KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 24, 2008

Bandar Tun Razak?



klpos | ...Sumber memberitahu KLpos.com Parlimen Bandar Tun Razak yang kini di sandang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok dikhabarkan akan dikosongkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Ini berikutan PKR mahu memberi laluan kepada penasihatnya untuk bertanding di parlimen tersebut.

Menurut sumber dari PKR Bahagian Bandar Tun Razak, mesyuarat tergempar telah pun diadakan beberapa hari lepas bagi membincangkan gerak kerja untuk menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut, KLpos.com diberitahu satu ceramah umum Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diadakan pada malam 26 Julai ini (Sabtu) di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

"Anwar dijangka akan umumkan penyertaan beliau dalam pilihanraya kecil Parlimen Bandar Tun Razak pada malam itu" kata sumber terbabit.

Pada pilihanraya umum ke-12 8 Mac lalu, calon PKR Khalid Ibrahim berjaya mendapat undi sebanyak 28,123 mengalahkan calon BN dari MCA Datuk Tan Chai Ho yang mendapat undi sebanyak 25,608 dengan majoriti 2,515 undi.

Tan Chai Ho memenangi kerusi parlimen tersebut sejak 1999 dan pada 2004 beliau mengalahkan calon PKR Dr Rosli Ibrahim dengan majoriti 17,527 undi.... selanjutnya.

1 comments:

mangchikla said...

Tak menjejaskan ke apabila Anwar kene dakwa oleh pihak polis dalam masa di istiharkan bertanding?

Posting terkini

Blog Archive