islamhakiki.blogspot
Pening dan pening dan pening....itulah yang terjadi kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah diputarbelitkan fakta oleh orang UMNO. Biasalah, dalam politik sesiapa sahaja yang terlibat pasti akan mengatakan partinya bagus. Tetapi jika nak kata bagus pun janganlah sampai kenyataan tak munasabah pula diberikan kepada media dan rakyat. Rakyat bukan semuanya bodoh, UMNO berani pada rakyat yang lemah pemikirannya, tetapi kepada rakyat yang bijak, cerdik dan waras, UMNO akan menggunakan kekerasan, ISA, buang daerah, sekat pinjaman itu ini dan sebagainya.
Kenyataan 'pening' mereka ini boleh kita baca dalam Berita Hairan dan juga Utusan Meloya. Memualkan!
Entah benar atau tidak isu terkini (Berita Harian online 11 Feb 2008) 5000 ahli PAS Besut masuk UMNO. Kerana tersedak dan terdesak, UMNO akan sanggup melakukan apa saja demi kepentingan mereka. Kena pula dikatakan abang kepada Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali telah menyerahkan borang masuk UMNO kepada Deris Jusoh baru-baru ini.
"Perjuangan menegak Islam sebenarnya diusahakan Umno dan ini terbukti apabila pelbagai tuntutan dan suruhan Islam dilaksanakan kerajaan BN. "Kitalah berjuang untuk memastikan al-Quran diberi tempat sewajarnya dalam Islam, kita juga memastikan kanak-kanak pada usia enam tahun khatam quran...kita juga berjuang untuk memastikan kanak-kanak berusia empat tahun hafaz muqadam dan memastikan pelajar tingkatan tiga sekolah menengah menghafaz Quran.
"Pembinaan masyarakat ulul albab, pembinaan sekolah imtiaz, pembinaan masjid, pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) yang dilaksanakan mengambarkan bahawa Umno bersungguh-sungguh berusaha menegakkan Islam," kata Deris.
Terkelu juga membaca ulasan Deris tu. Bukan kerana kagum, tetapi geli ketiak rasanya sambil membayangkan Islamnya UMNO itu tanpa mengambil kira hukum Islam sebenarnya. Setakat pembinaan sekolah agama, masjid, anjuran majlis keagamaan dan sebagainya orang Yahudi dan Nasrani pun boleh buat. Malah lebih daripada itu Bush Laknatullah boleh laksanakan. Tetapi untuk apa? Untuk melemahkan orang Islam itu sendiri agar tidak bangun menentang ajaran Barat dan sekularisme yang mendarah daging dalam diri umat Islam secara majoriti di seluruh dunia. Apa pula pendapat Deris jika rakyat mahu melaksanakan ajaran Islam di dalam negara ini termasuk menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan negara? Pasti kelam kabut Deris nak menjawabnya.
Sesungguhnya tiada yang ikhlas memperjuangkan Islam seperti yang dilakukan UMNO melainkan hanya untuk meraih undi rakyat. UMNO sanggup berpura-pura dan menipu Allah demi untuk memerintah negara ini.
Bersambung.....
NAK BLOCK BUAT APA.
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment