sangkelembai2006
Sebenarnya isu terlalu mudah. Para rakyat/pemilih kena mengambil cara yang dilakukan di Australia. Bila mana para pengundi hendak memilih wakil rakyatnya, maka diketahui bahawa calon itu hanya tinggal di rumah “terrace” dua tingkat dan jika dia menang pada masa PRU akan datang jika berpindah ke rumah lain dengan sendirinya para pengundi itu tidak memilih calon itu kerana sudah tentu dia telah memperalatkan kedudukan dia untuk menjadi kaya kecuali dia mengisytiharkan secara terbuka bagaimana datangnya wang dia dengan tiba-tiba berpindah ke rumah yang lebih besar dari “terrace” ke banglo.
Tetapi di Malaysia banyak terdapat wakil rakyat, semasa dipilih menjadi wakil rakyat duduk di rumah yang agak sederhana tetapi setelah sepenggal menjadi wakil rakyat dengan sendiri bertukar bentuk cara hidupnya. Dan golongan ini juga yang dipilih rakyat.
Muktamadnya apa yang berlaku sekarang, segala rasuah, kroni dan penyelewengan yang berlaku dalam Kerajaan Tiga Beranak sebenarnya dibenarkan dan disokong oleh rakyat/pemilih yang berketurunan Melayu kerana semua orang arif bahawa rakyat/pemilih keturunan lain tidak bersetuju dengan sistem ini. Itu sebab rakyat/pemilih keturunan India sudah nekad tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional khasnya kepada MIC kerana sudah mula sedar yang patutnya bertanggung jawab kemunduran orang India ialah mereka sendiri kerana setiap kali PRU mereka menyokong Barisan Nasional tetapi pemimpin mereka memperkayakan dirinya dan mereka hanya sekadar alat kepada pemimpinnya.
Kesimpulannya PRU yang akan datang, jika UMNO membakar semangat orang Melayu dengan kemundurannya dan mesti menyokong UMNO bagi mengelakkan orang Melayu berterusan miskin walau sudah 50 tahun dalam Kerajaan Dominan UMNO dan orang Melayu/pengundi memberikan undi kepada Barisan Nasional bererti orang-orang Melayu samalah menyiapkan keranda dan menggali kuburnya sendiri untuk ditanam hidup-hidup oleh UMNO yang berpegang kepada prinsip sistem kapital ini. Sebab itu agaknya rakyat/pengundi keturunan Kadazan di Sabah mengeluarkan slogan Lebih Baik Mati Dalam Ketawa Dari Mati Dalam Menangis. Untuk kaumnya berfikir menjelang PRU ini.Sebenarnya isu terlalu mudah. Para rakyat/pemilih kena mengambil cara yang dilakukan di Australia. Bila mana para pengundi hendak memilih wakil rakyatnya, maka diketahui bahawa calon itu hanya tinggal di rumah “terrace” dua tingkat dan jika dia menang pada masa PRU akan datang jika berpindah ke rumah lain dengan sendirinya para pengundi itu tidak memilih calon itu kerana sudah tentu dia telah memperalatkan kedudukan dia untuk menjadi kaya kecuali dia mengisytiharkan secara terbuka bagaimana datangnya wang dia dengan tiba-tiba berpindah ke rumah yang lebih besar dari “terrace” ke banglo.
Tetapi di Malaysia banyak terdapat wakil rakyat, semasa dipilih menjadi wakil rakyat duduk di rumah yang agak sederhana tetapi setelah sepenggal menjadi wakil rakyat dengan sendiri bertukar bentuk cara hidupnya. Dan golongan ini juga yang dipilih rakyat.
Muktamadnya apa yang berlaku sekarang, segala rasuah, kroni dan penyelewengan yang berlaku dalam Kerajaan Tiga Beranak sebenarnya dibenarkan dan disokong oleh rakyat/pemilih yang berketurunan Melayu kerana semua orang arif bahawa rakyat/pemilih keturunan lain tidak bersetuju dengan sistem ini. Itu sebab rakyat/pemilih keturunan India sudah nekad tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional khasnya kepada MIC kerana sudah mula sedar yang patutnya bertanggung jawab kemunduran orang India ialah mereka sendiri kerana setiap kali PRU mereka menyokong Barisan Nasional tetapi pemimpin mereka memperkayakan dirinya dan mereka hanya sekadar alat kepada pemimpinnya.
Kesimpulannya PRU yang akan datang, jika UMNO membakar semangat orang Melayu dengan kemundurannya dan mesti menyokong UMNO bagi mengelakkan orang Melayu berterusan miskin walau sudah 50 tahun dalam Kerajaan Dominan UMNO dan orang Melayu/pengundi memberikan undi kepada Barisan Nasional bererti orang-orang Melayu samalah menyiapkan keranda dan menggali kuburnya sendiri untuk ditanam hidup-hidup oleh UMNO yang berpegang kepada prinsip sistem kapital ini. Sebab itu agaknya rakyat/pengundi keturunan Kadazan di Sabah mengeluarkan slogan Lebih Baik Mati Dalam Ketawa Dari Mati Dalam Menangis. Untuk kaumnya berfikir menjelang PRU ini. more...
NAK BLOCK BUAT APA.
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment