KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 2, 2008

'Bantu tak kira parti' - YB Roziah

Email dari: maf14

Dalam perjalanku ke Daerah Utara Selangor terlihat kelibat kenderaan Kerajaan Negeri Selangor yang meluncur laju dari Bandar Shah Alam menuju ke Sungai Besar Sabak Bernam. Aku yang tidak mempunyai hala tuju, tiba tiba berminat untuk menuruti secara sembunyi mengikuti kenderaan tersebut.

Aku intai di dalam kenderaan dengan kaedah memintas dan menjeling rupa rupanya, kenderaan itu dinaiki oleh Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Rodziah binti Ismail. Dari bandar Kelang meluncur laju dan mengikutinya sehingga membelok ke Kampung Peket 20, Pasir Panjang, lebih kurang 80km dari Shah Alam, jaraknya. Pemandunya seorang wanita yang juga bertudung. Kelihatan bersamanya adalah suami YB dan seorang setiausaha beliau.

Memasuki ruang ruang sempit dan deretan kenderaan berhenti disebuah tapak rumah terbakar di sana. Beberapa orang sedang menanti dan diantaranya adalah mangsa rumah terbakar tersebut. Aku tak sempat mengetahui secara terperinci tentang mangsa dan punca kebakaran tetapi sempat menghulurkan kamera ku untuk mengambil gambar..

Aku bertanya dengan beberapa orang yang berada di sana bahawa pada hari ini, Exco berhasrat untuk menemui beberapa orang miskin dan malang, yang terbiar sejak beberapa tahun yang lepas.

Sebelum kita bercerita panjang, mari aku cerita kan tentang kawasan tersebut. Daerah yang dilawati oleh YB Roziah Ismail ini adalah terletak di dalam kawasan ADUN Negeri Selangor yang cukup terkenal dengan Botoxnya, DS Khir Toyo.

Lawatan ini dianjurkan oleh penduduk setempat yang mahukan sedikit fokus kepada kawasan mereka dan keadaan kemiskinan yang berlaku di tempat mereka.

Aku tidak tahu kenapa Khir Toyo tidak membuat pemantauan kerana menurut mereka yang berada di sana, wajah Khir Toyo sukar untuk dilihat selepas dan sebelum pilihanraya. Dan ini lah imej yang sempat aku rakam....


Bersama ditapak rumah terbakar di Peket 20, kampung Pasir Panjang. YB Roziah yang bertudung ditengah tengah di kelilingi oleh wakil parti Keadilan setampat serta penduduk kampung.


Pemberian bantuan kepada mangsa rumah terbakar ...


Bantuan turut diberikan kepada penduduk malang di kampung yang sama.



[imej atas] YB Roziah sedang menerima keterangan tentang fungsi fungsi Pusat Zakat dari wakil yang dijemput hadir sama dan dari Pemuda Keadilan tempatan yang menyatakan tentang ramainya rakyat miskin yang masih ujud di kawasan Pemerintahan Khir Toyo.

Selepas selesai sahaja upacara tersebut, beberapa orang penyokong PAS telah memintas dan meminta YB untuk pergi ke kawasan mereka. Tanpa banyal soal, kenderaan YB terus menuruti motosikal dan aku terus berminat untuk menuruti rombongan mereka. Dibelakang kenderaan YB, kelihatan kereta yang dinaiki oleh wartawan Sinar Harian dan wakil dari Pusat Zakat Selangor.

Memasuki ruang sempit dan tembus di sebuah pekan kecil yang di panggil Pekan Sungai Haji Dorani. Mencelah di kawasan yang dikerumuni ramai orang dan kami pun terhenti di sebuah rumah kecil di kawasan tersebut.

Aku agak tertinggal di belakang dan terus memasuki ruang rumah itu dengan gaya seperti wartawan....Chewahhhh .....menghulurkan lagi handphone untuk mengambil imej YB bersama penghuni rumah.

Kelihatan seorang wanita sedang terlentang kesakitan dengan derita sakit kencing manisnya. Menangis hiba apabila menyedari bahawa yang melawatnya adalah seorang EXCO baru dilantik oleh kerajaan negeri untuk membantu orang orang yang terpinggir di Selangor.

Menurut kenyataan dari mangsa, ianya berpunca dari hanya gigitan lebah dan merebak dengan adanya penyakit kencing manis yang sudah ada.



Mangsa berbual bersama YB Roziah yang tekun mendengar keluhan.

Selepas keluar dari rumah tersebut, YB memberikan pesanan kepada penduduk kampung serta penghuni rumah tersebut. Beliau mahukan senarai penduduk miskin untuk di berikan kepada pejabat beliau. Tujuan nya adalah untuk pemantauan. Tiada diskriminasi politik kali ini. "Semua orang miskin tidak kira parti akan dibantu", Itu katanya. Amanatnya lagi, Selepas ini pihak Keadilan dan PAS tempatan akan diarah untuk terus memberikan bantuan tanpa putus kepada mangsa mangsa dan warga tempatan yang miskin. Bukan hanya satu lawatan tapi mahu bantuan terus diberikan agar kepayahan rakyat dapat di pulihkan.

Waktu sudah lewat .... aku lihat jam sudah 6.30 petang. Rombongan YB pun pulang menuju ke arah Shah Alam dan aku berhenti untuk berehat....... Mungkin ini lah bermula nya satu fenomena baru yang bakal berlaku di Negeri Selangor. "Bantu tidak kira Parti".

2 comments:

Anonymous said...

lepas ni UMNO tak bolehlah cari makan.....Wakakakaka

Putra IJ80 said...

Begini lah Pemimpin yang kita perlukan selama ini,bukan sekadar bercakap di TV dan Radio,atu bila musim pilihan raya nak tiba sahaja.

Ada kala nya bukan wang ringgit perkara utama,tapi rasa simpati,kasih sayang prihatin,itu lebih bermaana.

Smuge smue Pemimpin PR berjaya.

Posting terkini

Blog Archive