KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 21, 2008

UMNO BANTAH SELEPAS PENCALUNAN

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/shapian1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

buletinonline.net
Kuala Terengganu, 21 Feb – Berita yang baru diterima (belum disahkan) oleh Buletin Online, Pak Lah dan Najib baru saja tiba di Kuala Terengganu dalam usaha untuk menyelesaikan masalah bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli UMNO akar umbi terhadap calun-calun yang diisytiharkan oleh Idris Jusoh.

Kelmarin sekurang-kurangnya dua kumpulan ahl-ahli UMNO telah berdemonstrasi di Wisma Darul Iman dan kediaman Menteri Besar pada petang hingga malam semalam.

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/shapian2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kumpulan yang pertama memulakan tunjuk perasaan di Wisma DarulIman adalah kumpulan yang menyokong bekas YB Seberangan Takir, Shapian.. Kira-kira hampir 100 orang dari kumpulan tersebut berkumpul dan mengadakan demonstrasi di hadapan pusat pentadbiran negeri Terengganu itu.

Mereka membawa kain rentang yang bertulis ‘Seluruh Seberang Takir Mahu Shapian’, ‘Jangan Main Api’ dan ‘Seberang Takir Tolak Selain Shapian’.

Bantahan ini adalah berikutan Idris Jusoh menolak pencalunan Shapian dan mengisytiharkan calun UMNO bagi Seberang Takir adalah Ahmad Razif Abd Rahman.

Pada lewat petang sehingga malam pula, sekumpulan penyokong bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Man Bakar telah berkumpul di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar di Batu Burok dekat sini.

Pihak media dan orang ramai tidak dapat menghampiri kumpulan tersebut kerana polis telah mengelilingin kawasan tersebut. Kumpulan penyokong Man Bakar berhimpun sehingga lewat malam membantah penolakan pencalunan Man Bakar dimana-mana kerusi samada Parlimen atau DUN di Bahagian Marang.

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/shapian3.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Selain bantahan yang berlaku di Wisma Darul Iman dan kediaman rasmi MB, di DUN Bukit Payung telah kedengaran berita ahli-ahli UMNO merayakan ‘Pesta Turun Bendera’.

Di Jabi, seorang orang kuat UMNO Salleh Husin telah menurunkan bendera besar di Bilik Gerakan MTD UMNO di pekan Jabi. Tindakan tersebut diambil ekoran dari pencalunan semula bekas YB ADUN Jabi, Cikgu Ramlan.

Sebelum dari ini, Salleh Husin telah pun membuat satu perjumpaan yang telah dihadiri oleh 700 orang ahli UMNO dimana mereka telah menurunkan tandatangan dan membantah Cikgu Ramlan menjadi calun bagi DUN Jabi

Walaubagaimana pun keadaan yang berlaku, Setiausaha Perhubungan PAS Ngeri Terengganu, Tuan Haji Yahaya Ali, meminta semua ahli, penyokong dan petugas PAS untuk terus bekerja mendekati pengundi dan mendapatkan sokongan sebanyak-banyaknya menjelang hari mengundi pada 8hb Mac depan.

Bingkisan dari KULIM...

kedahlanie




PROJEK OTAK: Keluhan Marhaen dan 30 sen


Saya sekarang ambil approach hands on..touch on..jumpa pengundi direct di surau masjid, pasar-pasar (malam & siang)..apa-apa gathering, kenduri dll.

Saya harap kalian boleh bagi idea. How do I approach the undi pos. What about those untouchables estates/ kampong..well guarded and controlled by UMNO/BN? Should I concentrate on the non Malay areas?

It looks tough..it sounds tough..(peh..macam bunyi Lingam pulak.. it sounds like me..looks like me..but it is not me..). But I find it very encouraging bila jumpa orang-orang kampong ni.

Ada satu nyonya penjual buah potong-potong dekat rumah persinggahan saya di Kulim. Tiap kali saya lalu dia hulur sebungkus buah pada saya..you know sebungkus dia hantar margin profit dia drop tau..

Di satu tempat di sebuah estet, satu orang aci jumpa saya masa buat lawatan. Dia pegang saya nala punya kuat..saya ingat dia nak ambik saya buat menantu. Tapi dia kata dia nak tolong saya..dia kata dia tahu saya takkan menang tapi dia mahu saya bawa suara orang kampong ke Parlimen. Dia buka dompet kecil dia..saya ingat dia nak hulur sireh. Tau tau dia bagi saya 30sen..itu sahaja yang dia mampu.

Kalian tahu, nak menangis saya dibuatnya.. here one old Indian lady sacrificing her lunch money for me. It may not be a lot for most of you..but I tell you.. if you see their living condition..it is big sacrifice on her part to give me that 30 sen. You can see into her eyes..the eyes of hope..hoping that their little voices are heard.

Dan itulah perjuangan saya untuk membawa suara rakyat bawahan..suara marhaen..tangisan pak tani..rintihan aci, keluhan nyonya..biar suara-suara kerdil itu menggegar jiwa rakus di Parlimen sana..biar suara keramat marhaen merentas.

And every single sen you people contribute will go a long way to help me carry those voices.

Thank you..seh seh..nandre..jazakallah..

Makkhatal Sakhti..Peoples Power..Suara Rakyat Suara Keramat..


May ALLAH bless all of you.

Adios & Wassalam.

Zulkifli Noordin
Calun P-18 Parlimen Kulim Bandar Baharu

JPN TAHAN KAD PENGENALAN


kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Kira-kira empat tahun lalu, kehidupan Mat Som Molan, 55, serba tidak menentu semuanya gara-gara kad pengenalan miliknya 'disimpan' oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Semuanya bermula pada 11 Oktober 2004 ketika Mat Som ingin membuat pasport antarabangsa dan oleh kerana sijil kelahirannya telah hilang maka beliau pergi ke JPN untuk membuatnya semula sebelum kad pengenalannya ditahan.

"Mereka mengambil kad pengenalan saya dengan alasan saya terbabit memalsukan surat beranak anak saya yang telah meninggal dunia sejak 33 tahun lalu untuk membuat kad pengenalan palsu bagi seorang warga Indonesia.

"Pada hal, saya tidak tahu menahu mengenai dakwaan itu kerana saya telah berpisah dengan isteri pertama 33 tahun lalu, malah saya sendiri tidak sempat mengenali anak kedua saya yang meninggal itu," katanya kepada KOSMO! semalam.

Tambahnya, dalam tempoh empat tahun itu, pelbagai kesukaran terpaksa ditanggungnya antaranya dia tidak boleh membuka akuan bank serta membuat sebarang pinjaman.

"Saya bertugas sebagai pemandu di syarikat bas RapidKL. Gaji pekerja sepatutnya didebitkan ke dalam akuan Bank Rakyat tetapi hanya saya seorang sahaja yang terpaksa menggunakan akuan Maybank kerana tidak boleh membuka akuan Bank Rakyat.

"Akibatnya gaji saya sentiasa lewat dua hari berbanding pekerja lain," jelasnya sambil memberitahu sejak itu terpaksa menggunakan surat akuan pengenalan sahaja untuk menjalankan pelbagai urusan.

Cerita Mat Som lagi, dia juga terpaksa membuat pinjaman modal daripada 'ah long' kerana bank tidak mahu meluluskan permohonan pinjaman peribadi atas alasan tidak memiliki kad pengenalan.

Mat Som yang buta huruf juga merasa pelik bagaimana pihak JPN boleh mendakwa dia terbabit memalsukan kad pengenalan kerana sepatutnya surat beranak itu berada dalam simpanan pihak polis.

"Ini kerana, selepas kematian seseorang itu dilaporkan, keluarga hanya dibolehkan menyimpan sijil kematian sahaja," katanya.

Menurut Mat Som, dia percaya dirinya telah dianiaya oleh pihak tertentu tetapi kesal dengan tindakan JPN yang sengaja menyimpan kad pengenalannya sehingga empat tahun tanpa sebarang status.

"Saya tidak kisah jika mereka ingin menyiasat dakwaan yang mengatakan saya terbabit kerana saya tahu saya tidak bersalah tetapi kenapa masa selama empat tahun diambil untuk menyimpan kad pengenalan saya," ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mat Nor ketika dihubungi memberitahu, proses siasatan memang mengambil masa kerana ia membabitkan banyak pihak.

"Masa yang lama diambil bertujuan mengumpul bukti sepenuhnya agar proses pendakwaan dapat dilakukan dengan mudah," katanya.

Jelasnya, kertas siasatan terhadap Mat Som dibuka kerana dia dipercayai menjadi penganjur kepada 'penyamar' yang menggunakan sijil kelahiran orang yang telah mati (anak) untuk memalsukan kad pengenalan.

Menurutnya lagi, JPN telah menyenaraihitamkan nama Mat Som sehingga siasatan selesai dan dia perlu hadir ke Ibu Pejabat JPN Putrajaya bagi tujuan itu.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas kemungkinan mangsa dianiaya, Jainisah memberitahu, pihaknya menyiasat berhubung kemungkinan itu.

"Kami telah meminta Mat Som hadir melalui surat pada Jun 2007 tetapi dia gagal berbuat demikian. Sehubungan itu saya meminta dia hadir dengan segera bagi menyelesaikan masalah ini," katanya.

MIC candidates: ALL MOTHER OF GANGSTERS, PIRATES, CHICKENS & DEAD WOOD

malaysianindian1

PARLIAMENT

Sungai Siput: Datuk Seri S. Samy Vellu*- KING OF GANGSTER, PIRATES & SUPERVISOR FOR UMNO
Tapah: M. Saravanan - DEPUTY GANGSTER
Hulu Selangor: Datuk G. Palanivel* - DEAD WOOD
Kapar: Komala Krisnamoorthy* - BEAUTY QUEEN
Subang: S. Murugesan - DEAD WOOD
Kota Raja: S.A. Vickneswaran* - YOUTH GANGSTER
Cameron Highlands: S.K. Devamany* - LIAR
Teluk Kemang: Datuk S. Sothinathan* - ARROGANT
Segamat: Datuk Dr K.V.S. Subramaniam* - DEAD WOOD

STATE SEATS:
PENANG
Bagan Dalam: P.K Subbaiyah*
Perai: L. Krishnan
KEDAH
Bukit Selambau: S. Krishnasamy
Lunas: S. Ananthan
PAHANG
Sabai: M. Devandran*
NEGRI SEMBILAN
Jeram Padang: V. Mogan
Port Dickson: Datuk T. Rajagopalu*
MALACCA
Asahan: R. Perumal
PERAK
Hutan Melintang: S.Thangeswari
Behrang: M. Ramasamy
Pasir Panjang: Dr P.S. Vasan
Sungkai: Datuk S. Veerasingam
SELANGOR
Bukit Malawati: K. Partiban - CHICKEN FROM IJOK
Batu Caves: T. Mohan
Sri Andalas: Kamala Ganapathy*
JOHOR
Kahang: R. Vidyanathan
Tenggaroh: M. Sooriya Narayanan
Gambir: S. Asohan
Permas: M. Munusamy

* denotes incumbents

PAKISTAN, TURKI dan IRAN. Malaysia bila lagi?


Nawaz dan Asif Ali dijadual bertemu di Islamabad, hari ini dan mereka juga bakal mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa tertinggi parti masing-masing selepas itu.

Musharraf yang berdepan tekanan hebat termasuk kemungkinan berdepan usul untuk didakwa di Parlimen jika pembangkang memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga, sebaliknya memberitahu akhbar Amerika, Wall Street Journal yang beliau tidak berhasrat meletak jawatan.

"Tidak. Belum lagi. Kami perlu mengutamakan usaha untuk maju dengan mewujudkan kerajaan demokratik yang stabil di Pakistan," katanya dalam wawancara yang disiarkan laman web akhbar perdana berkenaan.

Musharraf juga menyuarakan kesediaannya bekerjasama dengan 'mana-mana parti dan pakatan demi kepentingan Pakistan.'

Penganalisis berkata strategi yang boleh dibuat Musharraf adalah untuk mendapatkan sokongan parti Benazir bagi memisahkannya daripada sebarang pakatan dengan parti Nawaz. Namun, kedudukan Musharraf pasti terjejas jika Nawaz meneruskan ikrarnya melantik semula bekas Ketua Hakim Iftikhar Muhammad Chaudhry yang dipecat Presiden itu dan kini dikenakan tahanan rumah. - Berita Hairan

Awas dengan samseng pilihan raya Umno-BN

Ketua Perusuh
harakahdaily

Isu penggunaan samseng dalam mana-mana pilihanraya (kecil atau umum) di Malaysia nampak gayanya tidak akan reda. Malah memang terdapat segelintir calon pilihanraya ataupun pembantu-pembantu calon pilihan raya dikenalpasti mendapatkan khidmat samseng ini.

Biasanya khidmat samseng dipilih berasaskan kepada senario sesuatu kawasan dan keperluan untuk memenangi pilihan raya tersebut yang amat tinggi. Upah yang dikenakan pula ada yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Pada pilihan raya kecil Ijok, terdapat beberapa insiden yang didalangi oleh samseng pilihan raya. Telah dikenalpasti bahawa Barisan Nasional dibawah pengaruh Pemuda UMNO dan MIC memang sedia maklum menggunakan khidmat samseng.

Polis Bukit Aman tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana calon parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac ini, jika didapati mendapatkan khidmat gengster kongsi gelap atau samseng untuk meraih sokongan pengundi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, berkata pada masa ini, polis sedang giat memantau calon yang bakal bertanding berikutan khabar angin wujud elemen gengterisme yang digunakan pihak tertentu pada pilihan raya ini.

Namun biasanya samseng yang ditugaskan membantu Barisan Nasional dalam setiap pilihan raya mendapat pelindungan daripada pihak polis. Malah dalam beberapa kes telah dilihat pihak polis membenarkan samseng pilihan raya dari Barisan Nasional melakukan beberapa kesalahan jenayah termasuklah mengugut dan membelasah penyokong parti lawan (pembangkang).

Sebagai contoh, berikut adalah persediaan untuk menggerakkan satu unit samseng pilihan raya yang dilihat selalu memprovokasi penyokong parti lawan. Pemuda Umno telah melengkapkan seramai kira-kira 3,000 anggota Gerak Gempur dan Bermotosikal Pemuda Umno Bahagian Sepang bersiap-sedia berdepan sebarang taktik pembangkang pada pilihan raya umum kali ini. Pengarahnya, Sulaiman Samia’an, berkata mereka hanya menunggu arahan bagi memastikan semuanya berjalan lancar hingga hari pengundian nanti.

Ini dilihat sebagai satu usaha provokasi yang mungkin boleh mencetuskan satu masalah yang besar kerana rata-rata anggota Gerak Gempur dan Bermotosikal Pemuda Umno dianggotai oleh Mat Rempit dan pemuda-pemudi yang bermasalah. Ini sekaligus boleh mengganggu gugat keselamatan umum pada pilihan raya kali ini.

Beberapa maklumat yang telah diterima menunjukkan bahawa kemungkinan Gerak Gempur dan Bermotosikal Pemuda Umno akan melakukan beberapa provokasi menjelang hari penamaan calon adalah tinggi dan seterusnya akan menyebabkan beberapa calon mungkin akan diganggu supaya tidak dapat untuk menghantar borang pencalonan.

Desas-desus yang mengatakan bahawa akan terdapat satu gerakan untuk menggagalkan calon untuk menghantar borang pencalonan kini tersebar luas dan ianya akan membolehkan Barisan Nasional menang tanpa bertanding dibeberapa kawasan. Terdapat beberapa maklumat yang sahih yang menunjukkan bahawa beberapa ahli keluarga calon parti pembangkang akan diculik dan calon tersebut diugut agar tidak menghantar borang pencalonan.

Teknik ini dikesan pernah dilakukan dibeberapa kawasan Parlimen dan DUN di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya 1992, 1994 dan 1999. Antara kawasan yang pernah berlaku kes sebegini adalah di Negeri Perak (Parlimen Sungai Siput), Johor dan Melaka.

Sebagai warganegara yang prihatin, kita tidak mahu penggunaan samseng pilihan raya digunakan oleh mana-mana pihak terutamanya Barisan Nasional dan kita juga mahu Pihak Polis mengambil tindakan mengekang ianya daripada berleluasa. Namun seperti yang kita semua sedia maklum, Pihak Polis juga pernah terlibat membantu samseng pilihan raya yang ditaja oleh Barisan Nasional. - ketuaperusuh.wordpress

Kempen siber jadi pilihan alternatif kepada pembangkang


Oleh AFP
Khamis, 21 Februari 2008

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghadapi pilihan raya umumnya bulan depan, tetapi kali ini kempen pilihan raya akan turut berjalan dalam talian.

Ini kerana parti-parti pembangkang kini menggunakan laman-laman blog dan YouTube untuk mengatasi langkah media rasmi dan utama Malaysia untuk tidak menyiarkan pandangan mereka, lapor agensi berita AFP semalam.

Akhbar-akhbar utama dan stesen televisyen Malaysia - kebanyakannya dimiliki parti campuran yang memerintah - sering dimuatkan dengan berita dan rencana mengenai pencapaian kerajaan negara itu menjelang pilihan raya umum 8 Mac ini.

Pandangan parti-parti pembangkang jarang disiarkan.

Namun, menerusi Internet, parti-parti tersebut telah mula berkempen dengan giatnya di alam siber untuk menarik perhatian para pengundi muda, kawasan bandar dan berpendidikan.

'Mereka menguasai televisyen tetapi sekarang kami ada YouTube,' kata Lee Sean Li, 31 tahun, seorang akauntan yang sering melayari Internet bagi mendapatkan berita dan pandangan alternatif, khususnya mengenai parti-parti pembangkang.

Lee memberitahu AFP beliau gembira melihat pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang, menyiarkan ucapannya mengenai pilihan raya mendatang di Internet, hanya selang beberapa minit selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membubarkan parlimennya awal bulan ini.

'Saya kagum terhadap sikap profesional beliau dan kebijakan beliau menggunakan teknologi,' kata Lee.

BN TERUS GUNAKAN BALAIRAYA

justice4allkuantan

Apa cara kita nak buat pada kegiatan terkutuk ini? Penguatkuasaan undang-undang tidak menyebelahi parti-parti barisan Rakyat (Pembangkang). Maka bagaimana kita mengatasi masalah BN yang tidak memperdulikan langsung peraturan dan etika pilihanraya ni?

Bendera Umno dan BN di sepanjang pagar balairaya:

Photobucket Photobucket

Photobucket

Lihat papan-papan poster yang siap diletakkan dihalaman balairaya ini:

Photobucket

SIAPA YANG FASIK?


Siapa Umno fasik di Perlis?
Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Siapakah orang fasiq yang dimaksudkan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim?

Orang itu tentulah dari kalangan Umno sendiri kerana orang lain tidak boleh memberi sebarang pandanangan megenai perkata itu.

Ketika ditemui selepas pertemuan kali kedua beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya semalam, Shahidan dilaporkan meminta orang ramai “berhati-hati dengan berita yang datang daripada orang fasiq.”
“Esok saya akan maklumkan di Kuala Lumpur atau di Kangar, awak tahulah nanti, saya harap ia menjadi 2,000 kali tanda tanya,’’ katanya lagi kepada pemberita di Putrajaya.

Desas desus menghebohklan beliau akan digugurkan daripada senarai calon untuk pilihan raya kali ini.

Selasa lalu, media diberitahu bahawa ratusan penyokong Shahidan dalam perjalanan dengan beberapa bas ke sini untuk merayu kepada Pengerusi BN mencalonkan beliau.

Desas desus berhubung kedudukan Shahidan tersebar sejak beberapa minggu lalu berikutan kemelut politik di Perlis yang dikatakan antara lain berlaku akibat pergeseran beliau dengan Radzi yang juga penyandang kerusi Parlimen Kangar dan penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid.

Menyorot perpecahan Umno Perlis, ia menjadi besar dan terbuka dan dalam Majlis Gerak Kerja Pilihan Raya anjuran Umno Bahagian Padang Besar Disember lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad secara terbuka menyatakan sudah sampai masanya kepimpinan Umno Perlis digantikan.
Radzi berkata, Umno Perlis kini berada dalam keadaan kucar kacir dan ahli-ahli tidak bersatu di ketiga-tiga bahagian iaitu Kangar,Arau dan Padang Besar.

Beliau berkata, puncanya ialah kepimpinan Shahidan dan mengikut pandangannya sudah sampai masanya Perlis mempunyai Menteri Besar baru.

Menurut Menteri Hal Hal Ehwal Dalam Negeri itu, sebahagian besar ahli-ahli UMNO di negeri itu mahu perubahan

“Mesti ubah Menteri Besar…dia ketua... kalau tak ubah Menteri Besar, tak bolehlah ubah kepimpinan…you duduk macam tu juga.

“Terpulang kepada PMlah…bukan saya nak ubah…saya fikir ..saya tengok sudah sampai masanya,”katanya.

Sebagai Setiausaha Agung Umno, kata Radzi, beliau nampak semuanya.

"Tiada langsung kerjasama di antara ketiga-tiga bahagian ini malah dalam satu bahagian pun tiada kerjasama antara sesama mereka,’’ katanya. Belaiu mendedahkan, Umno Perlis dilihat bermusuh sesama sendiri seolah-olah mereka berada dalam parti lain.

Posting terkini

Blog Archive