KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 24, 2008

Tiada penyata, 23 cawangan Umno Putrajaya hadapi masalah adakan AGM

MStar | Kesemua 23 cawangan dalam Bahagian Putrajaya, antara bahagian terbaru dalam struktur Umno, dipercayai berhadapan dengan 'masalah' untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing ekoran kegagalan mengemukakan penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Menurut sumber Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, kesemua cawangan dalam Umno Putrajaya tidak menghantar Borang 9 seperti yang disyaratkan, sejak lima tahun lalu.

“Sememangnya mereka tidak mengemukakan Borang 9 itu sejak awal lagi,” katanya yang enggan dikenali.

Sumber itu enggan mengulas lanjut mengenai tempoh ‘sejak awal lagi’ yang dimaksudkan.

mStar Online difahamkan tempoh itu melibatkan sejak Bahagian Putrajaya mula ditubuhkan.

Difahamkan soal menghantar Borang 9 kepada Pendaftar Pertubuhan biasanya diuruskan oleh sekretariat bahagian.

Di bawah peruntukan Akta Pertubuhan, sesebuah pertubuhan akan berhadapan dengan masalah - tidak sah jika gagal mengemukakan penyata tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive