KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 24, 2008

Keuntungan TNB jatuh

Uloya | Pembayaran kapasiti lebih tinggi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) dan peningkatan harga tenaga global, terutamanya arang batu, memberi kesan terhadap kos operasi Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan mengurangkan keuntungannya.

Keuntungan sebelum cukai bagi sembilan bulan berakhir 31 Mei 2008, jatuh kepada RM3.3 bilion dari RM4.436 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini TNB berkata, keuntungan penukaran tukaran wang asing bagi tempoh kajian adalah rendah kerana pengukuhan ringgit berbanding dolar yang lebih rendah berbanding dengan tempoh yang sama tahun kewangan lalu.

Ringgit, katanya juga telah menjadi lemah berbanding yen.

“Bagaimana pun, perolehan meningkat kepada RM18.66 bilion daripada RM17.194 bilion sebelumnya.

“Peningkatan 6.5 peratus perolehan itu terutamanya disebabkan jualan kuasa elektrik yang lebih tinggi,” katanya.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive