KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 11, 2008

BN BUAT HUTANG, BA KENA BAYAR


ABDULLAH .... HANG TAK MALU KA?

Wak tak boleh nak bicara lanjut kerana hari ini terpaksa bekerja. Tapi nak bagi tau la pada semua orang bahawa media arus perdana masih tidak adil, sama seperti sebelum ini. Marah sungguh puak puak ni dengan kejayaan Parti BA yang berjaya merampas dengan maruah 5 buah negeri disamping majoriti parlimen di dalam Wilayah persekutuan.

Masih berusaha lah kalau kalau boleh lepas geram dengan guna kaedah media sedangkan rakyat sudah hilang yakin dengan media arus Perdana lagi. Kalau ada pun yang masih membeli, hanya kerana berita nombor ekor atau hiburan yang memang tiada tolok bandingnya. Nak cari ruangan hiburan di dalam Harakah, sudah pasti tak ada, dan kalau nak cari keputusan nombor ekor di dalam Suara Keadilan, memang sah tak jumpa.

Maka apa lah yang boleh dilakukan adalah membeli akhbar pro BN yang cukup semuanya. Tapi berita berita penting tu, kena tapis sebab akhbar mereka seperti pukat Rimau. Bukan sahaja ikan, tapi sampah sampah pun diorang angkut sekali.

Sebenarnya, masih ada usaha untuk menolak kepercayaan kebangkitan rakyat di dalam pilihanraya tahun ini. 5 negeri bersama Wilayah Persekutuan sudah jatuh ke tangan BA. Menjadikan tolak campur, 6 negeri utama semuanya. Manakala Di Terengganu dan Negeri Sembilan, pencapaian sungguh menggalakkan. Kalau diambil kira penipuan SPR, ambil kira isu dakwat dan pengundi hantu, maka sebenarnya pembangkang sudah jauh lebih hebat dari BN. Seharusnya Dollah Badawi kena sedar bahawa semua perubahan ini memberikan isyarat yang dia kena berundur dengan cara hormat. Tapi nak buat macamana, PM kita tu seorang yang tak tau malu.

Yang pasti, di 5 negeri dan Wilayah persekutuan, BN tak boleh nak tunjuk hebat lagi. Semuanya dah jatuh dan sekarang, Pembangkang dahulunya dipermainkan, kini kena fikir 2 kali.

UMNO akan buat postmortem. wak tak pernah percaya. Tapi yang wak yakin, BN akan tekan semua negeri ini sepertimana yang dilakukan terhadap negeri Kelantan. Peruntukan dan pembiayaan di permainkan dan sebagainya. Namun ..... cabaran yang utama kepada BA adalah, disamping merancang untuk pembangunan, mereka juga terpaksa berdepan dengan hutang yang banyak setiap negeri kecuali Kelantan. Selama ini kerajaan Barisan Nasional telah membuat pelbagai pembaziran dan kini kerajaan BA terpaksa menutup semua lobang ini dengan apa cara sekalipun. Jika tidak, hutang yang BN lakukan dahulu akan dituduh sebagai hasil parti BA ketika memerintah. Bagaimana peritnya Kelantan untuk membayar dan melangsaikan hutang mereka dahulu, kini Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor terpaksa berbuat perkara yang sama.

Ok... lupakan dulu negeri lain tetapi kita lihat tentang Selangor sahaja.

Laporan Ketua Audit Negara 2004 jumlah hutang tanggungannya berjumlah RM 1.04 bilion (1, 040, 695, 939.55).

Ini bermakna sungguhpun Selangor tidak membayar sebarang hutang kepada kerajaan Pusat pada 2004 ia bukan bermakna kerajaan negeri hampir muflis, miskin atau tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Penyata 2004 ini juga menunjukkan peningkatan dalam aset negeri dan pengurangan dalam tanggungan hutang. Pada 2003 hutang tanggungan kerajaan negeri 1, 055, 761, 208.55.

Laporan Ketua Audit Negara 2004 menunjukkan Kewangan Negeri Selangor mempunyai Aset yang melebihi tahun sebelumnya dan juga melebihi hutang semasa. Menurut laporan tersebut, jumlah Aset Negeri Selangor pada 2004 berjumlah hampir RM 1.05 bilion (RM 1, 047, 683, 090.94) berbanding hutang tanggungannya berjumlah RM 1.04 bilion (1, 040, 695, 939.55).

Ini bermakna sungguhpun Selangor tidak membayar sebarang hutang kepada kerajaan Pusat pada 2004 ia bukan bermakna kerajaan negeri hampir muflis, miskin atau tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Penyata 2004 ini juga menunjukkan peningkatan dalam aset negeri dan pengurangan dalam tanggungan hutang. Pada 2003, aset negeri Selangor berjumlah RM 927, 098, 429.60 manakala hutang tanggungan kerajaan negeri 1, 055, 761, 208.55.

Maka nasihat wak kepada rakyat Selangor terutamanya, kena timbangrasa dan fikirkan masalah yang dihadapi oleh Kerajaan baru BA di negeri ini. Disamping menunaikan sebahagian janji janji yang diberikan ketika pilihanraya, BA berhadapan dengan hutang keliling pinggang saki baki pemimpin BARISAN NASIONAL. Maka pasti di dalam beberapa tempoh terdekat ini usaha pihak pihak tertentu berusaha untuk merwar-warkan tentang masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri, agar rakyat hilang kenyakinan disamping disuruh membandingkan prestasi antara kerajaan lama dan baru. BN dan media akan pesongkan fokus sebenar.

Namun kesabaran adalah perlu untuk kita memperolehi bukti bukti. Hendak atau tidak, dedahkan semua ini hutang hutang yang dilakukan oleh BN sebelum ini. Buat sidang akhbar dan dedahkan semua, kemudian hentikan projek pembaziran yang dilakukan oleh Khir Toyo termasuk pembelian air dari Pahang, tarik balik kontrak yang tidak telus, dedah rasuah dan wak percaya di dalam tempoh terdekat, semua hutang boleh dilangsaikan. Tapi ingat......Orang UMNO dan BN pasti ada yang melompat lompot ketakutan. TIdur pun tak lena, maka pun tak kenyang.

No2umnO ucapkan tahniah kepada Dato' Khalid Ibrahim, MB wak yang baru. Biarpun lain bangsa, tapi wak amalkan demokrasi. Kalau ada MB jawa tapi tak boleh pakai, nak buat ape?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive