Feb 22, 2008
MARI RAMAI RAMAI SAMAN TESCO
Ayam Tesco tidak halal!
isuhangat
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.
Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini. Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.
Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77. Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam. Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.
Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.
Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara’ dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam. Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan. “Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.
“Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus,” katanya.
No2umnO - Mana yang selama ini telah membeli dan berbelanja untuk membeli ayam di TESCO. ambil tindakan yang sama. Saman TESCO !!! Biar jadikan pengajaran kepada peniaga yang lain. Nak murah sangat .....nak makan BANGKAI rupanya. Nasib baik aku tak pernah beli ayam kat sana.
Labels: Bank Islam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Bantahan Hari Kedua Terus Berlaku
buletinonline.net
Kuala Terengganu, 21 Feb – Bantahan dari kumpulan yang tidak puas hati dengan pencalunan UMNO/BN yang diistiharkan oleh Deris Jusoh berterusan untuk hari keduaPetang tadi, kumpulan penyokong bekas wakil rakyat Seberang Takir, Hj Mohd Shapian Ali mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma Darul Iman. Seramai lebih seratus orang yang didatangkan dengan tiga buah bas, mula tiba di hadapan Wisma Darul Iman jam 4.15 petang.
Seorang pegawai bekas ADUN Seberang Takir ketika dihubungi Buletin Online memberitahu, sehingga 18 Februari lalu, nama Shapian masih lagi disenraikan sebagai calun utama bagi DUN Seberang Takir. Perubahan pada saat akhir yang menyaksikan adik kepada bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Ahmad Razif Abd Rahman, dicalunkan untuk DUN Seberang Takir. Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan ahli dan penyokong UMNO/BN.Ahli dan penyokong UMNO/BN DUN Seberang Takir menganggap Hj Shapian sebagai wira mereka kerana Hj Shapian pernah membela penduduk Seberang Takir dan membantah Deris Jusoh didalam satu majlis di Dewan Sivik tidak lama dulu.
Bantahan hari kedua membawa mesej yang sama mendesak supaya Hj Shapian dikekalkan di Seberang Takir dengan tambahan yang berupa ugutan kepada Deris, bahawa orang-orang Seberang Takir tidak akan keluar mengundi pada 8hb Mac akan datang dengan slogan ‘Mari Pakat Gi Ke laut 8/03/08 ni’.
Buletin Online melihat desakan kumpulan penyokong Shapian tidak akan ke mana, kerana tidak ada sebarang pertemuan yang diadakan oleh ketua kumpulan dengan mana-mana pihak bagi mneyampaikan sebarang memorandum atau hasrat mereka kepada pihak Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.Sementara itu, penyokong Shapian bergabung kumpulan penyokong Man Bakar dan penyokong Teng Putera meneruskan bantahan pada sebelah malam di hadapan Rumah Rasmi Menteri Besar. Dianggarkan diantara 400 hingga 500 orang, berhimpun secara aman.
Pelbagai kain rentang yang dipanerkan untuk menunjukkan bantahan mereka, namun yang jelasnya ada kain rentang yang berbunyi ‘kami masih sayangkan UMNO’ menunjukkan bahawa sebenarnya bantahan ini tidak akan memberikan kesan yang besar didalam pertambahan sokongan kepada PAS.
Justeru itu, semua ahli, penyokong dan pekerja-pekerja PAS diminta berwaspada dan berhati-hati dalam menangani isu yang berkaitan dengan bantahan ahli-ahli UMNO ini.
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Undur BN Sebelum Berjuang - Catatan dari Gelugur Kedai
buletinonline.netAlor Limbat, 21 Feb – Kampung Gelugor Kedai merupakan antara kubu kuat UMNO/BN di DUN Alor Limbat. Antara factor kekuatan UMNO/BN adalah disebabkan oleh Dato’ Abd Rahman Bakar (Man Bakar),
Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, yang digugurkan oleh Idris Jusoh, merupakan anak jati kampung itu dan kediamannya berada di sini. Seawal seminggu sebelum pengumuman pembubaran pilihanraya, telah terpacak 3 bendera parti tersebut di setiap tiang elektrik dan di tepi jalan menuju ke rumah Man Bakar.Namun, setelah pulang dari kerja petang kelmarin sesuatu yang luar biasa berlaku. Saya terkejut melihat longgokan bendera UMNO/BN di tepi-tepi jalan dan ketiadaan dan hilangnya bendera yang dipacak sebelum itu di tiang-tiang elektrik. Rupa-rupanya, kroni-kroni Man Bakar telah membuang dan menurunkan sendiri bendera parti kesayangan mereka.
Saya merasa sungguh takjub dengan keadaan ini. Baru beberapa hari lepas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT) dan Majlid Daerah Dungun(MDD) menunjukkan kuasa mereka disebalik arahan Wisma Darul Iman, menurunkan bendera dan poster PAS di bulatan Batu Enam dan Dungun. Kuasa Allah SWT, kalau nak ditunjukkan kebesaranNya, apa-apa sahaja boleh berlaku, dalam sekelip mata.
Beberapa anggota polis turut datang ke Gelugor Kedai kerana menyangkakan penyokong PAS yang menurunkan bendera UMNO/BN. Melihat kemarahan dan kemuraman kroni-kroni UMNO/BN ketika menurunkan bendera, amat jelas kelihatan bahawa mereka adalah orang yang taksub kepada pimpinan dan mempunyai kepentingan peribadi masing-masing.Saya sempat bertanya pada beberapa kroni Man Bakar yang sedang mengumpulkan ‘sampah’ bendera dan poster UMNO/BN. Menurut mereka, Man Bakar sendiri sangat terkejut apabila namanya tidak tersenarai untuk pilihanraya ke-12 kali ini. Menurutnya lagi, dia amat bersedia dengan PRU Ke 12 kali ini.
Dia juga menyatakan bahawa dia merasa hairan kerana Man Bakar merupakan antara orang utama UMNO/BN Terengganu tidak dicalonkan langsung pada kali ini, samada di kerusi Parl;imen atau kerusi DUN, sedangkan Man Bakar telah banyak berjasa kepada UMNO/BN.
Sesungguhnya, ini merupakan antara petunjuk dan bibit awal sinar kemenangan Islam bermula. Perjuangan kerana manusia atau ideologi material pasti tidak akan kekal lama. Seperti kata seorang penduduk Gelugor Kedai yang sebelum ini merupakan penyokong kuat BN , “Kalau Allah nak tunjuk kuasaNya, sekejap sahaja ianya boleh berlaku, tanpa kita duga…”.
Labels: UMNO bergolak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BERAPA BANYAK FATOFIT DAA?
Polis yakin fotofit baru bantu cari Sharlinie
PETALING JAYA 21 Feb. – Polis berharap dua fotofit baru suspek dalam kes culik Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dapat membantu misi pencarian yang masuk hari ke-44 hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pada masa ini kedua-dua fotofit itu masih belum membawa petunjuk baru.
Namun pihaknya, kata beliau, ia pasti berperanan dalam mempercepatkan misi mengesan suspek dan mengembalikan Sharlinie kepada keluarganya.
“Fotofit itu kita tidak siarkan atau edar kepada umum tetapi kita sedang berusaha keras mengenal pasti suspek berkaitan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Arjunaidi memberitahu, polis sebenarnya masih meneruskan usaha mencari Sharlinie tetapi kini menekankan tentang risikan.
Menurutnya, perubahan fokus dalam misi itu penting bagi memastikan operasi yang dijalankan lebih berkesan dan mampu memberi petunjuk.
“Polis kini memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat kanak-kanak tersebut disembunyikan,” ujarnya.
Sharlinie dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya, Sharliena, 8, dari padang permainan kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya pada 9 Januari lalu.
Mengenai penerbitan sebuah buku bertajuk Di Mana Sharlinie?, Arjunaidi berkata, tindakan akan diambil jika terdapat maklumat salah di dalamnya mengenai kehilangan Sharlinie.
“Setakat ini, saya belum baca lagi buku itu tetapi bagi mereka yang ingin menerbitkan buku haruslah mengikut prosedur yang betul,” ujarnya.
Beliau sekali lagi mengulangi harapannya agar orang ramai yang mempunyai maklumat baru tentang kehilangan Sharlinie supaya menghubungi pihak polis.
Labels: Belit Polis, Sharlinie
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
CANTAS Calon BN: Paku Terakhir Buat KERANDA IDRIS JUSOH Hadhari!
sanggahtoksago
MUNASABAHLAH orang kita suka sangat menggunakan istilah 'demam pilihan raya' apabila saat ditunggu-tunggu itu semakin menghampir.
Pameran zahiriah pihak-pihak terbabit dalam perang empat tahun sekali itu menceritakan segala-galanya.
Di peringkat awalnya, 'demam' itu terzahir dengan persiapan-persiapan awal parti-parti siasah.
Kursus dan latihan bagi jentera di semua peringkat, diikuti gerak kerja kempen awal menerusi ceramah, majlis penerangan dan penyebaran risalah.
Semakin saat pilihan raya menghampiri, bilik-bilik gerakan peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Unit Peti Undi (UPU) mula beroperasi. Bendera dan logo parti-parti mula menghiasi tempat-tempat awam.
Pada masa sama, tokoh-tokoh parti yang disenaraikan sebagai pilihan untuk bakal calon mula mempersiapkan diri masing-masing.
Ada yang semakin giat turun padang, mengumpul dana peribadi dan memurahkan senyum kepada bakal pengundi.
Cerita-cerita negatif tentang saingan politik yang turut tersenarai juga mula kedengaran. Masing-masing cuba meninggikan markah diri agar menjadi yang terbaik di kalangan yang disebut-sebut itu. more...
Labels: ALAHAI IDRIS ....
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Amaran Buat Rakyat Malaysia Selepas pilihan raya ini maka kita ...
maisuara.blogspot
Selepas pilihan raya ini maka kita akan saksikan pembentukan kerajaan baru. Kalau dahulu pilihan raya ini adalah untuk mendapatkan mandat buat Barisan Nasional tetapi kali ini adalah untuk mendapatkan mandat buat Khairy dan sekutunya memerintah Malaysia. Kerajaan Baru ini akan terdiri dari kroni-kroni Khairy Jamaluddin dan UMNO patut sedar bahawa keadaan ini pasti akan berlaku.
Pilihan raya ini akan menyaksikan ramai orang Khairy yang akan bertanding dan akan membentuk kepimpinan baru di peringkat bahagian kelak. Ini sebenarnya menjurus kepada pembentukan kerajaan baru yang akan dipimpin oleh orang-orang Khairy.
Percayalah orang-orang Khairy akan menjadi mata dan telinga beliau di setiap negeri dan akan mengambil alih kepimpinan daripada pemimpin yang sedia ada. Inilah yang akan membentuk kerajaan baru Khairy Jamaluddin yang sebenarnya tidak akan membawa apa-apa manfaat selain dari kuasa yang ada dibolot oleh Khairy dalam perancangannya untuk mengambil alih Malaysia.
Lagi: antikhairy.blogspot.
Labels: Belit Khairy
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mashitah : Baling tinggalkan kenangan
alkerohi.
Anak kelahiran Alor Star Kedah ini pernah beberapa kali mencetuskan kontoversi dalam hal-hal agama. Diantaranya pernah mengatakan bahawa wanita dibolehkan melakukan kerja pelacuran apabila dalam keadaan darurat.
Dato’Dr Mashitah Bt Ibrahim penceramah bebas yang sebelum jatuh cinta dengan UMNO adalah seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa.
Baling, Parlimen (P 016) yang diwakilinya bersempadan dengan kampung saya Keroh. Baling melakarkan sejarah yang tidak sedikit untuk diingati. Diantaranya kisah Raja Bersiong, Tunku Abdul Rahman, peristiwa Memali, tunjuk perasaan mahasiswa, komunis dan banyak lagi.
Pada pilihanraya kesebelas tahun 2004 Mashitah mengalahkan Ustaz Taib Azamudden Md Taib, calon PAS, mantan Imam Besar Masjid Negara dengan majoriti 4,229 undi.
Dua minggu yang lalu, Mashitah seperti sudah dapat menghidu bahawa ia tidak diperlukan oleh UMNO Baling lebih-lebih lagi ramai yang menganggap dengan tercicir namanya dari senarai calon adalah kerana ia ditikam oleh Azeez Rahim, Ketua Program Mat Rempit Malaysia @ Ketua Putra UMNO Malaysia.
Seorang jawatankuasa UMNO Baling memberitahu, Khairy Jamaludin menantu PM Abdullah Ahmad , kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh ‘ustazah UMNO’ ini. Prestasi yang bagaimana pada fikiran menantu PM itu ?
“Macamana nak buat kerja. Tinggal di Kuala Lumpur. Jika datang ke Baling, mesti ditemani oleh suami” marah JK itu yang mungkin kurang memahami erti 'mahram'.
Setiausaha Parlimen di JPM merupakan jawatan awal dan akhir Mashitah. Beberapa penduduk warga emas wanita yang ditemui mengibaratkan Mashitah sebagai ‘habis madu sepah dibuang'.
Tiga DUN di bawah Parlimen Baling diwakili oleh Mohd Salleh Yaakob (Bayu), Ismail Abu Bakar (Kupang) dan Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Kuala Ketil). Ketiga-tiga mereka mewakili BN.
Dikatakan juga, ketiga-tiga mereka bermasalah sesama sendiri lebih-lebih lagi dengan Mashitah.
Bermaksud, selama ini khidmat cemerlang, gemilang dan terbilang mereka tidak kesampaian kepada golongan sasar.
Apakah tahun 2008 merupakan tahun ‘ong’ bagi Abdullah Ahmad dan seterusnya untuk BN memenangi Baling ?
Baling pernah menyaksikan peristiwa kenaikkan harga barang makanan pada tahun 1970-an. Kini penduduk Baling dihimpit sekali lagi dengan bencana buatan manusia yang diwarisi dari parti pemerintah yang sama.
Tiada banyak perubahan yang dapat dilakukan oleh Mashitah selama satu penggal memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen. Banyak masanya dihabiskan di Kuala Lumpur.
Pengundi Baling yang berjumlah 74,698 orang seperti tidak sabar-sabar untuk menggantikan beliau.
“Bukan untuk memilih Azeez ketua program Mat Rempit yang gilakan publisiti itu. Beri tepong dua kilo dan beras lima kilo, akhbar arus perdana digunakan untuk menonjolkan imejnya yang sebelum ini dikenali sebagai penjual kereta terpakai” kata adik kepada salah seorang ADUN yang ditemui.
“Kami hairan mana dia ambil wang yang begitu banyak menabur di sana-sini” kata mereka lagi.
Bilangan pengundi Melayu di Baling pada tahun 2004 adalah berjumlah 86.7%, Cina 6.34%, India 5.45% dan lain-lain1.35%. Ke mana arah tuju mereka ?
Apapun, kenyataan Mashitah untuk memegang sepenggal lagi jawatannya itu dikira sebagai “harapkan hati hendak memeluk gunung, apakah daya tangan tak sampai”.
Bagi Mashitah, ia perlu membuang dan meninggalkan segala gigi dan taringnya jika ada untuk penduduk Baling mengingati dan mensinonimkan kisahnya dengan kisah Raja Bersiong.
Beberapa penduduk Baling mengucapkan sayonara dan memberitahu saya, "Mashitah tidak sepatutnya bergelumang dengan politik rasuah dan kroni. Sudah tentu penyesalannya tidak berkesudahan".
Labels: Ustazah Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kejayaan Pertama Blog Anti Khairy!!!

antikhairy
Pada 9 Oktober 2007 dalam posting kami yang bertajuk Menantu PM nak jadi PM pada umur 40 (4), , kami ada mendedahkan tentang rancangan jahat menantu PM untuk memastikan orang-orangnya berkuasa disetiap negeri. Di dalam artikel tersebut kami menerangkan tentang bagaimana Wan Farid, Setiausaha Politik PM mahu dipastikan menjadi Menteri Besar baru Terengganu bagi menggantikan Idris Jusoh.
Pendedahan kami telah menyebabkan Idris Jusoh dan orang-orangnya lebih berhati-hati. Walaupun Idris umpama boneka bagi menantu PM di Terengganu, dia tetap mahu menjadi Menteri Besar bagi negeri itu. Idris yang menghidu rancangan jahat menantu PM itu telah bertemu dengan PM dan mengugut jikalau beliau tidak dicalonkan, UMNO Terengganu akan belot dan memberi undi kepada PAS seperti apa yang berlaku pada pilihanraya umum 1999.
PM akur dengan desakan Idris. Wan Farid yang sebelum ini diura-urakan bertanding di DUN bukan sahaja tidak disenaraikan di kerusi DUN malahan turut tidak mendapat tempat bertanding di kerusi Parlimen.
Terima kasih kami ucap kepada seluruh penyokong blog ini yang banyak membantu kami mendedahkan rancangan jahat menantu PM. Teruskan membantu kami untuk membongkar skandal dan kejahatan menantu PM.
Sila lihat berita yang disiarkan oleh Malaysiakini dibawah:
Setiausaha Pak Lah tidak tersenarai
Feb 20, 08 2:53pm
Setiausaha politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang diuar-uar bertanding di Terengganu tidak disenaraikan bagi pilihanraya umum nanti.Wan Farid sebelum ini dispekulasi akan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar.
Nordiana Shafie, ketua Puteri Umno negeri dan juga anggota Majlis Tertinggi (MT), pula dicalonkan bertanding di kubu kuat PAS di Batu Burok.
Kawasan parlimen Marang, kerusi kegemaran presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ditandingi oleh Datuk Dr Ahmad Ramzi Md Zubir, setiausaha politik Menteri Besar Terengganu.
Dengan itu penyandang kerusi tersebut, yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar, digugurkan. Turut digugurkan kali ini, penyandang kerusi parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan.
Hanya tiga penyandang dikekalkan, masing-masing Besut, Kuala Terengganu dan Kemaman.
Senarai calon BN diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh di kediaman rasminya tadi.
Selain Nordiana, 12 lagi muka baru dinamakan untuk bertanding di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Lapan kerusi parlimen ditandingi lima muka baru. More...
Labels: Belit Khairy
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

