KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 7, 2008

PDRM SANGGUP BERBOHONG KERANA UMNO

marhaen
Rujuk lampiran (KLIK)

(...) Apa yang menariknya ialah sorong papan, tarik papan yang dilakonkan oleh Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman dengan , Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI. Skripnya adalah sama seperti yang disandiwarakan oleh bosnya Musa Hassan dalam The Star pada 4 Disember 2007 [dalam ucapan Teresa disebut perkara ini], Musa melakukan pembohongan secara selamba yang beliau pernah menawarkan Bersih untuk mengadakan perhimpunan mereka di dalam stadium, tetapi tawarannya itu ditolak.

Lakonan Zulkarnain ini saya rakamkan melalui petikan siaran Malaysiakini.com tanpa ulasan selanjutnya. Tujuannya untuk memberi gambaran kepada rakyat supaya berfikir dan membuat kesimpulan bahawa itulah sikap yang ada pada pasukan PDRM kita selama ini. Harapan saya, semoga pasukan PDRM perlu merubahkan mentali yang pro kepada UMNO, kembali ke tugas asal secara professional menjaga keamanan rakyat dan negara. Persepsi rakyat terhadap pasukan perlu dipulihkan segera kerana semakin keras pasukan polis lakukan terhadap kumpulan yang anti kerajaan [hanya berkisar soal dasar melalui pendekatan yang berbeza], maka semakin benci dan hilang hormat rakyat terhadap pasukan polis. Ini yang sangat ditakutkan. |more...|

Mansuhkan Yuran Tambahan Sekolah

alhusseyn51.blogspot

Tindakan pihak sekolah mengenakan ‘Yuran Tambahan’ yang lebih tinggi adalah kerana penghapusan yuran sekolah.Pihak sekolah terpaksa mengenakan ‘Yuran Tambahan’ yang bukan-bukan bagi menampung urusan perbelanjaan mengendalikan sekolah.Mungkin suatu masa nanti meletakkan basikal atau motosikal bagi para pelajar juga akan dikenakan bayaran melalui cara yang disebut ‘Yuran Tambahan’.

Perkara sebegini berlaku kerana pihak sekolah PCG yang diberi oleh pihak Kementerian Pelajaran tidak mencukupi. Pihak pentadbiran sekolah terpaksa memandai-mandai sendiri mencari wang dari sumber yang akhirnya membebankan murid-murid dan para ibu bapa.

Skandal salah urus jabatan dan kementerian pernah didedahkan oleh pihak Akauntan Negara tidak berapa lama dulu; urusan disekolah-sekolah pun tidak kurang bezanya. |more...|

YURAN: ‘Penerangan tidak jelas’

Berita Haruan

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN) mendakwa Kementerian Pelajaran tidak memberi penerangan secara jelas kepada ibu bapa berhubung pemansuhan yuran rasmi sekolah sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan ibu bapa.

Presidennya, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, berkata ibu bapa hanya mengetahui keadaan sebenar pada hari pertama pendaftaran persekolahan sehingga menimbulkan kekalutan.

“PIBGN sebelum ini sudah mengingatkan setiap sekolah supaya memberi penjelasan terperinci kepada ibu bapa mengenai pemansuhan yuran sebelum bermula sesi persekolahan tetapi tidak dilakukan.

“Ini menyebabkan ibu bapa terkejut dan terkilan apabila mengetahui perkara sebenarnya,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai rungutan ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan kadar bayaran sampingan yang dikenakan PIBG terhadap mereka.

Kelmarin, Berita Harian melaporkan ada sekolah menengah di bandar raya ini memasukkan bayaran ‘tuala wanita’ sebanyak RM25 setahun dalam senarai bayaran sampingan kepada pelajar perempuan.

“Kenapa PIBG perlu mengenakan bayaran bertindih yang ditetapkan pihak sekolah seperti yuran peperiksaan dan kurikulum. Sebagai contoh, yuran peperiksaan yang ditetapkan PIBG antara RM30 dan RM100 adalah membebankan ibu bapa.

“NUTP meminta PIBG tidak mengenakan bayaran sampingan yang sama dengan yuran sekolah dan kedua, membatalkan bayaran kepada perkara yang tidak munasabah,”
katanya. |more...|

NO2umnO - Seebnarnya Kementerian cuba TIPU kerana sikap PM membuat kenyataan tentang penghapusan YURAN dan sekolah pula sudah kebimbangan kerana bimbang ibubapa tahu muslihat KEMENTERIAN. Maka timbul lah isu.

RUMAH SUDAH NAK RUNTUH, PAHAT BARU NAK BERBUNYI

Persatuan syor kutip yuran ikut keperluan
Berita Haruan

(...) "Ibu bapa sudah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli pakaian seragam, buku, alat tulis serta tambang bas pada awal sesi persekolahan.

"Justeru, sumbangan untuk PIBG yang juga dikutip sekali dengan yuran tambahan sekolah dirasakan bebanan kepada mereka,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, PIBG pula wajar menyediakan susunan program tahunannya yang memerlukan sumbangan ibu bapa dan meminta pentadbiran sekolah membuat kutipan mengikut keperluan semasa.

"Misalnya jika PIBG bercadang mengadakan sesi motivasi bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Jun, kutipan sumbangan boleh dilakukan pada Mei mengikut keperluan bajet program dan ini akan mengelakkan ibu bapa berasa terlalu dibebani pada awal tahun," katanya. (more...)

No2umnO - Peliknya persatuan Pengguna di Malaysia ini, sudah berlaku baru nak kecoh. Umpama, rumah sudah nak runtuh, baru pahat berbunyi. Tambah menyedihkan, persatuan seperti badan politik ini tidak mengelakkan bayaran mahal, tetapi lebih mengutamakan bayaran ansuran dan berdikit dikit. Bukan hendak bantu ahli tetapi bantu orang lain. Patutnya pertikaikan jumlah yuran yang mahal.

Kalau setakat nak tubuh persatuan untuk tambah profile politik peribadi, baik jangan berpesatuan. Sebelum ibubapa melenting, semua tidur macam dah tak mau bangun.

YURAN: KP PELAJARAN YANG KELIRU


Asingkan bayaran tambahan elak kekeliruan
Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Bayaran yang berkaitan pelajaran perlu diasingkan daripada bayaran tambahan lain yang dikenakan kepada ibu bapa bagi mengelakkan kekeliruan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, mengikut garis panduan Kementerian Pelaran, bayaran berkaitan pelajaran adalah untuk aktiviti kokurikulum, sukan tahunan, ujian, kegiatan pendidikan Islam dan Moral serta insurans pelajar.

Bayaran tambahan pula, katanya, adalah untuk pelbagai kelengkapan pelajar seperti tali leher dan baju sukan.

“Saya telah arahkan para pengetua supaya mengasingkan kedua-dua bayaran tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, tindakan pihak sekolah menyatukan bayaran kepada pihak sekolah dan bayaran tambahan menyebabkan ibu bapa merasakan jumlah yang terpaksa dibayar terlalu tinggi.

Menurut Alimuddin, beliau akan mengadakan pertemuan dengan para pengarah pelajaran negeri esok bagi menjelaskan perkara berkenaan.

Tambah beliau, ibu bapa perlu diberikan pilihan untuk membeli sendiri kelengkapan yang disenaraikan di bawah bayaran tambahan tanpa melalui pihak sekolah.

‘‘Jika ibu bapa merasakan harga kelengkapan seperti tali leher dan sebagainya yang dikenakan oleh pihak sekolah terlalu mahal, mereka boleh membelinya di luar.
(Radenjowo: Tali leher ada lencana, mana ada jual diluar sekolah....faham ke tak?)

‘‘Sebahagian besar daripada sekolah tidak menghadapi masalah mengenai isu bayaran tambahan ini. Hanya segelintir ibu bapa yang keliru dengan perkara ini,’’ katanya.

(Radenjowo: Siapa kata segelintir? Dah buat kaji selidik ke?)

Kata Alimuddin, ibu bapa juga diberi kelonggaran untuk menyelesaikan bayaran tambahan kepada pihak sekolah secara ansuran memandangkan para pelajar akan berada di sekolah dalam jangka masa hampir setahun.

‘‘Jumlah ansuran bulanan bayaran berkenaan boleh dibincangkan di antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengetua sekolah,’’ katanya.
(Radenjowo: Menteri kata tak payah bayar, Pengarah kata bayar ansuran .... apa cerita ni?)

KPDNHEP DIKETUK BARU KERJA

Operasi besar-besaran bermula
Utusan Meloya

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM

PUTRAJAYA 6 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan operasi besar-besaran hari ini di seluruh negara bagi membanteras kegiatan menyorok bekalan minyak masak yang menyebabkan kekurangan bahan keperluan itu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Iskandar Halim Sulaiman berkata, peniaga yang didapati menyorok bekalan tersebut akan didakwa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

‘‘Minyak masak merupakan salah satu barang kawalan. Di bawah akta ini, jika sabit kesalahan seseorang yang menyorok bekalan boleh dikenakan denda RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kementerian terhadap peniaga yang menyorok bekalan minyak masak tersebut yang menyebabkan bekalan minyak masak berkurangan di seluruh negara.

Menurut Iskandar, operasi besar-besaran ini melibatkan seramai 1,200 orang pegawai operasi akan terlibat di seluruh negara bagi menyiasat punca tersebut sehingga ke akar umbi.

‘‘Semua negeri telah memulakan operasi hari ini serentak. Di Kuala Lumpur dan Selangor, kita memulakan operasi di sekitar Shah Alam yang mana merupakan tempat paling teruk kekurangan bekalan,” katanya. |more...|

Lesap sebelum kursus tamat

Kosmo



SEBAHAGIAN daripada mang menunjukkan salinan laporan polis di Kompleks Sukan Kampung Pandan semalam.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 80 peserta Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJKN) di Port Dickson pada 22 hingga 30 Disember lalu, kini dalam dilema apabila semua dokumen serta barang berharga mereka hilang daripada simpanan pengendali program.

Antara barangan peribadi yang hilang ialah dompet, MyKad, wang tunai, kad ATM, lesen memandu serta telefon bimbit.

Mereka sebahagian daripada 120 peserta kursus itu yang menyerahkan barangan peribadi masing-masing atas arahan pengendali kursus sebelum hilang tiga hari sebelum program itu berakhir.

Lebih memburukkan keadaan, kesemua mangsa yang sebelum ini mengikuti program di Kolej Uniti Pasir Panjang, telah diarahkan pergi ke Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan di sini semalam bagi menyelesaikan masalah itu, namun terpaksa pulang hampa kerana ia ditangguhkan.

Kejadian itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peserta yang menyifatkannya sebagai kelalaian pihak urus setia.

Seorang peserta, Muhammad Rafiuddin Hussein, 22, berkata, syarat yang mewajibkan peserta program menyerahkan segala barangan penting tidak wajar.

Menurutnya, setiap peserta diberikan satu sampul surat yang kemudian diguna untuk memasukkan dompet dan barang-barang penting yang lain serta menyuruh peserta menyenaraikan pada bahagian luar sampul surat.

“Ia kemudian dimasukkan dalam sebuah kotak dan disimpan dalam almari.

“Pada mulanya kami memang enggan berbuat demikian, tetapi setelah dipaksa dan dijadikan peraturan untuk mengikuti pro- gram berkenaan, kami akur,” katanya ketika ditemui di Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan semalam.

Seorang lagi peserta, Zul Imran Ishak, 17, berkata, dia pernah mengikuti kursus yang hampir sama, tetapi tidak pula dikenakan syarat seperti menyerahkan barangan peribadi.

Nor Farhana Mohd. Nor, 18, menyatakan, para peserta hanya dimaklumkan mengenai kehilangan barangan mereka pada 27 Disember lalu.

Katanya, pihak urus setia berjanji untuk membayar ganti rugi, namun semuanya tidak berlaku.

“Kami cukup kecewa kerana pertemuan yang dijadualkan pada hari ini (semalam) tidak ada, sebaliknya hanya notis pembatalan yang tertera pada pintu bangunan kompleks tersebut,” ujarnya.



SEORANG peserta menunjukkan salinan laporan polis di hadapan ibu bapa peserta kursus dalam pertemuan di Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, seorang ibu kepada peserta, Azalah Omar, 43, nyata kecewa kerana pihak urus setia mengabaikan aspek kesela- matan.

“Apabila berlaku kejadian sebegini, sudahlah pihak terbabit sukar dihubungi, malah tarikh perjumpaan juga ditangguhkan,” katanya.

Difahamkan, semua peserta telah membuat laporan polis secara berasingan mengenai kejadian itu.

HUTANG KERANA BAYAR YURAN

Terpaksa berhutang kerana yuran mahal
Kosmo

ALOR STAR – Seorang bapa yang mahu menjelaskan yuran sekolah anaknya yang kini di tahun enam, terkejut besar apabila mendapati dia perlu membayar RM373.80.

Bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail itu berkata, yuran itu yang hampir sama banyaknya dengan kolej swasta, menyebabkan dia terpaksa ‘berhutang’ dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bohor di Jalan Hutan Kampung, kira-kira 10 kilometer dari sini apabila hanya mampu membayar sebahagian sahaja.



PENYATA yuran murid Tahun 6 sebuah sekolah dekat Alor Star yang menetapkan pembayaran sebanyak RM373.80.

Katanya, yuran itu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu bayaran buku dan alat tulis, bayaran tambahan seperti skim perlindungan diri (insurans) serta bayaran lain-lain.

Beliau yang juga seorang penjawat awam berkata, paling mengejutkan ialah bayaran peningkatan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebanyak RM250 yang juga dipercayai kos tuisyen wajib.

“Saya dan ibu bapa lain amat terkejut, tambah pula bayaran RM250 yang dikenakan untuk peningkatan prestasi UPSR tidak logik dan tidak dikenakan oleh sekolah lain di sini,” ujarnya.

Menurut Ismail, sebelum ini, anak sulungnya yang turut menduduki peperiksaan UPSR di sekolah sama tetapi tidak dikenakan bayaran setinggi itu.

Kata Ismail, sekolah terbabit bagaimanapun memberi tempoh sehingga bulan depan untuk menjelaskan hutangnya.

Corrupted, I believe.

dipetik: jade-kebaya.blogspot.com

(...) Is the Government really corrupted? As the general election of Malaysia nearing soon, if it is true that the current one has despicable capability to run this country with justice, that there is no need of anything else to say.

Here's story no 2. The bus driver, who is actually a bus company entrepreneur, and a UPM graduate.He talk about politics all the way back to the campus. From the rising oil price, to the condition of our diesel oil quality, to EURO status and what not. He sure do knows a lot for a bus driver! Just what we need in our nation that is lacking of intellectuals.

As a teenager, I only read what is in the paper, so there is a lot that I don't know of what happens before I came into this world, except for what I studied in History during school days. History book only seem make the government look god, and everything else bad. But later days of politics do seem much more fair and coherent than out current days of civilization.

Our management is bad. And I believe that is true. With simple facts that, I believe many do know about. I'm starting to believe that yes, the government somehow, is having a corruption disease.

Fact #1
The government found oil in Kelantan in 1988, near the bordering seas of Thailand and Malaysia. Did the government send Petronas to go ahead and drill it? No, but Thailand did. And until now, just because Kelantan is under pass influence, the Government refused to let the Kelantanese to receive benefit from the oil's royalty. How sadistic is that?

Aren't we all still Malaysians? Isn't Kelantan a Malaysian state and all the people in there are eligible to vote in the elections? Isn't PAS also, a malay, dear UMNO? Isn't the Government suppose to represent us all. There are rumours (Only a rumour) that the government , if they win this coming election in Kelantan ,might announce that the have indeed 'just' found and oil reserve on the sea beds of Kelantan 'recently' when really, Thailand have been sucking a lot of oil from the same core.

Bull shit. |more...|

Posting terkini

Blog Archive