KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 2, 2008

Saiful Bukhari



phanteraleo - [...] Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.

Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.

Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.... selanjutnya.

1 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Anwar halang wartawan Utusan Malaysia hadir sidang akhbar

PETALING JAYA 1 Julai – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memboikot Utusan Malaysia hari ini turut melarang akhbar itu daripada membuat liputan sidang akhbar Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Anwar sendiri mengelak daripada bertemu dengan wartawan Utusan Malaysia yang menunggu di pintu ibu pejabat parti itu bagi mendapatkan reaksinya.

Selain bertindak menghalang liputan berita oleh wartawan Utusan Malaysia, mereka turut meletakkan notis di hadapan pintu masuk yang berbunyi: Semua media kecuali Utusan Malaysia sila daftarkan diri.

Pemeriksaan dibuat sebelum wakil-wakil media dibenarkan memasuki bangunan ibu pejabat PKR di sini petang ini.

Terdahulu, kira-kira 50 petugas media tempatan yang berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR sejak pukul 2.30 petang diminta mendaftar dan menunjukkan kad perakuan media organisasi masing-masing.

Penyelaras Media Biro Penerangan PKR, Ginie Lim berkata, perintah memboikot Utusan Malaysia daripada membuat sebarang liputan majlis yang dikendalikan oleh parti tersebut telah dikeluarkan pada Mei lalu.

Katanya, keputusan memboikot itu dibuat oleh pakatan pembangkang.

“Utusan Malaysia boleh mengutip berita dari tepi jalan,” katanya.

Bagaimanapun, wakil media asing dibenarkan terus naik ke ibu pejabat parti itu tanpa perlu melalui tapisan dan pemeriksaan petugas-petugas PKR.

Keadaan mula kecoh apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di pekarangan ibu pejabat parti itu pada pukul 3.40 petang.

Sebaik beliau turun dari kenderaannya, wartawan Utusan Malaysia cuba mendapatkan penjelasan beliau berhubung larangan itu.

Wan Azizah bagaimanapun tidak melayan pertanyaan wartawan Utusan Malaysia dan pada ketika itu petugas PKR telah bertindak kasar dengan menolak wartawan berkenaan.

Wartawan Utusan Malaysia tidak bertindak balas terhadap petugas PKR terbabit malah terus menunggu di hadapan pintu masuk bangunan tersebut sehingga ketibaan Anwar pada pukul 4 petang.

Bagaimanapun, Anwar dikawal ketat oleh dua pengawal peribadinya yang mengetahui wartawan Utusan Malaysia cuba mendapatkan penjelasan daripada bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang kini menghadapi dakwaan meliwat seorang pembantunya.

Posting terkini

Blog Archive