KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 11, 2008

ADUHHH ... KOK NAIK HARGA

Tempe semakin mahal
kosmo.com

Meskipun harganya semakin meningkat, namun kepada rakyat Indonesia tetap menikmatinya setiap hari kerana ia lebih murah daripada harga seekor ayam.

TEMPE kini menjadi makanan yang popular di Barat ekoran kandungan proteinnya yang tinggi berbanding tauhu.

MAKANAN tradisi Indonesia, tempe merupakan sumber kehidupan bagi jutaan penduduk di republik tersebut. Namun kini ramai pembuat tempe di negara itu berdepan dilema berikutan kenaikan harga kacang soya.

Harga kacang soya yang diimport meningkat beberapa kali ganda kepada 7,600 rupiah (RM2.70) sekilogram sejak setahun lalu.

Ia disebabkan kebimbangan terhadap stok di Amerika Syarikat (AS) dan cuaca kering yang boleh mengurangkan pengeluaran kacang soya di Argentina, negara pengeluar ketiga terbesar di dunia.

Dalam usaha untuk mengurangkan kenaikan, kerajaan Indonesia telah mengumumkan bahawa mereka akan memberi subsidi bagi harga kacang soya selama enam bulan kepada 1,000 rupiah (RM0.35) sekilogram.

Di Indonesia, ramai pengusaha tempe terdiri daripada keluarga kecil atau memiliki gerai secara individu dan mereka mendapati sukar untuk menjual pada harga yang tinggi kepada pelanggan tetap.

"Harga kacang soya semakin meningkat setiap hari. Saya tidak boleh mendapatkan wang yang banyak dengan menjual tempe sekarang. Ia hanya cukup untuk mendapatkan makanan seharian," kata Sunaryo, 55, seorang pembuat tempe di Jakarta.

Sunaryo telah menjadi pengusaha tempe sejak tiga dekad lalu. Namun dia hanya mampu memperoleh 50,000 rupiah (RM17) sehari sejak setahun lalu sehingga memaksa dia menutup kedai selama tiga hari.

DI Indonesia, pengusaha tempe terdiri daripada keluarga kecil.

Sunaryo tidak keseorangan. Peningkatan harga kacang soya menyebabkan beribu-ribu pembuat tempe dan vendor di Indonesia hilang punca pendapatan menyebabkan protes di kalangan pengusaha.

Akibatnya pengguna pula terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga bagi kebanyakan barangan asas seperti minyak masak.

"Kacang soya adalah makanan asasi. Kerajaan seharusnya mengawal kenaikan harga dan memastikan bekalan mencukupi. Mereka tidak boleh membenarkan harganya meningkat tanpa sebarang usaha untuk mengatasinya," kata pengerusi Koperasi Syarikat Tempe dan Tauhu Indonesia, Sulchan Rumadi.

Diperbuat daripada proses penapaian kacang soya yang dimasak, tempe merupakan diet harian di Indonesia dan dihidang bersama nasi di gerai makan atau restoran.

Baru-baru ini, ia turut menjadi makanan yang popular di Barat kerana mengandungi protein yang tinggi berbanding tauhu yang juga diperbuat daripada kacang soya.

Data Kementerian Perusahaan menunjukkan, 60 peratus daripada 92,400 pengeluar makanan berasaskan kacang soya merupakan pengusaha tempe.

"Industri ini amat penting untuk ekonomi negara. Ia merangkumi sebahagian besar pengguna daripada rakyat biasa hinggalah kepada presiden," kata Fauzi Aziz, pengurus besar perniagaan kecil-kecilan di Kementerian Perusahaan.

Indonesia mengimport 70 peratus daripada dua juta tan permintaan kacang soya setahun, kebanyakannya dari AS, negara pengeksport kacang soya utama di dunia.

Republik ini bergantung hampir keseluruhan terhadap kacang soya tempatan sehinggalah lewat 1990-an apabila kacang soya import membanjiri pasaran.

Kemasukan kacang soya import yang lebih murah, menyebabkan kacang soya tempatan dikurangkan pengeluarannya kepada 608,230 tan pada tahun 2007 berbanding 1.87 juta tan pada 1992.

"Kacang soya tempatan lebih murah, tetapi ia hanya memenuhi permintaan sebanyak 20 peratus. Selain itu kualiti kacang soya tempatan tidak sebaik yang diimport," kata Rumadi.

Dengan pengeluaran tempatan yang merosot dan harga kacang soya global meningkat, ramai rakyat Indonesia terpaksa menikmati hidangan tanpa tempe, salah satu makanan ruji mereka.

Kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan kesan kenaikan harga dengan mengenakan 10 peratus duti import ke atas kacang soya.

PENINGKATAN harga kacang soya mengakibatkan beribu-ribu pembuat tempe hilang punca pendapatan.

Bagaimanapun analisis dan pengusaha tempe berkata, polisi itu hanya bermanfaat kepada pengimport kerana mereka mampu membeli kacang soya pada harga yang lebih murah.

Tetapi ketika ramai penduduk Indonesia cuba belajar bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa tempe, sebahagian mereka berkata tiada alternatif lain.

"Tempe kini semakin mahal tetapi kami memakannya setiap hari kerana ia lebih murah daripada seekor ayam," kata Rohima, ibu kepada dua orang anak yang bekerja sebagai pembantu rumah dan hanya memperoleh pendapatan sebanyak 400,000 rupiah (RM140) sebulan.

"Saya tidak mempunyai banyak wang, jadi saya hanya mampu membeli tempe." - Reuters

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive