KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 7, 2008

PILIHANRAYA MAKIN HAMPIR - RASHIT

"Pilihanraya semakin hampir" - SPR
klpos

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengulangi bahawa pilihanraya umum "sudah semakin hampir" walaupun wujud spekulasi kerajaan mungkin menangguhkannya kerana ia menghadap pelbagai masalah sekarang.

"Bila saya kata pilihanraya sudah hampir, lebih baik anda mempercayainya kerana ia bukan main-main," kata Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam akhbar the Star hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka mengumumkan tarikh pilihanraya umum awal tahun ini, tetapi negara kini berdepan dengan protes jalanan, skandal seks dan kemarahan rakyat berhubung harga minyak dan makanan yang tinggi.

Bagaimanapun, akhbar the Star melaporkan, semua tanda-tanda menunjukkan ia tidak akan ditangguhkan kerana cuti anggota polis telah dibekukan sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum.

Protes jalanan berlaku November lalu di mana 40,000 rakyat berhimpuan mendesak pembaharuan pilihanraya, diikuti dengan perhimpunan kira-kira 30,000 orang lagi kerana membantah peminggiran masyarakat India di negara ini.

Lima pemimpin Hindraf yang menganjurkan perhimpunan tersebut ditahan bulan lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tempoh dua tahun.

Dan Sabtu lalu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengadakan majlis menyalakan lilin di Dataran Merdeka sebagai membantah ISA selama kira-kira 20 minit sebelum diarahkan bersurai.

Kira-kira 200 orang mengambil bahagian walaupun polis melarang ia diadakan kerana tidak mendapat permit polis. Polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan orang ramai.

"Undang-undang ISA tidak lagi releven. Sesuatu jenayah mestilah dibuktikan di mahkamah, dan bukannya menafikan hak asasi rakyat," kata H Nandakumar, seorang jurutera berusia 24 tahun yang menyertai perhimpunan tersebut.

"Rakyat telah mula menyedari bahawa kerajaan adalah dipilih oleh kita dan kita tidak perlukan undang-undang tersebut. Kita boleh berfikir sendiri - kita bukan anak-anak," katanya kepada AFP.

Kerajaan juga berdepan dengan masalah rakyat tidak puashati dengan harga minyak dan harga makanan yang tinggi. Ia turut dimalukan oleh satu skandal seks yang memaksa menteri kesihatan meletakkan jawatan minggu lalu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive