KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 17, 2008

JANGAN PERCAYA RASHIT

Boleh .... kemudian tak boleh. Tinggal beberapa hari sebelum PRU, Rashit buat pengumuman bersama Musa Hassan menyatakan bahawa terdapatnya usaha penyeludupan membawa masuk dakwat bertujuan untuk menipu pengundi. Bila di dewan Parlimen baru baru ini, wakil rakyat meminta untuk mendapatkan bukti lapuran seludup, polis tak dapat berikan. Dan sekarang ..... Rashit kata kabinet pulak yang tak lulus. Siapa si Rashit ni? Manusia ke jembalang .....???


Kabinet tidak lulus guna dakwat - SPR

MStar - [...] Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman buat kali pertama mendedahkan tindakan pihaknya membatalkan penggunaan dakwat identiti pengundi bertolak daripada keputusan Kabinet yang menolak rancangan itu daripada diteruskan.

Kata beliau, Kabinet menolak cadangan SPR menggunakan dakwat khas, yang menelan kos hampir RM3 juta, atas dua alasan iaitu perundangan dan keselamatan pada hari Parlimen dibubarkan.

Parlimen dibubarkan pada 13 Februari manakala pengundian berlangsung pada 8 Mac. Pembatalan penggunaan dakwat diumumkan pada 4 Mac.

Pun begitu, Abdul Rashid, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas segala masalah yang wujud dalam isu berkenaan sehingga membawa kepada pembatalan penggunaan dakwat khas.

"Sebagai Pengerusi SPR saya pikul tanggungjawab dalam hal ini," kata beliau pada Seminar Kebangsaan Mengenai Pilihan Raya 2008: Perjalanan Demokrasi anjuran Unit Penyelidikan Pengajian Pilihan Raya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada pihaknya masih berhasrat untuk meneruskan penggunaan dakwat pada masa depan, beliau: "Ya, kami masih berminat menggunakannya."... selanjutnya.

1 comments:

UsZuNati said...

Allah Maha Kaya wahai si RaSHIT...tunggulah engkau nak mati nanti...akan tiba balasan segala yang engkau dah lakukan...aku takkan sekali-kali memaafkanmu..

Posting terkini

Blog Archive