KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 22, 2008

Keluar Umno dan dipecat dari Umno, siapa lebih mulia?

detikdaily - Apabila Mahathir keluar daripada Umno, sesetengah pihak menganggapnya sebagai wira kerana tindakan itu menurut mereka sangat berhasil memberi tekanan kepada Pak Lah.

Tetapi, Mahathir kata bahawa pihaknya akan kembali semula ke pangkuan Umno jika Abdullah berundur, lalu jawatan itu diisi oleh mana-mana pemimpin yang disifatkan Mahathir sebagai lebih kuat daripada Abdullah.

Antara nama-nama yang disebutkan beliau ialah Najib, Muhyiddin, Tengku Razaleigh. Tetapi, tidak pula Mahathir menamakan Anwar Ibrahim. Ini pun satu kepelikan dan keganjilan juga.

Padahal, tidaklah mustahil jika Anwar masuk Umno semula. Dalam dunia politik tiada yang mustahil. Dan, hal inilah yang perlu kita bincangkan sedikit.

Pertama, adakah Anwar keluar Umno atau dikeluarkan daripada Umno? Anwar dipecat setelah diminta meletakkan jawatan, tetapi Anwar enggan.

Maka, beliau dipecat dan ekoran pemecatan itu beliau dianggap perwira. Dan, selepas itu berbondong-bondong mereka semua keluar Umno, masuk KeADILan. Ada sesetengah mereka kemudiannya 'murtad', masuk Umno semula.

Keluarnya Mahathir daripada Umno tidaklah melibatkan kebanjiran ramainya orang Umno mengikutinya. Walhal, Umno ini adalah Umno yang diterajuinya sekitar pertengahan 1980-an ketika Umno berkrisis.

Jadi, tindakan Mahathir keluar Umno itu sikap perwira (setelah protes terhadap PM Abdullah yang didakwa beliau sebagai tersilap pilihan) atau dipecat keahlian itu dianggap sebagai perwira? ... selanjutnya.

2 comments:

Anonymous said...

apa lagiiii dollahhhh.....

pi tangkap je la si tua yg pengacau nii.....

buat tahanan bawah akta hasutann....

dh terang2 dia dok hasut org.....
keras je skit kat dia nii.....

bkan org umno lg la ni.....

sumbat je dia kat situ....
senyap terus....

Anonymous said...

lepas TDM,.. Tun Dr Hasmah.
Lepas tu Mokhzani

Lepas ni ... Marina pulak kot

lepas tu Mukhriz

lepas tu ....

??

Kalau TDM dah kuar ..

org2 kg bila lagi??

Posting terkini

Blog Archive