Tiada penipuan proses pilihan raya’
Barita Haruan
PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, semalam menempelak seorang wartawan agensi berita asing kerana menggunakan perkataan ‘rigging’ dalam soalannya yang seolah-olah mengatakan berlaku penipuan pada pilihan raya umum sebelum ini.
Abdul Rashid yang mengetuai SPR sejak 2000 menegaskan, perkataan ‘rigging’ bermaksud menipu dengan mengubah kandungan dalam peti undi dan boleh memberi imej buruk bukan saja kepada badan itu, malah kepada negara.
“Awak guna perkataan rigging?.... apa yang awak maksudkan? Perkataan yang awak gunakan ini membawa maksud tidak elok dan memberi kesan negatif kepada semua orang.
“Adakah pernah berlaku pada pilihan raya umum sebelum ini kandungan peti undi diubah atau ditipu? Tolong berhati-hati dengan perkataan ‘rigging’ kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada semua orang, termasuk imej negara.
“Jika awak maksudkan pengundi hantu, ia tiada kaitan langsung dengan perkataan ‘rigging’. Namun, tiada siapa jumpa SPR dan membuktikan berlaku pengundi hantu setiap kali pilihan raya umum diadakan,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-12 di sini, semalam.
Wartawan agensi berita asing itu meminta Abdul Rashid mengulangi jaminan pilihan raya umum kali ini adalah bersih dan adil.
Abdul Rashid yang jelas tidak gemar dengan pelbagai soalan spekulasi daripada beberapa wartawan laman berita blog menegaskan tidak pernah berlaku penipuan dalam proses pilihan raya dikendalikan SPR.
Katanya, SPR sudah membuktikan pilihan raya umum dilaksanakan secara telus, bersih dan adil mengikut peraturan dan undang-undang yang digariskan Akta Pilihan Raya 1958.
“Kita akan pastikan rekod bersih ini kekal pada masa akan datang,” katanya.
Abdul Rashid turut menjelaskan bahawa catatan nombor siri pengundi pada ceraian kertas undi yang diamalkan sebelum pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 2006 lalu bukan untuk mengetahui pilihan pengundi, sebaliknya langkah keselamatan bagi memastikan tidak berlaku penipuan membabitkan kertas undi.
“Kita sentiasa pastikan rahsia setiap undi terjamin, malah tiada siapa boleh tahu siapa yang anda undi,” katanya.
Mengenai pengundi hantu, Abdul Rashid berkata mereka yang mendakwa wujudnya perkara itu hendaklah mengemukakan bukti bagi membolehkan SPR menyiasat dan bertindak.
“Namun, tak ada pihak yang tampil membuktikan berlaku kes pengundi hantu. Mustahil mereka yang tidak disenarai dalam Daftar Pemilih boleh mengundi,” katanya.
No2umnO - Rashit ....tengok muka dah macam penipu. Tak tipu macam mana? Kalau jawab soalan memang macam orang tak berajar .... maksudnya KURANG AJAR. Macam Samy Vellu. Perasan Bagus. Tapi siapa nak mengaku BERAK di tengah Jalan?
Feb 15, 2008
RASHIT MARAH TAK MENGAKU
Labels: Belit Rashit/SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ayah Ngah diperdaya Idris Jusoh
Dianiyai dan dikhianati oleh Idris dan UMNO – Cikgu(B) Zakaria Ali masuk wad
buletinonline.
Friday, 15 February 2008
Kuala Terengganu, 14 Feb – Akibat tekanan berat yang dihadapi, Cikgu Zakaria telah dimasukkan ke wad Psikatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Nurzahirah, disini hari ini.
Buletin Online yang turut bersama menziarahi beliau, mengajak seluruh rakyat Terengganu untuk menolak Idris dan kepimpinan UMNO/BN Terengganu yang telah memperalatkan seorang warga emas yang tidak berdaya untuk tujuan politik.
“Mereka telah merancang segalanya, termasuk menyiapkan ‘skrip’ untuk ucapan Cikgu Zakaria pada malam 9 Februari yang lalu,
“Ayah Ngah kata dia tak isi borang UMNO pun” jelas Fariz Irwan.
Cikgu Zakaria@Supar Ali, Abang kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah menimbulkan kegemparan enam hari yang lalu apabila didakwa masuk UMNO oleh Idris, sewaktu majlis perasmian Perkampungan Hadhari, Marang Terengganu.
Dato’ Mustaffa Ali hanya menjelaskan keadaan Cikgu Zakaria yang sakit, dan bersara awal kerana mendapat rujukan ‘medical board’ semasa membuat respon terhadap isu bekenaan. Dato’ Musaffa hanya berpesan kepada Idris supaya ‘menjaga abangnya baik-baik’.
Manakala Fariz Irwan didalam kenyataan balasnya telah menhantar kepada media, bukti bahawa Cikgi Zakaria telah lama masuk UMNO dengan menghantar salinan kad pengenalan serta slip keahlian UMNO yang diakses melalui Laman Keahlian UMNO.
Rujuk berita terdahulu
UMNO MASUK UMNO ... He He He
dakapan 'aneh' Deris kepada Zakaria
Labels: Adris, ALAHAI IDRIS ....
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Hishamuddin Tun Hussein MB Johor yang baru?
"Apa maksud kedatangan Pak Lah ke Johor semalam?" begitu soalan yang diajukan oleh seorang sahabat lama kepadaku tadi.
Labels: Menteri Sotong
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Turkmenistan minyak percuma, Malaysia apa dapat?
Kerajaan Turkemenistan beri minyak PERCUMA pada rakyat, Sindir Kerajaan BN
dppwp.
Di Turkemenistan rakyat dapat 120 liter inyak secara percuma, tapi di Malaysia rakyat terpaksa berdikit-dikit beli minyak yang harganya naik saban tahun. Di Malysia, hanya MENTERI sahaja yang DAPAT MINYAK PERCUMA TANPA HAD LIMIT. Adilkah ini…bangkitlah..ini masa untuk membuat perubahan!
Rakyat Turkmenistan dapat minyak percuma
ASHGABAT 9 Feb. * Kerajaan Turkmenistan hari ini mengumumkan pemberian minyak petrol percuma kepada rakyatnya pada setiap bulan.
Pemilik kereta akan mendapat 120 liter minyak dan pemandu lori, traktor serta bas pula mereka akan mendapat 200 liter manakala penunggang motosikal pula memperoleh 40 liter.
Pengumuman tersebut telah dikeluarkan dalam akhbar milik kerajaan, Neutral Turkmenistan.
“Pemilik kenderaan akan diberikan kupon yang memberikan mereka hak mengisi secara percuma di stesen minyak,” lapor akhbar berkenaan.
Bagaimanapun bagi mereka yang menggunakan minyak melebihi dari had yang ditetapkan mereka terpaksa membayar sendiri mengikut harga pasaran.
Turkmenistan yang merupakan negara kaya dengan hasil minyak, mempunyai corak pemerintahan yang menyamai Rusia di mana ekonomi negara di kawal oleh kerajaan pusat.- AFP
Labels: Minyak naik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KAUM INDIA TAKUT TERKENA LAGI
Isu tanah SJKT diperjelas
harian.com
KUALA LUMPUR: Majlis pecah tanah tapak baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Seaport, Petaling Jaya kecoh seketika apabila ada pihak mendakwa hanya 0.6 hektar saja diperuntukkan berbanding 1.4 hektar yang dijanjikan sebelum itu.
Bagaimanapun, mereka yang hadir pada majlis disertai Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo itu berpuas hati selepas mendengar penjelasan kedua-dua pemimpin terbabit mengenai hakikat sebenar.
Samy Vellu berkata, 1.4 hektar itu sebenarnya diwartakan sebagai tanah rizab sekolah yang dikhususkan untuk sekolah kebangsaan dan peruntukan 0.6 hektar untuk SJKT Seaport diberi kerajaan negeri Selangor atas permintaan MIC.
“Pada awalnya, hanya RM600,000 diperuntukkan bagi membina bangunan setingkat dengan enam bilik darjah tetapi selepas mengambil kira kepentingan kira-kira 5,000 penduduk India di Kampung Lindungan, jumlah itu ditambah kepada RM1.2 juta bagi membina bangunan tiga tingkat,” katanya dengan nada kesal kerana masih ada pihak memperkecilkan sumbangan MIC kepada masyarakat India.
No2umnO - Pantang silap sikit, kaum India akan bangun mempertikaikan. Pada asalnya tujuan pertemuan itu kononnya untuk memujuk kaum India agar yang marah bertukar mesra. Biar rakyat kata, "TERIMA KASEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL" tapi kekecohan itu membuktikan bahawa ada keraguan tentang keikhlasan pemimpin BN, sedangkan sebelum ini semuanya angguk terima walaupun sedikit. Rasanya pemimpin sendiri akan faham sentimen yang berlaku. Jangan goyang kaki, kerana kaum India sudah tidak mahu berubah arah ditipu lagi. Berhati hati perubahan mengejut akan berlaku. Ada yang sakit jantung lepas ini.
Labels: Belit Khir Toyo, Belit samy, Hindraf
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bakal MB JOHOR Baru Seorang Veteran UMNO
Abdullah Mengadap DYMM Sultan Johor:
Bakal MB Baru Seorang Veteran UMNO
maisuara.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini tergesa-gesa terbang ke Johor Bahru untuk mengadap DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serena, dipercayai untuk membereskan soal pencalonan bakal MB Johor selepas PRU12. Demikian sumber-sumber ibu pejabat UMNO Malaysia memberitahu Suara tengahari tadi.
Sebelum itu, Abdullah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN dan kemudiannya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Sumber-sumber di Johor Bahru pula memberitahu Suara, Abdullah diperkenan mengadap DYMM Sultan Iskandar lebih kurang satu jam mulai 3.30 petang. Kemudiannya beliau terus terbang pulang ke Kuala Lumpur.
Adalah tidak diketahui sama ada MB Johor, Datuk Haji Abdul Ghani Othman, yang tidak menghadiri mesyuarat MT UMNO di Kuala Lumpur, turut terlibat dalam pertemuan berkenaan.
Bernama pula melaporkan Ghani memang tidak turut serta dalam rombongan Abdullah menghadap Sultan Iskandar. Kata laporan itu lagi, ini menguatkan ura-ura bahawa pertemuan itu ada kaitan dengan kedudukan Ghani.
Ketika ini, beberapa nama disebut-sebut sebagai bakal MB Johor selepas PRU12. Ini termasuklah Datuk Seri Khalid Nordin, Exco Kanan Haji Ahmad Zahri Jamil dan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamad Rahmat.
Sumber-sumber di Johor Bahru bagaimanapun menyatakan, kemungkinan nama-nama di atas diperkenankan menduduki kerusi MB Johor adalah amat tipis. Kata mereka, DYMM lebih cenderung melilih seorang pemimpin veteran UMNO Johor untuk jawatan tersebut.
Siapakah beliau? Warga politik Johor yang masih ingat bagaimana bercelarunya keadaan pertukaran kerusi DUN dan Parlimen di saat-saat akhir dalam PRU11, di mana Khalid Nordin yang dijangka bertanding DUN terpaksa berhijrah ke Parlimen Pasir Gudang, pastinya ingat akan Datuk Ali Hassan, yang kini Speaker DUN Johor. Mungkinkah beliau calon MB yang direstui DYMM Sultan Iskandar? Kita tunggu dan lihat!
Dalam pada itu, desas desus pecalunan baru MB Johor bertiup kencang.
Spekulasi Khaled MB baru Johor makin kuat
JOHOR BAHRU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene di sini, sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai kemungkinan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled ...
No2umnO - Adakah perubahan ini menyebabkan Dollah dipanggil turun? Kemanakah perginya Ghani Othman selepas ini? Siapakah yang mencaturkan semua ini? Menurut berita kedengaran, UMNO bakal kecoh dengan pencalunan baru kerana ada calun lama yang tidak bersetuju dengan pencalunan baru itu. Namun seperti biasa, dimulut kata akur, di hati Tuhan sahaja yang tahu. Biar kecoh, biar berpeluh. Tahun ini terkuburnya UMNO dan BN di tangan Abdullah AHmad Badawi.
Labels: BN Kecoh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
DISAAT AKHIR, BN TERUS BERBALAH TENTANG KERUSI
PPP Minta MCA, Gerakan Dan MIC Bersikap gentleman
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas hari ini sekali lagi meminta pemimpin tiga parti komponen Barisan Nasional(BN) iaitu MCA, Gerakan dan MIC bersikap "gentleman" dengan memulangkan semula kerusi yang dahulunya pernah diperuntukkan kepada PPP.
Katanya PPP telah menghantar surat kepada setiausaha agung ketiga-tiga parti berkenaan pada Mac tahun lepas namun sehingga kini belum menerima sebarang jawapan.
Kayveas berkata pada satu ketika dahulu PPP diperuntukkan empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), semuanya di Perak.
Katanya sedikit demi sedikit kerusi yang diperuntukkan kepada PPP ditandingi oleh parti komponen BN yang lain sehingga pada pilihan raya 1986 PPP kehilangan semua kerusinya.
Pada pilihan raya umum 2004 PPP diberi dua kerusi iaitu satu kerusi Parlimen iaitu Taiping, yang dimenanginya dan kerusi DUN Pasir Bedamar, tetapi kalah.
Menurut Kayveas, PPP mula kehilangan kerusi apabila presidennya Datuk Seri S.P. Seenivasagam meninggal dunia pada 1975 dan selepas itu pemimpin parti bertukar ganti dan parti menghadapi krisis dalaman termasuk kes mahkamah.
Kayveas berkata dua kerusi Parlimen yang pernah diperuntukkan kepada PPP di Ipoh Barat dan Batu Gajah diambilalih MCA manakala satu lagi di Beruas oleh Gerakan.
MIC pula, katanya mengambilalih kerusi DUN Sungkai, MCA mengambilalih tujuh kerusi DUN iaitu Ayer Tawar, Buntong, Teja, Sungai Raya, Pasir Pinji, Pusing dan Kuala Pari manakala Gerakan mengambilalih tiga lagi kerusi DUN iaitu Jalong, Pekan Baru dan Chemor.
Di dalam kekecohan Kayveas memohon kembali kerusi milik PPP, Berita Hairan menyiarkan berita yang berlainan tajuk pula,
"Kalau betul kita amalkan semangat setiakawan kita perlu meningkatkan hubungan antara parti komponen. Sebagai seorang yang gentleman, anda perlu memulangkan semula apa yang telah anda pinjam," katannya.
Komponen BN sepakat kekal jumlah agihan kerusi
KUALA LUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) semalam sepakat mengekalkan status quo pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac ini.
Alahaiiiiii ..... Kesian Kayveas, diperbodoh bodohkan dek UMNO dan parti parti komponen yang lain. Tak der plan ke nak buat PPPDRAF untuk gantikan HINDRAF, PPP demarginalize....
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
AKU SEORANG YANG DAYUS
- DAYUSnya aku apabila melihatkan betapa kekayaan negara di balun oleh beberapa kerat kroni kepimpinan.
- DAYUSnya aku melihatkan sistem kehakiman Malaysia caca marba.
- DAYUSnya aku apabila orang yang tidak bersalah di hukum dan yang bersalah terlepas pergi kerana rasuah di kalangan jabatan kehakiman.
- DAYUSnya aku apabila ramai pemimpin yang mungkin terbabit tidak dipanggil untuk di bicarakan atas kes yang bersangkutan.
- DAYUSnya aku apabila kepimpinan Barisan Nasional yang terlibat rasuah, tidak dibicarakan dan dilepas pergi begitu sahaja.
- DAYUSnya aku apabila Rasuah yang kononnya mahu dihapuskan sedangkan hanya ikan bilis yang ditangkap dan dihukum.
- DAYUSnya aku melihatkan keadaan negara sekarang sudah tidak aman dan penuh dengan jenayah.
- DAYUSnya aku apabila melihat kebebasan kanak kanak kini terkongkong kerana kegagalan kerajaan mengenal pasti punca pencolekan yang berleluasa.
- DAYUSnya aku melihatkan betapa ramai pendatang asing berada di kota kota melebihi penduduk tempatan.
- DAYUSnya aku melihatkan peluang kerja di monopoli oleh pendatang asing sedangkan ramai remaja yang kekeringan pekerjaan dan terpaksa menganggur. DAYUSnya aku apabila melihat kepimpinan Barisan Nasional memonopoli kekayaan dan menyeleweng harta rakyat untuk kesenangan mereka.
- DAYUSnya aku apabila projek koridor menelan belanja sebanyak RM1074 billion sedangkan rakyat ramai yang miskin.
- DAYUSnya aku apabila harga minyak naik mengikut pasaran dunia sedangkan tidak turun setelah harga minyak dunia merudum.
- DAYUSnya aku apabila melihat kegagalan kerajaan mengawal harga barangan sehingga menambahsusahkan rakyat.
- DAYUSnya aku apabila UMNO sendiri mengutuk dan mempermainkan undang undang Islam mengalahkan penganut agama asing.
- DAYUSnya aku apabila masyarakat majmuk di Malaysia di pecah belahkan dengan parti perkauman MIC, MCA dan UMNO.
- DAYUSnya aku mempunyai pemimpin yang lidahnya berbelit belit untuk melontar pembohongan tanpa henti.
- DAYUSnya aku mempunyai pemimpin yang lebih mengutamakan diri dan kroni dari rakyat jelata.
- DAYUSnya aku mempunyai pemimpin yang tidak kenal erti HALAL dan HARAM di dalam Islam.
- DAYUSnya aku mempunyai parti yang memihak kepada maksiat dan kemungkaran,
- DAYUSnya aku mempunyai pemimpin yang membazir untuk mendirikan masjid sedangkan ianya iman semakin kosong.
- DAYUSnya aku mempunyai pemimpin yang kononnya berjuang untuk bangsa tetapi menghimpit bangsanya sendiri.
- DAYUSnya aku mempunyai pemimpin yang kononnya mengamalkan sistem DEMOKRASI tetapi berbentuk KOMUNIS.
- DAYUSnya aku mempunyai pemimpin yang cuba menSEKULARkan rakyat Malaysia di dalam diam diam.
Dalam sedar dan tidak, tidur dan jaga, rupa rupanya bukan aku sahaja malahan ramai lagi yang begini rupa sehinggakan keadaan berlarutan untuk ke 50 tahunnya. Untuk berubah maka Barisan Nasional dan UMNO perlu dijatuhkan demi mengembalikan maruah bangsa Malaysia yang mahu hidup harmoni, sejahtera dan aman damai. Bagaimana untuk kembalikan maruah diri dan kesejahteraan hidup?
Labels: Artikel
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
