KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 9, 2008

Bila pemimpin dilaknati Allah

KAMAL AMIR MENULIS
MUNAFIK merupakan perlakuan paling dibenci oleh Allah pencipta alam. Kemunafikkan boleh mengakibatkan gugurnya iman. Bohong, menipu, mengadu domba, memutar belitkan kenyataan, pemesongan fakta sejarah dan terjadinya pelbagai kejadian jenayah adalah kesan dari sikap munafik.

Saat bertemu Datuk Ibrahim Azmi (Ustaz) mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Trengganu beliau ada menjelaskan sikap serta tindak tanduk paling bahaya dan perlu dijauhi adalah MUNAFIK kerana ia bukan sahaja boleh memecah belahkan perpaduan ummah malahan kemunafikkan turut menjerumus kepada laknat dari Ilahi.

Menurutnya baginda Nabi Muhamad S.A.W pernah memperjelaskan kepada para sahabat bahawa orang munafik adalah ibarat seekor kala jengking hitam berbisa yang berada diatas batu hitam di waktu malam hari. Amat sukar untuk mengenalinya. Namun begitu sikap orang munafik boleh dilihat melalui tindak tanduknnya seperti bila bercakap seringkali berbohong.

Disamping itu setiap kali dia berjanji maka seringkali dimungkiri. Seorang yang munafik juga terlalu suka menipu, pandangan serta pendapatnya tidak boleh diguna pakai.Kesan kemunafikkannya itu menyebabkan perbalahan sesama manusia mudah tercetus dan sekiranya dia diangkat menjadi pemimpin maka banyak kemusnahan akan terjadi.

Melihat dari penjelasan tersebut mampukah kita menafikan Abdullah Ahmad Badawi mempunyai ciri-ciri seorang yang munafik? Kepura-puraannya untuk dilihat baik, lemah lembut serta santun disamping seringkali mempamerkan gambaran alim tidak mungkin mampu menutup kemunafikkan dirinya.

Saat menerajui kepimpinan negara melalui satu acara dialog yang tersiar di saluran TV3, Abdullah Ahmad Badawi memberitahu bahawa anaknya bernama Kamaluddin tidak pernah memperolehi sebarang kontrak atau peluang berniaga dari kerajaan, sedangkan semua rakyat tahu terlalu banyak kepentingan perniagaan anaknya adalah terhasil dari pengaruh sebagai anak Perdana Menteri . more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive