FAKTA PILIHANRAYA KE 12
Hari mengundi 8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon 24 Feb. (Ahad)
Tempoh berkempen 13 hari
Jumlah pemilih 10,922,139
Pemilih awam 10,701,054
Pemilih pos 221,085
Jumlah parti politik 30
Kos pilihan raya RM200 juta
Jumlah pekerja SPR149,000
Pekerja sokongan 50,000
Jumlah undi pos adalah 2.024% dari jumlah yang layak mengundi. Nampak tak ramai tetapi memang ramai apabila jumlah ini boleh membantu mana mana kawasan yang dirasakan tidak selamat buat BN untuk menang. Lokasi tumpuan taburan undi pos adalah ke kawasan 'favourite' kepimpinan Barisan Nasional.
Undi pos digunakan ketika hutan negara terdapat ramai komunis. Tentera darat mengundi di dalam hutan, tentera Udara mengundi kat atas udara dan tentera laut mengundi di lautan luas sekeliling Malaysia. Dan sekarang pun masih ada saki baki komunis yang tidak keluar dari hutan menyebabkan undi pos masih terus digunakan lagi.
Pada musim pilihanraya, tiada tentera di jalanraya atau pejabat kerna semua nya berada di hutan. Mereka mencari komunis sampai dapat di dalam hutan.
Ramai antara kakitangan dan anggota tentera yang tidak pernah melihat kertas undi kerana mereka mengundi ketika tidur. Tidak percaya? Tanya saudara saudara kita yang terdekat dan soal, "PERNAH KAH MEREKA MENGUNDI?"
Ramai juga kakitangan dan anggota tentera yang bertugas di pejabat mengalami sengal sengal tangan ketika musim pilihanraya. Tak tau apa puncanya. Kena tanya mereka sendiri.
Negara sudah maju. Sistem pilihanraya kita masih ditahap yang lama. Kononnya untuk mengembalikan nostalgia ketika musim kemerdekaan dulu. Kalau BN memerintah, biar pun 20 tahun lagi, sistem undi POS akan terus digunakan kerana ia penting. Kalau tidak susah anggota tentera nak keluar dari hutan tebal di negara kita. Berdoa lah agar negara kita maju dan hutan semuanya sudah ditebang dan ketika itu lah undi pos tiada lagi ..... mungkin.
Feb 16, 2008
RAMAI TENTERA SENGAL TANGAN KETIKA MUSIM PILIHANRAYA
Labels: Belit SPR, Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ADUHAI 'MAT' AZALINA
detikdaily.net
Oleh Din Tualang
Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman kini menjadi tumpuan serangan www.azalinalesbian.blogspot.com. Saya tak begitu gemar kita tuduh-menuduh tanpa bukti walaupun ia musuh politik kita, kecuali ada bukti nyata bagi membabitkan salah laku moral bekas Ketua Puteri Umno yang rapat dengan Pak Lah dan Nori ini. Blogspot ini juga menyenaraikan kes-kes lama Azalina. Lihat dan nilailah sendiri.


No2umnO - Kalau tengok pada bentuk bahasa....besar kemungkinan blog www.azalinalesbian.blogspot.com.diterbitkan oleh puak puak UMNO juga. Carut ... secara terang terangan itu adalah budaya UMNO. Bukan budaya pembangkang tau.... Kalau begitu ... siapa musuh Azalina? Sudah tentu lah mereka yang cuba jatuhkan Azalina di dalam jawatan UMNO. Yang wak nampak seorang jer...RAFIDAH kot? Tapi tak mahu tuduh la kan, sebab di dalam UMNO, semua muka depan senyum. belakang taroh. Biasa la kan?
Labels: Azalina bohong
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ALAHAI KESIANNYAAA UMNO.....dah terdesak
BN terdesak peralat siswa buat bancian PRU
Abdul Hannan Mohd Noh
harakahdaily
Saudara Pengarang,
Assalamualaikum,
Saya ingin meluahkan rasa hati dan berharap pilihan raya kali ini kerajaan baru dapat dibentuk bagi menggantikan BN yang telah lama memerintah.
Tidak dinafikan memang banyak perubahan serta kemajuan dikecapi sepanjang pemerintahan BN, tapi semuanya lebih banyak menjurus ke arah kepentingan individu berbanding kepentingan rakyat.
Apabila negara menjadi tarikan pelancong, sepatutnya lebih banyak pengaliran wang daripada luar masuk.
Jadi, mustahil 100 peratus wang yang masuk itu adalah untuk kepentingan rakyat bersama. Ini petanda kiamat, iaitu apabila pemegang tampuk pimpinan negara bukanlah daripada kalangannya.
