KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 11, 2008

UMNO MASUK UMNO .... Hehehe

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/zakali.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto: dakapan 'aneh' Deris kepada Zakaria)
UMNO/BN, Idris dan kepimpinannya cipta isu palsu - Zakaria Ali ahli UMNO bernombor 02812128

buletinonline

Kuala Terengganu, 11 Feb – UMNO/BN Terengganu semakin ‘nanar’ dan menjadi ‘tidak ingat’ sehingga menerima borang keahlian masuk UMNO dari ahli UMNO yang sudah lama mendaftar menjadi ahli UMNO

Peristiwa terbaru ini semakin membuka ‘pekung didada UMNO/BN’ yang sentiasa mencipta isu palsu untuk cuba memburuk-burukkan PAS dan memusnahkan imej baik kepimpinan PAS.

Zakaria @ Supar bin Ali yang ‘didakap secara aneh’ oleh Deris malam kelmarin kerana kononnya meraikan beliau masuk PAS sebenarnya telah lama menjadi ahli UMNO. Abang kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustaffa Ali yang mendapat liputan muka depan laman web kerejaan UMNO Terengganu, sebenarnya adalah ahli UMNO yang berdaftar di cawangan Seberang Marang, dalam Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang. Nombor keahlian beliau adalah 02812128.

Siasah Daily Online melaporkan bahawa inilah kali kedua Zakaria Ali masuk UMNO. Anak saudara beliau, Fariz Irwan Mustaffa mengatakan bahawa “menjelang pilihan raya 1999, Ayah Ngah saya ini sudah mengisytiharkan menjadi ahli Umno di depan Datuk Seri Wan Mokhtar. Ini kali kedua dia masuk UMNO,"

Dato’ Mustaffa Ali mengesahkan bahawa abang beliau yang masuk UMNO itu adalah bekas seorang guru yang bersara awal berikutan perakuan ‘medical board’. Kenyataan ini kemudiannya disahkan oleh salah seorang bekas murid Zakaria, Cikgu Hassan Jusoh, Setiausaha PAS Kawasan Marang.

Cikgu Hassan berkata, apabila Cikgu Zakaria Ali jatuh sakit, beliau tidak dapat mengawal emosi dan bertindak diluar kawalan. Beliau juga sering tidak ingat dan selalu mengambil cuti panjang apabila diserang penyakitnya.

Justeru tindakan UMNO/BN Terengganu yang meraikan dan menjadikan Cikgu Zakaria sebagai satu propaganda, menunjukkan UMNO/BN Terengganu seolah-seolah ‘tidak ingat’, walaupun kempen ‘masihkah kau ingat’ sedang rancak dijalankan oleh UMNO.
Beberapa rakan media yang ditemui oleh Buletin Online melahirkan rasa terkejut mereka kerana majlis yang diisytiharkan sebagai majlis ‘orang PAS masuk UMNO’ itu sebenarnya bukan realiti Mereka menghadiri sidang akhbar selepas majlis itu kelmarin menemubual Zakaria bin Ali dan bertanya secara spontan, adakah Zakaria seorang ahli PAS? Dengan selamba Zakaria menjawab “Saya bukan ahli PAS”.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive