KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 7, 2008

YURAN: ‘Penerangan tidak jelas’

Berita Haruan

KUALA LUMPUR: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN) mendakwa Kementerian Pelajaran tidak memberi penerangan secara jelas kepada ibu bapa berhubung pemansuhan yuran rasmi sekolah sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan ibu bapa.

Presidennya, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, berkata ibu bapa hanya mengetahui keadaan sebenar pada hari pertama pendaftaran persekolahan sehingga menimbulkan kekalutan.

“PIBGN sebelum ini sudah mengingatkan setiap sekolah supaya memberi penjelasan terperinci kepada ibu bapa mengenai pemansuhan yuran sebelum bermula sesi persekolahan tetapi tidak dilakukan.

“Ini menyebabkan ibu bapa terkejut dan terkilan apabila mengetahui perkara sebenarnya,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai rungutan ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan kadar bayaran sampingan yang dikenakan PIBG terhadap mereka.

Kelmarin, Berita Harian melaporkan ada sekolah menengah di bandar raya ini memasukkan bayaran ‘tuala wanita’ sebanyak RM25 setahun dalam senarai bayaran sampingan kepada pelajar perempuan.

“Kenapa PIBG perlu mengenakan bayaran bertindih yang ditetapkan pihak sekolah seperti yuran peperiksaan dan kurikulum. Sebagai contoh, yuran peperiksaan yang ditetapkan PIBG antara RM30 dan RM100 adalah membebankan ibu bapa.

“NUTP meminta PIBG tidak mengenakan bayaran sampingan yang sama dengan yuran sekolah dan kedua, membatalkan bayaran kepada perkara yang tidak munasabah,”
katanya. |more...|

NO2umnO - Seebnarnya Kementerian cuba TIPU kerana sikap PM membuat kenyataan tentang penghapusan YURAN dan sekolah pula sudah kebimbangan kerana bimbang ibubapa tahu muslihat KEMENTERIAN. Maka timbul lah isu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive