tadah air hujan. Kalau betul, saya minta akhbar ini hantar bil kepada saya," katanya yang bimbang dakwaan sedemikian akan mengelirukan rakyat menjelang pilihan raya umum.

Kerajaan Selangor mengenakan caj satu sen bagi setiap meter padu air bawah tanah untuk kegunaan domestik dan lima sen bagi kegunaan industri yang dikuatkuasa sejak 2005 mengikut Enakmen Urus Air Selangor 1999.

KLpos.com sebelum ini menyiarkan berita yang memetik kolumnis the Sun yang mendakwa kerajaan negeri melalui LUAS menggenakan caj kepada orang ramai yang menakung air hujan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive