KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 10, 2008

Abdullah Diminta Berundur

Kudakepang - Majoriti pemimpin UMNO peringkat bahagian di Kedah sependapat bahawa kekalahan teruk BN dalam PRU12, termasuk di Kedah, adalah angkara kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Khairy Jamaluddin selaku menantu Abdullah juga turut menyumbang kepada kekalahan berkenaan.

Oleh itu, hampir keseluruhan pemimpin UMNO Kedah menggesa Abdullah untuk segera mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, pengerusi BN dan Presiden UMNO. Khairy juga didesak meninggalkan UMNO dengan serta merta.

Pendapat dan gesaan di atas disuarakan oleh majoriti kepimpinan UMNO Kedah peringkat bahagian dalam satu majlis tertutup dengan delegasi UMNO Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Perani. Kedah, padi tadi. (10 April 2008)

Kepimpinan UMNO yang hadir juga mencadangkan supaya Najib diberikan mandat jadi Perdana Menteri dengan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang turut menyertai delegasi berkenaan, sebagai Timbalannya. Saranan ini menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

Perkembangan di Kedah ini mencerminkan realiti sentimen sebenar anggota dan pemimpin UMNO akar umbi pasca PRU12 di seluruh negara. Malangnya, Abdullah yang terus berada dalam state of denial tidak mahu menerima hakikat ini. Sebab itulah Abdullah kini dalam proses memburu pihak-pihak yang kononnya mensabotaj UMNO dan BN sehingga kononnya menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU12. more...

Manakala ....

Cabar Abdullah, kata Umno Kedah
Malaysiakini
(...)
Difahamkan, mesyuarat selama tiga jam di sebuah resort di Sungai Petani menyaksikan perdebatan yang panas, termasuk nada menyalahkan presiden Umno itu, sehingga memaksa Najib mententeramkan keadaan.

"Pemimpin-pemimpin bahagian itu menyatakan (mantan perdana menteri Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun tidak menyebabkan BN dan Umno kalah seteruk itu. more...

1 comments:

Anonymous said...

Pok Lah sebenar tak tahu tulis surat letak jawatankuasa. Ada sesiapa yang boleh bagi Pok Lah contoh surat letak jawatankuasa.

Posting terkini

Blog Archive