KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 7, 2008

HUTANG KERANA BAYAR YURAN

Terpaksa berhutang kerana yuran mahal
Kosmo

ALOR STAR – Seorang bapa yang mahu menjelaskan yuran sekolah anaknya yang kini di tahun enam, terkejut besar apabila mendapati dia perlu membayar RM373.80.

Bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail itu berkata, yuran itu yang hampir sama banyaknya dengan kolej swasta, menyebabkan dia terpaksa ‘berhutang’ dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bohor di Jalan Hutan Kampung, kira-kira 10 kilometer dari sini apabila hanya mampu membayar sebahagian sahaja.



PENYATA yuran murid Tahun 6 sebuah sekolah dekat Alor Star yang menetapkan pembayaran sebanyak RM373.80.

Katanya, yuran itu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu bayaran buku dan alat tulis, bayaran tambahan seperti skim perlindungan diri (insurans) serta bayaran lain-lain.

Beliau yang juga seorang penjawat awam berkata, paling mengejutkan ialah bayaran peningkatan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebanyak RM250 yang juga dipercayai kos tuisyen wajib.

“Saya dan ibu bapa lain amat terkejut, tambah pula bayaran RM250 yang dikenakan untuk peningkatan prestasi UPSR tidak logik dan tidak dikenakan oleh sekolah lain di sini,” ujarnya.

Menurut Ismail, sebelum ini, anak sulungnya yang turut menduduki peperiksaan UPSR di sekolah sama tetapi tidak dikenakan bayaran setinggi itu.

Kata Ismail, sekolah terbabit bagaimanapun memberi tempoh sehingga bulan depan untuk menjelaskan hutangnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive