KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 3, 2008

HARGA BERAS NAIK, MENTERI TAK MAHU TURUN

Harga Beras Naik Berbeza Di Pasar Raya, Kedai Runcit Sekitar KL
bernama - Harga semua jenis beras di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar ibu negara meningkat sejak dua minggu lepas dengan harga yang berbeza.
Kebanyakan peniaga yang ditemui Bernama mendakwa terpaksa menaikkan harga beras berikutan kenaikan harga di peringkat pengilang dan pemborong dengan alasan kenaikan harga beras di pasaran dunia.
Tinjauan Bernama mendapati harga beras gred Super Special tempatan 10 kilogram di beberapa pasar raya dijual antara RM24.58 dan RM28, dan dihadkan pembelian dua kampit untuk setiap pengguna, manakala di kedai runcit ia dijual antara RM26 dan RM29.
Bagi beras Siam Wangi 10 kilogram, ia dijual antara RM26 dan RM29 di pasar raya, manakala dijual sehingga RM36 di kebanyakan kedai runcit.
Tinjauan itu juga mendapati bekalan beras gred Super Special tempatan lima peratus hancur dan beras Siam Wangi ada di pasaran tetapi beras gred Super tempatan 15 peratus hancur yang harganya dikawal kerajaan pada paras antara RM1.65 dan RM1.75 sekilogram sukar ditemui.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Jamarulkhan Kader berkata beras gred Super Special tempatan 50 kilogram yang berharga RM80 sebelum ini meningkat sehingga RM120 seguni sejak dua minggu lepas. more...
No2umnO - Kerajaan kawal beras atau Beras kawal kerajaan. Kalau tak mampu jangan jadi kerajaan. Hanya muka tak malu sahaja yang tak mahu letak jawatan. Dari Shafiee Apdal membawa kepada Shahrir Samad .... Kalian FAIL !!! Makan gaji buta ke?

2 comments:

Supik Jabil said...

Aku makan ubi jer ganti beras....

Anonymous said...

semalam pm kesaynagku kata takdek gaji minimum..takut brg naek..gaji naek so brg pon naek tak gune kala gaji dinaikkan..tp la nie gaji tak naek..beras naek pecer wahai pm ku..hang senang, nasik pakai duit cukai aku makan..maner kesah sgt..org bwh la nie yg susah..

Posting terkini

Blog Archive