siasahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta bertanya kepada para pemimpin Umno Kelantan apa yang mereka buat ketika pengumuman keputusan pilihan raya umum 2004 lalu sedang berlangsung, sebelum mempersalahkan pengikut PAS mengambil kereta Exco dari pemimpin Umno Terengganu selepas PAS menang pada pilihan raya 1999.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kerana menjangkakan Umno akan menang dalam pilihan raya 2004 lalu, para pengikut dan pemimpin Umno Kelantan sudah mengepung Kota Darul Naim (Pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan).
"Itu baru ura-ura nak menang, belum menang lagi sudah kepung bangunan kerajaan negeri," kata Kamarudin.
Kamarudin menjawab tuduhan Najib kononnya pengikut PAS telah merampas kereta Exco kerajaan negeri Terengganu dari bekas exco kerajaan negeri dari Umno selepas PAS menang dalam pilihan raya 1999 lalu.
Tuduhan Najib itu bertujuan untuk membayangkan betapa ganas dan jahatnya para pemimpin dan penyokong PAS itu.
Padahal, kata Kamarudin, apabila Umno menang balik Terengganu pada tahun 2004, pada malam keputusan, sehingga tidak boleh menunggu ianya diserahkan kembali pada keesokan harinya oleh bekas Exco berkenaan.
NAK BLOCK BUAT APA.
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment