KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 2, 2008

Ezam pernah kata 'tunjukkan saya orang yang masuk Umno itu ikhlas'

harakahdaily - Ezam juga antara tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dizalimi kerajaan Umno/BN ketika itu kerana kelantangannya mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.

Dalam satu ceramahnya di Ibu Negara ketika itu (tahun 1998), Ezam antara lain pernah berkata bahawa "kepala otak dia, tunjukkan saya mana satu pemimpin yang menyertai Umno kerana ikhlas".

Ezam juga pernah berkata, sekuat mana tekanan, sekuat mana tawaran ke atasnya diberikan, beliau tidak akan berganjak dari perjuangan kerana ia adalah janji beliau kepada diri beliau.

Beliau juga dengan bersemangat menyatakan bahawa "lawan tetap lawan" dan rela dipenjarakan sekali lagi demi memperjuangkan hak rakyat.

Beliau juga pernah memperlekeh kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan laporan rasuah setebal 632 muka surat yang diserah kepada Presiden Umno itu tidak disiasat dengan baik.

Ezam juga pernah berkata bahawa beliau tidak akan menyerahkan dokumen setebal 632 muka surat tanpa sebarang bukti, tetapi selepas menyerahkannya dengan bukti, orang yang dituduh terlepas begitu sahaja.

Tetapi kini Ezam kembali kepada Umno dengan tidak menyatakan syarat malah mengakui ikhlas membantu Presiden Umno untuk memperjuangkan Umno.

Ezam juga sebaliknya menyatakan bahawa ingin membantu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno meneruskan dasar-dasar kerajaan yang dilihat berada pada landasan yang betul untuk 'reform'.

... selanjutnya.

Berita lain
Kemasukan Ezam tambah kusutkan Umno..
Ezam 'budak baik' yang tersesat lagi?..

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive