KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 25, 2008

SPR dan BN kononnya saling tuding menuding

Kerajaan BN dan SPR saling tuding menuding. Di belakang diorang ketawa pecah perut. Lakunan ini akan berlanjutan untuk beberapa minggu dan isu ini akan senyap sendiri. Takkan cara ni pun korang tak biasa?

Rujuk berita ini

Batal dakwat: Kerajaan tidak bercadang kenakan Abdul Rashid tindakan
MStar - Kerajaan belum bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman atas kenyataannya yang beliau telah diarah oleh Kabinet supaya membatalkan rancangan penggunaan dakwat kekal beberapa hari sebelum pengundian dijalankan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan menghormati SPR sebagai badan bebas dan jika ada percanggahan kerajaan akan menjelaskan apa yang berlaku dari sudut pandangan kerajaan.

"Namun begitu, kerajaan benar-benar berharap bahawa SPR akan menjauhi kenyataan yang mungkin mengelirukan demi kredibiliti institusi SPR dan kewibawaan proses demokrasi dan pilihan raya itu sendiri," kata beliau.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Lim mengemukakan soalan sama ada tindakan diambil ke atas Pengerusi SPR yang telah diarahkan oleh Kabinet untuk membatalkan celup jari empat hari sebelum hari pengundian, dan mendakwa Abdul Rashid bersama-sama Peguam Negara dan Ketua Polis Negara telah menipu rakyat bahawa sebab keselamatan memerlukan pembatalan penggunaan dakwat itu.... selanjutnya.
Kalau tak membelit, bukan BN. Kalau tak menipu, bukan SPR. Hakikatnya ... membelit, menipu, membohong memang kredibiliti SPR dan BN. Tak perlu di sangkal lagi.

1 comments:

Anonymous said...

inilah dia yg dinamakan 'alip mim nun wau'(umno)= "SARKES" oleh si Sudin bujang lapok..

Posting terkini

Blog Archive