KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 22, 2008

Kerajaan Pusat tak faham demokrasi - Yaakob Sapari

Duuuusshhhhhh....sebiji kena kepada kerajaan Pusat berkaitan isu JKKK di Selangor. Baca berita berikut

Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Yaakob Safari berkata ini kerana pemegang jawatan- jawatan itu hanya berhak dilantik oleh kerajaan negeri mengikut peraturan yang termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri.
"Ketua kampung dan JKKK adalah di bawah struktur kerajaan negeri. Seandainya kerajaan pusat hendak melantik, kita menganggap bahawa ketua kampung yang dilantik adalah tidak sah.

"Kerajaan pusat kalau faham prinsip demokrasi, dia tidak akan melantik ketua kampung atau JKKK di negeri," katanya ketika menjawab pertanyaan Dr Mohd Nasir Hashim (PKR-Kota Damansara) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Khamis.
Yaakob berkata tindakan kerajaan pusat mencampuri urusan pelantikan ketua kampung di Selangor dianggap tidak wajar kerana hanya Menteri Besar boleh mengesahkan dan menyokong pelantikan individu tertentu sebagai ketua kampung.

Ketika ditemui pemberita, Yaakob berkata kerajaan negeri akan memecat ketua kampung yang dilantik kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka tidak memberi kerjasama baik kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

"Jika ketua kampung mempunyai pandangan berbeza dan tidak menyokong, kita sedia untuk menamatkan perkhidmatan mereka dan digantikan dengan ketua kampung yang mempunyai fahaman yang sama," katanya. - Utusmeloya

1 comments:

Anonymous said...

Ikut sahaja la arahan pusat. Bila ada undian kemudian barulah buat keputusan. Sekarang bagi jalan dulu. Yang Hamiley tu kecoh sangat apesal?

Posting terkini

Blog Archive