KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 11, 2008

Sudahlah Umno Baling bergolak, Dr Mashitah pula jarang 'turun padang'

Mohd Sabri Said
hdaily01

BALING, 11 Feb (Hrkh) - Kemenangan Ahli Parlimen Baling, Dato' Dr Mashitah Ibrahim menewaskan penyandang ketika itu bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamudin Mohd Taib dalam pilihan raya umum 2003 lalu sebenarnya mengundang parah kepada rakyat di sana bahkan kepada Wanita Umno Bahagian Baling itu sendiri.

Rakyat menjadi pasrah apabila beliau tidak sebagaimana Ustaz Taib Azamudin yang selalu turun meronda menyelami hati rakyat tidak kira apa latar belakang politik sekali pun.

Semasa menjadi Wakil Rakyat dahulu Ustaz Taib membeli sendiri kereta pacuan empat roda semata-mata untuk membawa bekalan kepada rakyat yang memerlukan bantuan dan ia amat berlainan daripada Mashitah yang jarang berbuat demikian melainkan membiarkan tugasan itu kepada suaminya.

. Akibatnya banyak projek dikuasai oleh kroninya sehinggakan ramai kontraktor yang berkelayakan keluh kesah dan ada yang terpaksa bungkus lari.

Maka, sebab itu wujud nama baru yang bakal diketengahkan sebagai calon untuk menyaingi Dr Mashitah yang dikatakan lebih suka menyusun program tanpa melakukan pakatan dengan Umno ataupun Wanita Bahagian.

Itulah kesan sebagai 'calon bidan terjun' untuk melawan tokoh besar yang lebih banyak masa mendampingi rakyat.

Dato' Abdul Azeez Rahim calon baru yang dikatakan menyewa rumah di Kampung Bemban, kini sedang menabur wang ringgit kepada rakyat Baling untuk mengangkat dirinya ke tahap lebih cemerlang sebagaimana yang dilakukan terhadap Putera Umno yang dipimpinnya sehingga berjaya membawa anak muda membuat penerjunan sulung di Kutub Utara tahun lalu.

Beliau lebih berpeluang bertanding di sini kali ini memandangkan keakraban dengan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin. Maka, tidak hairan pada 10 Februari 2008 lepas satu majlis bersama Khairy diadakan di Dewan Tun Razak atas nama 'Gempur Pemuda'.

Walaupun beliau dikatakan cuba berbuat baik dengan rakyat Baling tetapi ramai sudah mula mengenali siapa Dato' Abdul Azeez Rahim sebenarnya. Orang Kuala Lumpur lebih tahu siapa gerangannya.

Orang Umno sendiri pun bimbang sekiranya Dato' Abdul Azeez dipilih sebagai calon kerana takut soal peribadinya didedahkan kepada umum manakala sebahagianya pula bertekad akan menyokong pembangkang jika namanya diumumkan mewakili Barisan Nasional (BN).

Di Kupang yang pernah dimenangi PAS pada tahun 1999 menerusi calonnya, Allahyarham Ustaz Suhaimi Haji Ahmad pun kelam kabut apabila wakil rakyatnya kini, Dato' Ismail Bakar dikatakan lebih berminat bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bayu kerana keluarganya ramai di situ.

Walaupun beliau disenangi ramai kerana perwatakan sederhana namun ada juga tokoh yang sedang mencari celah antaranya Azmi Che Hussain iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.

Beliau seorang yang rapat dengan Menteri Besar sehingga sesiapa yang hendak mendapatkan pangkat 'Dato' pun beliau yang pilih.

Besar kemungkinan jika Dato' Ismail Bakar ke Bayu, Azmi Che Hussain merupakan tokoh dikatakan layak mengisi kekosongan tersebut.

Adun Bayu, Haji Saleh Yaacob yang sedang berangan-angan mendapatkan pangkat 'Dato' dari Menteri Besar Kedah pula terpaksa berhempas pulas mengekalkan dirinya daripada disingkirkan kerana beliau tidak agresif sebagai calon yang mewakili Umno.

Ramai masyarakat di situ tidak suka sikapnya yang jarang turun padang cuma menggunakan identitinya yang mempunyai latar belakang agama sahaja.

Nama yang sedang berjuang untuk menduduki kerusi Bayu kali ini ialah bekas Adun beberapa penggal dulu Dato' Ahmad Sibi Ahmad serta Ketua Penerangan Sik yang kini bertukar ke Baling, Haji Othman Mohd Noor.

Di ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Baling Dun Kuala Ketil paling bermasalah apabila Adunnya, Dato' Aziz Sheikh Fazir tiba-tiba melarikan diri seolah merajuk selepas beliau diasak memberi laluan pada menantu Perdana Menteri bagi jawatan kedua tertinggi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Cerita terbaru kempen 'Gempur Umno' Dun Kuala Ketil minggu lalu seolah mengiyakan segala-galanya apabila tiada langsung gambar dalam 'banner' yang terpampang di sana sini walhal beliau masih Adun di situ.

'Banner' tersebut hanya menyerlahkan gambar Ketua Bahagian Umno Baling, Dato' Ismail Bakar, Dato' Azeez Rahim, Ketua Wanita Umno Bahagian, Hajjah Sopiah Abdul Rahman dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian, Suraiti Hamid.

Lebih memalukan, ura-uranya mahu mengantikan nama abangnya, Dato' Kader Sheikh Fazir di Parlimen Kulim Bandar Baru tidak dilayan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bila beliau tersingkir bermakna hilanglah 'Dinasti Sheikh Fazir' yang cuba diangkat sewaktu era Perdana Menteri lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Melihatkan situasi sedemikian, peluang Barisan Alternatif (BA) memang cerah untuk merampas kembali parlimen dan Dun Kupang serta memastikan kemenangan Dun Bayu dan Kuala Ketil tetapi mestilah berusaha dengan jitu, selaras dan bersepadu.

Rakyat kini sedang memandang di manakah kelebihan BA yang dianggotai PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) berbanding BN yang telah lama memerintah.

Justeru itu, jangan sekali-kali menimbulkan keraguan berhubung isu remeh temeh sesama parti dalam BA sebaliknya teruskan perjuangan dengan mengatur pelbagai strateji menangani masalah rakyat yang diabaikan oleh kerajaan BN. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive