KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 7, 2008

KEMALANGAN BAS LAGI

Brek bas tak berfungsi, pelajar USM panic
kosmo

IPOH – Gara-gara masalah brek, 37 pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) panik apabila bas yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang, bas yang dinaiki kumpulan pelajar berkenaan yang sedang menuju ke Utara terbabas sehingga memasuki lorong bertentangan yang menghala ke Selatan.

Ketua Trafik Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Rodzi Rajab berkata, sebaik menghampiri plaza tol berkenaan, pemandu bas tersebut menyedari kenderaannya mengalami masalah brek dan dia cuba mengelak daripada melanggar deretan kenderaan di hadapannya dengan membelok ke sebelah kanan.

“Akibatnya, bas dipandunya melanggar kon pembahagi jalan lalu memasuki laluan bertentang sebelum berpusing, melintang di tengah-tengah jalan,” katanya ketika dihubungi KOSMO! semalam.

Beliau berkata, berikutan kemalangan itu, enam termasuk pemandu bas itu cedera ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Ipoh (HI) di sini.

Katanya, baki 31 penumpang lain tidak cedera. |more...|
No2umno - Bila trajedi kematian ramai kemalangan bas di Perak pada tahun lepas, semua menteri, JPJ dan individu bijak pandai pun mula lah sibuk bersuara. Macam macam idea dilontarkan. Bukan main hebat lagi. Rupanya semuanya setakat pandai cakap, tak pandai buat. Sehingga hari ini masih berlaku lagi kejadian kemalangan kerana kenderaan tiada di dalam selamat dipandu. Idea JPJ untuk letakkan pegawai di perhentian itu pun tak tahu jadi ke tidak. Menteri pengangkutan tak komen apa pun?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive