KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 22, 2008

Apa kata Ezam tentang ISA dan Rasuah nanti?

http://amk.disagrees.net/wp-content/uploads/2007/04/070411ezam.jpgMahathir keluar, Ezam masuk.

Dua tajuk yang jauh menyimpang. Masih panas dengan isu Mahathir keluar UMNO, Ezam pula berhasrat untuk masuk pula. Ketika ini Ezam masih berada di luar negara dan tidak mendapat kepastian dari beliau sendiri. Baca [sini]

Nak tahu berkenaan Ezam dan perjuangannya bersama Gerak .... baca ini pula. [liku perjuangan pendekar jawa]

Menentang ISA ketika bersama Keadilan dan anti Rasuah di dalam Gerak ... dan beliau menuju ke Parti ke memang lubuk kepada dua perkara ini.

Berjayakah Ezam membersihkan Rasuah UMNO atau Ezam sendiri akan terseret di dalam kancah rasuah bersamanya?

Terbayang juga bagaimana nanti kalau hanya Ezam seorang di dalam UMNO menentang ISA sedangkan di keliling nya nanti semua setuju. Bayangkan kalau Ezam bercerita tentang Rasuah tetapi di kelilingi oleh Pemimpin yang mesra Rasuah.

Dengar cerita, Khairy terlibat di dalam usaha membawa masuk Ezam. Dan kalau Khairy menjadi musuh di dalam UMNO, apa akan jadi pada Ezam?

Tentunya menarik dan rasanya silap silap ..... dengan UMNO, Ezam bermula, dengan UMNO juga dunia politik Ezam akan berakhir.

Apa kata matsamankati tentang Ezam - Tahniah! Ezam dah masuk Umno.

5 comments:

Putra IJ80 said...

DSAI,satu ketika pernah kata"suruh apa saja,saya akan buat,asal jagan suruh saya masuk UMNO".,tapi akhirnya die masuk UMNO juga.

Jadi Ezam,hanya mengikut kata kata Tuan Guru nya.(Contra).

Cume nasib mungkin tak sama,kerana UMNO sekarang tengah huru hara,.
mungkin lebe baik atau sebaliknya,kita tunggu dan lihat apa sudahnya.

Anonymous said...

bard
www.sinarpru13.blogspot.com

Pelik. memang pelik.
tatkala UMNO semakin goyah,mereput dan goyang ... dan Tun Dr Mahathir pon kuar parti ...

Ezam pulak nak rejoint.

....

Inilah politik.

Harap.. moga ezam nanti ... jangan jadi DURI DALAM DAGING dah la.

jadilah seorang yang YES BOSS

hahaha

pemuda said...

Salam Reformasi dan Korupsi.....
Itulah ungkapan keraaaaamat yang dilaung2kan sejak 1998 di mana gelombang anak muda menyertai gerakan reformasi yg telah di pelopori oleh seorang pemuda yang gagah berani menentang segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme, nepotisme dan berbagai ayat puaka...menyanggah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional di bawah kekuasaan Mahathir dan PakLah......

Namun kini... setelah hampir 10 tahun berjuang di atas nama perjuangan menyanggah pemimpin zalim dan diktator.....pemuda ini akan menjilat kembali sanggahan2 rekaan beliau sendiri dengan mengikuti rakan2 sumpah KERAMAT beliau dibarisi dengan Hamdan Taha, Hanfiah Man,Lokman Adam,Zahid Mat Arif, Zuraidi, Idrus Wan Chik.....

Maknanya apa tuan2 dan puan2...bagaimana mungkin seorang pemuda gagah berani ini hilang pertimbangannya untuk kembali ke pangkuan parti yang setiap hari didakwanya penuh dengan korupsi dan berbagai2 si..... [UNDUR UMNO NEGARA OK] [UNDUR2 MAHATHIR UNDUR].....tetapi yang nyata rupa2nya....[UNDUR MAHATHIR EZAM KEMBALI KE UMNO]...

Waduh!!!!!! Rupa2nya...semangat anak muda ini bagaikan seperti mimpi yang bertahan hanya tak sampai 10 tahun...kusangka panas sampai ke petang..rupanya hujan di tengahari.....

Wahai Saudara Ezam...mana janji2 sumpah keramat yang kau jerit2kan selama kamu menjadi Ketua Pemuda Gagah Berani??? Sudah hilangkah kewarasanmu itu selama ini untuk kembali kelubuk yg penuh dengan haprak, najis, korupsi dan berbagai2 lagi????

Sedarlah wahai saudara bahawa, kamu akan menghadapi situasi yang amat memilukan dan memeritkan apabila kamu kembali semula kepada UMNO..kerana apa? Kerana ketokohan kamu bukan untuk sebuah parti politik yang penuh dengan korupsi dan kebejatan prinsip. Tetapi ketokohan kamu adalah untuk digunapakai oleh sebuah parti yg mendokong prinsip bersih, amanah, adil dan saksama. Bukan UMNO yg cacamerba seperti yg Mahathir ucapkan dalam beberapa hari terkahir ini......

Lupakah kamu pada janji2 dan sumpah2 kermatmu untuk memperjuangkan gerakan reformasi politik di Malaysia ini????

Adakah kerana dendam kesumatmu pada Anwar Ibrahim dan Azmin tak padam2???????

Tidak baik berdendam saudara!!!!!
Sifat pendendam adalah milik munafik!!!!!

Anonymous said...

Kalau Ezam berceramah, cara cakapnya tak ubah loghat macam Anwar...AKu ingat dia ni kekal dengan Anwar....rupanya lompat jugak. Tapi kalau tak silap ada yang kata, masuk Ezam ke dalam UMNO adalah agenda Anwar jugak. Tak tau la betul atau tidak, tapi aku keliru dengan perjuangan Ezam.

Anonymous said...

saya betul2 kecewa dgn berita keputusan ezam masuk umno. apa tak ada jalan lain, selain menjilat ludah sendiri?
saya mmg kagum dgn kerja keras dan semangat ezam waktu dulu. kalo nk cerita rekod dia mmg cukup layak utk digelar pejuang reformasi sejati.setakat keluar masuk lokap tu hal biasa,apa lagi isa..tp lama kelamaan semangatnya semakin malap, lemah dn tak berdaya tatkala pengorbanan menampakan hasil. sedikit perbalahan pun tak mampu diselesaikn.

mungkin hidup dia susah,pegi mana2 pun sb ikut.bisnes pn tak jalan agaknya.tp apa lg alasan utk masuk umno selain utk mendapat projek dn wang dgn cara mudah.kerja kipas saja la. correct3x..
mmg dh lumrah,utk tumbangkn tirani mmg tak perlu kenal arti penat. pengorbanan yg tak pernah kenal arti putus asa.tp atleast tolongla jgn mengkhianati sokongan dn kepercayaan rakyat.



jahanam pembelot!

Posting terkini

Blog Archive