Daripada satu segi, memang semuanya adalah takdir dan telah ditentukan. Tapi berdasarkan corak pimpinan kerajaan sekarang, adalah mustahil kerajaan BA mendapat mandat bagi membentuk kerajaan.
Hal ini kerana, pilihan raya tidak telus dan SPR telah dikuasai BN. Jadi, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Mereka boleh memutarbelitkan sebarang keputusan undi.
Siswa diperalatkan Umno untuk bancian PRU
Satu lagi, ada kisah yang menunjukkan kerajaan BN amat terdesak untuk menjajah Kelantan hingga sanggup memanipulasikan pelajar.
Adik saya memberitahu, walaupun beliau melarang saya menghebahkan hal ini, tapi demi kebaikan saya rasa perlu.
Dalam Januari lalu, adik saya telah disuruh kerajaan BN atas nama IPTA untuk membuat bancian di setiap rumah di Kelantan bagi mengetahui dalam sesebuah rumah itu berapa ramai yang boleh undi dan sebagainya.
Mereka telah diberi kereta untuk bergerak. Siap diberikan minyak petrol, wang saku untuk belanja dan penginapan di hotel.
Sayangnya tiada bukti yang dapat diberikan kerana menurut adik saya, selepas penerangan selesai, pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang kertas atau sebarang rakaman, nota dan sebagainya untuk dibawa keluar dari dewan.
Menurut adik saya, dalam surat yang diterima melalui IPTA beliau, di kepala surat itu ada dituliskan kalau tidak silap (Urusan Politik IPT).
Tapi, saya kurang pasti. Apa pun lihatlah sikap kerajaan BN ini. Mereka sendiri melarang pelajar melibatkan diri dalam dunia politik. Tetapi, apabila semua ini ada kepentingan kepada mereka, maka semuanya diperbolehkan. --- aba.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PILIHANRAYA ... SEMUA TIBA TIBA ADA
Kafa Ar-Rahimah terima RM30,000No2umno - Pilihanraya macam Hari Raya Aidil Fitri. Sebulan sebelum pilihanraya, masing masing sibuk bayar fitrah. UMNO sambut Pilihanraya macam Hari Raya. Bila dan dekat, baru sibuk bayar zakat. Zakat terpaksa atau rela.....itu aku tak tau. Tapi kalau nak jadi orang miskin yang dibantu .... jadilah orang miskin pada hari sebelum pilihanraya. Selepas pilihanraya tiada bantuan kerana semua orang kaya untuk 4 tahun selepas itu ...... Hehehe ... Kelakar sungguh UMNO.GOMBAK: Kira-kira 150 murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Integrasi Ar-Rahimah, Taman Greenwood di sini, bakal memperoleh suasana pengajian lebih selesa apabila sekolah itu menerima derma RM30,000 sumbangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Gombak, Datuk Dr Rahman Ismail, kelmarin.
Kerajaan bina 40,000 lagi rumah kos rendah
TEMERLOH 16 Feb. - Kerajaan akan membina 40,000 unit rumah kos rendah untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan berpendapatan rendah, warga emas serta ibu tunggal di seluruh rendah....
No2umnO - Ambikkkk kau !!! Rumah murah untuk golongan OKU, pendapatan rendah dan orang miskin. Woooo .... hebat. Kalau nak cerita macam ni, tunggu pilihanraya. Semuanya ada. Kalau lah demokrasi ni tempoh pilihanraya 20 tahun sekali ..... Mampusssssss la rakyat Malaysia. Papa kedana la kita.
Labels: Belit BN Belit UMNO, Rasuah Proton
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MAHU GADAI NEGARA ATAU GADAI BN?
Jangan Gadaikan Masa Depan Negara, Kata Zainuddin
SUNGAI PETANI, 16 Feb (Bernama) -- Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili kaum bukan bumiputera memainkan peranan yang amat berkesan dalam membela nasib kaum masing-masing di dalam kerajaan, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.
"Peranan parti-parti seperti MCA, MIC dan Gerakan selama ini sudah terbukti mampu mewakili suara masyarakat Cina dan India di dalam kerajaan BN," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina di sini malam tadi.
Sehubungan itu, Zainuddin menasihati rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan mereka dengan menyokong parti-parti pembangkang.
Katanya suara rakyat pelbagai kaum sentiasa didengar oleh kerajaan BN.
No2umnO - Kita sudah lama gadai negara pada BN. Hasilnya .... minyak mahal, barangan dapor naik harganya, yuran sekolah bertambah tambah, pemimpin semakin kaya, tanah kerajaan jadi milik pemimpin, pembahagian kekayaan tidak sama rata, rasuah menjadi jadi, jenayah semakin meningkat, keselamatan tidak terjamin, anak kecil di dalam bahaya, bangsa tergadai sama, bahasa Melayu semakin pupus.
Apa lagi mau? Mahu gadai negara pada BN atau kita gadai BN? Kalau aku ..... dari gadai negara lebih baik gadai BN pada Yahudi agar disana BN boleh buat jalanraya, masjid kristal, tamaddun Islam, RTM, TV3, Utusan Malaysia. Tengok apa boleh BN buat di ISRAEL ...... Cukup la tu. ..... Tak cukup kaya lagi ke? Ingat ini Malaysia lu orang punya ka?
Labels: Belit Zam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Why Are Police Being Aggresive?
A supporter held up in a police truck
makalvoice.com
150 to 200 supporters being held at PULAPOL, Jalan Semarak for more than an hour now. No food and drinks being provided.
Police fired teargas and chemical-laced water cannons in a bid to disperse some 300 Hindu Rights Action Force (Hindraf) supporters who gathered for a peaceful event in Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, early this morning.
According to Hindraf coordinator S Thanenthiran, about 200 people have been arrested. Also nabbed was Hindraf’s rose campaign organiser S Manickavasagam.
There were heavy police presence in Jalan Raja Laut. Four water cannon trucks were stationed along the route leading to Parliament.
The Hindraf event was initially planned to be held at the Parliament gates where 200 children were to gather to hand over roses as a peaceful gesture requesting that Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi heed the group’s 18-point demands.
News that roads leading to Parliament were closed to prevent them from going to Parliament then led them to change the gathering venue to Jalan Raja Laut.
After being chased away by some 40 plainclothes policemen, the supporters ran and were scattered around the Masjid India area.
Labels: Guns and Roses March
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
20 Children arrested by our Police for trying to hand Roses to our PM...!!!
roses4pm
It came to our attention that 20 children were among the estimated 250 people arrested this morning for trying to hand Roses to our PM peacefully. These children are now being held at Jabatan Kebajikan Kepong and their parent were told to produce their respective Birth Cerificate despite knowing that they are from outstation.
Seems like again Suhakam gone missing...again and PM failed to impress our call for peaceful gathering to hand him Roses.
My simple mind says...why don't the POLICE use the parent's My Kad and cross reference against the JPN Record. Aren't we know as a nation with high tech I.T capability...??.
FOR THE HOUR TO HOUR UPDATE, CLICK: http://www.roses4pm.blogspot.com/
Labels: Guns and Roses March
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SUHAKAM? ... Err..er....can laaa.
Mohd Kamarul Arifin showing Datuk Siva Subramaniam a picture of his brother, Mohd Zaini Ismon, at his home in Puchong yesterday. Suhakam officials will go to Ipoh next week as part of investigations into Zaini’s death.
Suhakam to probe RMAF cadet's death
nst.
SUBANG JAYA: The Malaysian Human Rights Commission (Suhakam) will conduct its own probe into the death of a Royal Malaysian Air Force (RMAF) cadet whose family is alleging foul play.
This was decided yesterday after Suhakam officials, led by commissioner Datuk N. Siva Subramaniam, visited the victim, Mohd Zaini Ismon's family in Puchong. more...
Labels: RMAF
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
HADHARI KATA JANGAN BUAT APA APA
Akhbar Denmark siar ulang kartun hina Nabi Muhammad
klpos.com
Oleh Mohamad Mukhreez
KURANG AJAR, dan tidak serik-serik, itulah gambaran sebenar beberapa akhbar Denmark, kemarin, yang menyiar semula karikatur Nabi Muhammad saw yang mencetus rusuhan berdarah di dunia Islam dua tahun dulu.
Tiga akhbar terbesar negara itu serta 17 akhbar lain melakukannya sebagai tanda mempertahan kebebasan bersuara sehari selepas polis mendakwa telah menggagalkan percubaan hendak membunuh kartunis Kurt Westergaard, yang melukis karikatur Nabi Muhammad saw memakai sarban yang bentuknya mirip sebutir bom.
Tindakan itu mencetus kemarahan Iran, yang memanggil duta besar Denmark ke negara itu untuk menyuarakan bantahan rasmi, lapor agensi berita Irna.
Selasa lalu polis Denmark memberkas tiga lelaki, seorang rakyat Denmark keturunan Maghribi dan dua rakyat Tunisia, kerana disyaki hendak membunuh kartunis tersebut.
Lelaki Denmark itu dibebaskan selepas disoal, tetapi dua rakyat Tunisia itu akan dihantar pulang selepas diisytihar sebagai satu ancaman oleh pegawai perisikan Denmark. - AP, AFP.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
