Melihat sendiri sejuah mana sesaknya jalanraya ketika dan selepas cuti umum. Biar apa raya sekali pun, memang sungguh menjerihkan. Pada kali ini aku berpeluang untuk merasakannya. Pada awalnya jangkaan masalah kesesakan yang dihadapi adalah dari Selatan ke Ibu kota. Dari Tol Pedas Linggi menuju ke Ibu kota. Berpecah jalan masuk ke beberapa simpang termasuk Simpang KLIA dan terus ke ibukota.
Bermula jam 2 petang sudah bergegas ke tol PEDAS LINGGI. Bertolak bersama keluarga membawa bekalan air dan makanan yang secukupnya. Melalui Highway KLIA, kelihatan jalan masih di dalam kawalan. Di kiri dan kanan jalan. Memasuki Lebuhraya KL Seremban, keadaan sudah bertambah sesak sedikit. Di kanan jalan, jalan dari Seremban ke KL, sudah sesak teruk. Kelihatan towtruck mengangkut kereta kemalangan dan selepas itu kesesakan bermula.
Di kiri jalan menuju dari KL ke Seremban, beberapa kilometer sebelum perhentian rehat seremban jalan sudah semakin sesak. Jalan 3 lorong sudah menjadi 4 lorong. Sebuah BAS melepasi kiri jalan dan masuk ke longkang lebar. Kelihatan beberapa penumpang dan pemandu bas. Beberapa kakitangan PLUS sedang membantu dan kelihatan sebuah kenderaan polis. Selepas itu jalan pun lengang sehingga ke TOL Pedas Linggi.
Di kanan jalan kelihatan pihak polis sedang menyaman beberapa kenderaan yang menggunakan jalan kecemasan untuk memotong kenderaan lain. Beberapa kereta juga kelihatan sedang membuka bonet kerana kenderaan menjadi panas dan mungkin bertujuan untuk memberhentikan kenderaan kerana bimbang di saman polis akibat menggunakan jalan kecemasan.
Kenderaan di laluan kiri, kembali sesak di dalam jarak 0.5 kilometer menuju ke TOL. Berikutan exit itu digunakan oleh kenderaan yang datang dari Johor yang mahu lari dari kesesakan dari TOL PEDAS LINGGI menuju ke NILAI, menghala ke Kuala Lumpur.
Ketika itu, radio menyiarkan beberapa insiden kesesakan yang berlaku diutara dan selatan tanah air menuju ke Kuala Lumpur. Sedikit menghiburkan dengan beberapa panggilan dari pengguna jalanraya bercerita tentang keadaan yang mereka lalui.
Kami Kembali ke Kuala Lumpur, melalui jalan dalam. Dari tol Pedas Linggi menuju ke Rantau, dan menuju kepersimpangan ke Port Dickson. Dari sana memasuki simpang LUKUT dan menuju ke Sepang. Dari Sepang ke Lebuhraya KLIA dan menuju ke Subang.
Kesesakan berlaku di Simpang Rantau. Terdapat simpang 3 menuju PD dan Seremban. Disana berlakunya kesesakan. Lebih kurang 6 kilometer.
Selepas simpang itu keadaan kembali lancar dan sehingga ke persimpangan Lukut. Masih lancar dan memasuki simpang kanan dari Lukut ke Bukit Pelanduk menuju ke Sepang. Sesampai pertengahan jalan beberapa kereta sudah tersekat sekat. beberapa pengguna jalanraya sudah mula berpatah balik. Aku yang tidak tahu jalan lain terpaksa meneruskan perjalanan. Semakin banyak kenderaan yang berpatah balik. Selepas sejam setengah disana, kenderaan masih jalan berdikit dikit untuk sampai ke simpang 3 di sepang menuju ke KLIA. jam 6 dan jam 8 malam baru sampai betul betul ke simpang KLIA berdekatan dengan litar lumba Formula 1.
Selepas memasuki lebih raya KLIA, perjalanan lancar sehingga ke Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Persekutuan, Shah Alam ke Kuala Lumpur.
No2umno - Banyak kesesakan jalanraya berlaku kerana disiplin pengguna yang memotong jalan. Rasanya itu keadaan yang tidak boleh dielak kerana jalan sudah sememangnya sesak dan masing masing cuba mencari penyelesaian. Ramai pengguna jalanraya, suka mengintai apa yang berlaku pada kemalangan menyebabkan kenderaan berubah dari laju kepada perlahan. Akibatnya kesesakan berlaku sampai beratus kilometer. Disimpang simpang pula, POLIS tidak bertugas. Kesesakan yang berlaku dipersimpangan dari Lukut menuju KLIA berubah lancar apabila 3 orang polis mengambil tugas selepas waktu maghrib. Sebelum itu keadaan sesak teruk kerana mengharapkan kepada lampu traffik. Selain dari itu, tiada pihak polis yang ditemui dimana mana simpang. Keadaan sesak sebegini memang bukan sekali terjadi. Setiap kali hari raya. Sebelum dan selepas. Lebuhraya yang mengenakan caj tinggi, masih berhadapan dengan perkara yang sama. Ini berlaku kerana penduduk keluar dan masuk bandar secara serentak, walaupun masih ramai yang tidak bergerak dan pulang ke tika hari raya. Bayangkan kalau semua keluar dan masuk di dalam waktu yang sama. Ianya sudah dijangka akan berlaku. Tetapi tiada tindakan selain dari menyalahkan pengguna jalanraya kerana disiplin dan sebagainya. Anda lalui dan anda akan lihat sendiri betapa lemahnya kerajaan dan penguat kuasa di dalam keadaan ini. Aku dah lama tak rasa dan baru rasa kembali semalam. Dari KL ke Pedas Linggi ambil masa, 1 jam setengah dengan kelajuan purata 90km/jam dan kembali ke KL mengambil masa 3 jam setengah. Sampai ke rumah jam 10.00 malam. Solat dan tidur keletihan.......
NAK BLOCK BUAT APA.
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment