KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 2, 2008

Pembubaran JPPS di Sabah Membongkar Penindasan BN kepada Rakyat

atranungkite - [...] Pembubaran Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) kelmarin merupakan satu lagi pakej khas Barisan Nasional bagi menarik kembali sokongan kalangan rakyat di negeri itu kepada BN yang kini semakin rapuh.

Respon yang diberikan begitu jelas menunjukkan sikap double standard BN selama ini kepada mereka. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha BN Sabah, Datuk Karim Bujang yang kononnya mengalu-alukan pengumuman itu yang dianggap oleh beliau sebagai memberi keyakinan kepada rakyat Sabah terhadap keseriusan Kerajaan Pusat menangani permasalahan di negeri itu.

Itulah yang mereka fikirkan sekarang hingga mereka lupa bahawa sewaktu JPPS berkuasa, mereka sebenarnya duduk terperangkap dengan dasar-dasar BN yang tidak memberikan bantuan secara langsung kepada Sabah. Negeri berkenaan telah lama dianaktirikan, dan hanya pembangunan terpilih sahaja yang dilakukan.

Selama ini pembangunan di Sabah di tadbir oleh dua organisasi iaitu Kerajaan Negeri dan JPPS. JPPS ditubuhkan sejak zaman PBS memerintah, yang mana pada ketika itu mereka adalah Kerajaan Pembangkang. Setelah BN menguasai negeri Sabah, JPPS masih lagi beroperasi memandangkan Kerajaan Persekutuan tidak begitu percaya dengan kepimpinan parti komponen yang ada di Sabah. Dan pengumuman Abdullah kelmarin, sememangnya dijangka kerana BN kini makin tersepit bagi mendapatkan sokongan dari wakil rakyat Sabah yang diura-urakan akan lompat parti. Kerana takut mereka lompat parti maka 13 ‘hadiah’ termasuk pakej ini diberikan kepada mereka kelmarin... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive