KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 6, 2008

UMNO ... Tak pandai pandai lagi ke?

PROTES, an anti-inflation coalition of opposition parties and other groups, is planning rallies nationwide which will peak in a mass demonstration in Kuala Lumpur on July 12, said a coalition leader Hatta Ramli.

"We are hoping for 100,000 people to turn up. We want the government to revert to yesterday's price," said Hatta, who is also a member of the opposition Pan-Malaysian Islamic Party.

Like many Asian countries, Malaysia, is struggling with a spiraling fuel subsidy bill that may breach $14 billion this year as global oil prices skyrocket..... CNN
aRadenjowo
Hah.... ini lah masa untuk turun ke jalanraya seperti tahun lepas. Kalau BERSIH boleh kumpul 136,000 orang penuhkan bandar Kuala Lumpur, tak kan perhimpunan rakyat kali ini tidak boleh? Alasannya adalah Soal minyak kali ini, semua orang kena. Tak kira BN, UMNO, DAP, PAS atau PKR .... pokoknya semua tengah senak.

Rakyat dah tak tahan dengan karenah semua ni. Pak Lah di lihat sebagai Pemimpin yang TEMBEL. Dok terhegeh hegeh, bila cerita pasal duit ... phuhhh dia nombor satu. Apa tak der kerja lain ke? Yang kena rakyat, yang dapat pemimpin. Bila duit dah dikutip, projek pun berjalan. Yang dapat kroni dia jugak. Tuhhhh... PLKN tu hentikan. Baru boleh jimat. Pedulik dengan keuntungan kroni Najib, yang penting jimatkan wang rakyat. Tapi tidak....Pak Lah kekalkan budaya naik harga minyak setiap tahun. Dah macam raya pulak.

Untuk kekal memerintah secara lepak dan dengkur.... Naikkan harga minyak adalah cara yang paling mudah. Apa lagi yang boleh di fikirkan tentang membantu rakyat kerana yang penting fulus masuk dan untung dapat. Sebut dalam masa 5 saat dan harga pun naik. Rakyat juga yang terhegeh hegeh cari duit. Dah dapat duit, tak sampai seminggu, dah langsai. Bayar tu dan bayar ini.

Bermula dari Perlis sampai ke Johor, jalan bukan main sesak lagi, kalau pilihanraya minggu depan, muntah BN kalah. Aku tak dapat bayangkan bahawa banyak sumpahan yang pak lah terima pada hari itu sahaja. Celaka, babi, mangkuk, ****mak .... dan puas rakyat belasah Pak Lah dan kerajaan BN pada hari itu.

Kalau kata UMNO sendiri tidak tertekan dengan kenaikan harga minyak. Itu tidak logik kerana kenaikan minyak kali ini di rasai oleh semua orang. Yang dahi berdacing atau pun perut bercacing ... semuanya tertekan dan terkena, semuanya terkencing kencing. Gara gara .. pemimpin dok asyik memuja pemimpin mereka. Nah...sekarang muntah darah. Dahi dah jendul kena bendul. Bila kena dahi sendiri baru tahu perangai pemimpin masing masing.

Sebelum ini, cerita lah apa pun tentang kerajaan, mereka mereka ini lah yang menjadi dinding tunjal yang akan mempertahankan sebarang langkah. Teringat aku tahun lepas bila minyak di naikkan harganya ... Cehhh....orang BN dan UMNO kononnya cuba menjelaskan keadaan kepada rakyat. Termasuk lah para sahabatku yang lambang dacingnya memenuhi dahi licin. Kata diorang, harga minyak terpaksa di naikkan kerana harga minyak dunia pun turut naik. Mereka buat roadtour kononnya nak jumpa rakyat. Cakap boleh lah....buat tengok. Mengah.

Pada ketika itu, kesengsaraan rakyat tidak mereka rasa kerana projek masih ada. Maklumlah di Selangor sahaja, projek dan kontrak di monopoli oleh orang UMNO dan akibatnya .... biar pun minyak mahal, kereta besar cc dan mahal harganya masih meluncur dengan megah.

Tapi sekarang lain beb ... di Selangor ... kerajaan dah berubah. Bukan lagi dikawal oleh Menteri besar yang botoxnya melicinkan wajah, tapi oleh Pakatan Rakyat. Kontrak mudah dikawal sepenuhnya. UMNO terkincit di Selangor kerana projek dipantau oleh semua orang. Malah pilihanraya tahun ini, UMNO dan BN menanggung kerugian besar. Yang labur tidak untung, yang lebur tidak membawa pulangan yang sepatutnya. Nah .... sekarang rakyat di dalam keadaan seri. UMNO rasa apa yang rakyat rasakan selama ini. Kalau dulu, kenderaan besar besar penuhkan jalan, sekarang sudah banyak kereta yang sudah di trade in untuk menukar kenderaan yang murah dan mampu. Hah .... itu lah akibatnya terlalu yakin dengan kebodohan pemimpin yang memimpin. Akan tak diguna untuk timbang perkara....sokong membabi buta. Bila semua dah sengsara, baru nak mula berkira.

Secara jujur....kenaikan minyak kali ini sungguh mengembirakan. Bukan kerana harga yang semakin mahal, tapi kebencian rakyat pada UMNO semakin meluap. Bukan pembangkang saja ... tapi penyokong UMNO sendiri. Tapi nak buat macamana, itu lah kualiti yang pemimpin mereka ada. Bila umumkan kenaikan minyak, muka seposen jer. Balik rumah, keluar kalkulator, kira untung. Rakyat juga yang terima padah. Padan la muka. Padan muka aku, padan muka kamu dan padan muka UMNO. Tak pandai pandai lagi ke? Mari kita turun ke KL 12 Julai ini dan kita kumpulkan muka yang padan tadi untuk tuntut hak kita.

1 comments:

Anonymous said...

pasal lama sangat? 12 julai ? lama tu beb.pasal tak buat tengah bulan ni je.

Posting terkini

Blog Archive