KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 11, 2008

Berita bohong yang mesti disimpan

penarikbeca

Kepada Berita Harian yang dikuasai Timbalan Pengerusi NSTP, Datuk Kalimullah Hassan; ketika berucap dalam ceramah perdana meraikan kemenangan PAS di Kedah, di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar mengingatkan bahawa kerajaan Kedah bukan kerajaan PAS, tetapi kerajaan rakyat.

PAS hanya memikul amanah rakyat.

Jika akhbar di bawah telunjuk sahabat Khairy Jamaluddin itu tidak menarik balik berita bohong mereka, kempen besar-besaran supaya 49.79 peratus pengundi pembangkang di seluruh negara memboikot semua akhbar keluaran NSTP.

Sebelum baca berita bohong di bawah, baca dahulu berita Harakahdaily "Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah"

Pas arah Tabika dikosongkan

Oleh Omar Osman

Guru bimbang tindakan ambil alih premis boleh ganggu proses pembelajaran

SUNGAI PETANI (Berita Harian 10/3/2008): Baru sehari pakatan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai Kedah, mereka sudah mengambil tindakan mengarahkan Tabika Kemas di beberapa kawasan negeri ini dikosongkan serta-merta sejak pagi semalam.

Beberapa guru Tabika Kemas yang ditemui mengakui mereka didatangi pihak tertentu sejak semalam yang mengarahkan bangunan itu dikosongkan secepat mungkin bagi membolehkan diambil alih kerajaan Pas.

Di Parlimen Merbok, 57 Tabika dikatakan terbabit dengan arahan itu.

Seorang guru Tabika Kemas di Merbok yang ditemui berkata, beliau terkejut apabila didatangi individu yang mendakwa mewakili kerajaan baru Pas yang meminta kami mengosongkan premis dengan segera.

"Mereka bukan saja bertindak kejam, tetapi menggelapkan masa depan kanak-kanak kerana persekolahan akan dimulakan minggu depan.

"Di mana mereka hendak belajar jika bangunan ini diambil alih," katanya yang enggan namanya disiarkan, semalam.

Guru itu berkata, beliau mendapat tahu ada guru Tabika yang diarah keluar serta-merta dan pihak yang mengeluarkan arahan itu turut mengunci premis terbabit.

Beliau berkata, Pas sepatutnya bersikap tolak ansur dalam hal ini kerana ia membabitkan masa depan generasi muda dan bilangan kanak-kanak yang terbabit agak ramai.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain yang dihubungi berkata, beliau kesal dengan perbuatan itu kerana pihak terbabit tidak langsung memikirkan masa depan generasi muda yang mahu menuntut ilmu.

"Mereka mengutamakan politik lebih daripada segala-galanya sehingga sanggup menyusahkan kanak-kanak Tabika yang tidak berdosa dan menjadi mangsa.

"Tambahan pula mereka baru saja menang dan sepatutnya memikirkan perkara lain dulu yang lebih penting iaitu menjaga kebajikan rakyat," katanya.

Sementara itu, Di ALOR STAR, Kerajaan Pas Kedah akan mengkaji semula sebahagian projek yang dirancang kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini bagi memastikan sama ada ia mendatangkan keuntungan atau sebaliknya.

Menteri Besar yang baru, Azizan Abdul Razak, berkata dua atau tiga projek yang lambat memberi pulangan dan tidak memberi keuntungan langsung akan dikaji semula untuk kebaikan negeri.

"Seperti ZIPY (Zon Industri Petroleum Yan) mengikut laporan yang kita dapat ia memerlukan 40 tahun untuk mendapat duit (untung) sebab itu Petronas tidak mahu terbabit," katanya pada sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru di Wisma Darulaman di sini, petang semalam.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, kelmarin, Pas memenangi 16 kerusi DUN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) empat dan masing-masing satu bagi DAP dan Bebas. Barisan Nasional (BN) negeri pula meraih 14 kerusi DUN daripada 36 kerusi keseluruhan.

Sementara itu, majlis mengangkat sumpah semalam dicemari kejadian kurang sihat apabila 500 penyokong pembangkang yang menyorak dan mengejek beberapa wakil rakyat BN termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, ketika mereka keluar dari pekarangan Wisma Darulaman.

Mengenai sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Sultan Kedah ke-50 tahun ini, Azizan berkata, secara dasar Kerajaan Pas Kedah akan meneruskannya, tetapi akan membabitkan kajian semula kos.

1 comments:

mangchikla said...

cek rasa Ustaz Azizan perlu belajaq pengalaman dari Ganu dan Kelantan supaya pisang dok bebuah dua kali. Honeymoon period is over , mai pulun buat kerja plak. Takbir!! Allahu Akhbar!!!

Posting terkini

Blog Archive