KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 27, 2008

MAMPAT pula buat laporan polis

The image “http://buletinonline.net/images/berita2/mampat.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Kuala Terengganu, 26 Mac - UMNO dan Barisan Nasional(BN) semakin biadap hingga sanggup menderhaka dengan memaki hamun serta mencerca pihak Istana.

Sudah tidak ada kepatuhan dan kesetiaan UMNO kepada Raja dan Negara yang menjadi rukun kedua dalam Rukun Negara Malaysia.

Institusi Beraja (Kesultanan) adalah benteng terakhir umat Melayu Islam di negara dan di negeri Terengganu cuba dirobohkan oleh UMNO/BN

Justeru sebuah Badan Bukan Kerajaan (Ngo) iaitu Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) telah membuat satu laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dibuat tindakan sewajarnya diambil.

Pengerusi MAMPAT, Mohamad Fauzi Abu Samah, 36, berkata satu laporan polis berhubung satu perhimpunan haram yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman pada 23 Mac 2008 lalu.

Beliau berkata siaran perhimpunan tersebut ditayangkan kepada umum oleh beberapa buah stesyen tv utama di negara ini.

Beliau berkata, salah satu slogan kain rentang telah menghina pihak Istana dan Tuanku Al-Sultan berbunyi ‘Kami Nak Idris, Natang’ yang bermaksud ‘Binatang’. - Buletinonline

MEWAH DATANG KE MALAYSIA?

Alas perut dengan makan isi kelapa, jual botol plastik
kosmo


TIGA warga Bangladesh ini sekadar makan isi kelapa bagi mengalas perut di bawah jejambat dekat LRT Damai, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Mereka memilih untuk mengisi perut dengan memakan isi kelapa dan mencari duit belanja dengan menjual botol plastik.

Itulah antara kisah hidup kira-kira 150 warga Bangladesh yang tinggal di tepi tebing Sungai Gombak dekat Stesen LRT Damai di sini sejak minggu lalu.

Kata seorang daripada mereka, Abdul Rahman Assan, 31, sejak keluar dari penempatan sementara di Kajang, mereka terpaksa mencari makanan sendiri kerana tiada wang.

Jika dahulu kumpulan yang bersidai di situ mendapat bantuan makanan di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, golongan pelarian ini nampaknya kena berdikari.

"Ketika di penempatan sementara, kami diberi makan dua kali sehari, tetapi hati tidak tenang pasal tidak ada kerja.

"Kami ke Malaysia kerana mahu kerja, bukan dilayan seperti tahanan dengan disumbat macam 'sardin' di sana (Kajang)," ujarnya.

Menurut Abdul Rahman, setelah hampir sebulan menetap di pusat itu, rata-rata mereka masih menganggur, malah tiada juga usaha untuk dihantar pulang ke Bangladesh.

"Kadangkala ada ejen datang jumpa kami di rumah itu (Kajang) dan beri sedikit wang untuk makan, tetapi tidak cukup," ujarnya.

Tambahnya, punca mereka sanggup tidur di tebing sungai itu kerana pejabat pesuruhjaya tidak lagi mahu menerima mereka selain kawasan tersebut sesuai dijadikan tempat berteduh.


DUA pendatang Bangladesh memberanikan diri mencari botol untuk dijual di tepi Sungai Gombak.

Tinjauan Kosmo! ke tebing sungai itu semalam ketika waktu hujan mendapati, warga Bangladesh tersebut sibuk mencari botol plastik di penghalang sampah di tengah-tengah sungai berkenaan.

Tindakan berani mereka menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang di tebing sungai itu kerana risau mereka akan terjatuh dibawa arus deras.

Seorang lagi warga Bangladesh itu, Mohd. Nadur Islam, 36, meminta pihak berkuasa membela nasib mereka sama ada menawarkan pekerjaan atau menghantar sahaja pulang.

"Kami tidak buat salah kerana ada permit kerja, cuma kami telah ditipu oleh ejen," ujarnya.

PEMUDA UMNO PUN TAK MAHU TANGGUH

Barisan pemimpin Pemuda mahu pemilihan parti diadakan tahun ini bagi membuktikan Umno sebuah parti bertanggungjawab dan mengamalkan demokrasi tulen demi kepentingan ahli dan rakyat.

Ketua Pemuda Umno bahagian Ipoh Barat, Ahmad Faizal Azumu berkata, ia penting bagi menunjukkan Umno sebuah parti yang mendahulukan hak dan kepentingan ahlinya serta tidak melindungi kepentingan individu tertentu.

"Kita sudah berada dalam masa tambahan selepas pemilihan ditangguhkan bagi memberikan laluan kepada pilihanraya umum ke-12.

"Keputusan pucuk pimpinan (menangguhkan pemilihan) akan menidakkan hak ahli untuk memilih pemimpin mereka," katanya.

Bernama memetik Faizal sebagai berkata, pemilihan parti perlu diadakan tahun ini bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan ahli terhadap kredibiliti kepimpinan Umno.

"Melalui pemilihan, ahli boleh menilai pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang tidak berprestasi dalam parti dan semasa pilihanraya umum lepas. Dengan kata lain, pemilihan parti ini pembetulan kepada apa yang silap. - Malaysiakini

Kalau Nordin intelek, Madonna anak dara - RPK

Harakahdaily
"Kalaulah dia seorang intelektual, Madonna masih anak daralah".

Itulah dakwaan Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin ke atas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Nordin Kardi yang membuat kenyataan mewakili golongan intelektual.

"Hello... sejak bila dia seorang intelektual? Kalaulah dia seorang intelektual, Madonna (tentulah) masih anak dara," dakwa Raja Petra.

Beliau mendakwa, Nordin hanyalah pekerja perang psikologi Biro Tata Negara (BTN).

"Intelektual yang sebenarnya patut menyaman beliau RM100 juta kerana memberikan nama yang buruk kepada semua intelektual yang sebenarnya," dakwa beliau lagi.

Mengulas perintah mahkamah supaya Raja Petra, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan membayar ganti rugi kepada beliau dan UUM dalam satu kes saman fitnah, Nordin berkata: "Saya merasa satu kejayaan mewakili golongan intelektual di dalam negara ini supaya blog-blog dan pihak yang menyalahgunakannya tidak mepermainkan kebenaran dan integriti intelektual untuk tujuan-tujuan yang mereka saja yang tahu".

Mengenai jumlah yang perlu dibayarnya, Raja Petra berkata: "Mahkamah telah bersuara dan mahkamah menyatakan reputasi kesemua mereka hanya bernilai RM4 juta".

Sebuah akhbar harian melaporkan, Raja Petra diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Star supaya membayar RM2 juta kepada Nordin dan RM2 juta kepada UUM.

Mahkamah memutuskan Raja Petra memfitnah Nordin dan UUM apabila Malaysia Today menyiarkan sebuah artikel bertajuk "Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? Mohon Penjelasan" pada 16 Disember 2006.

Kepada Raja Petra, Nordin tidak memenangi kes itu sebaliknya beliaulah yang menang. "Saya 'mencampak' kes itu," katanya.

Beliau memberitahu kesemua surat yang disampaikan kepadanya mengenai kes itu dibuang ke dalam bakul sampah.

"Tidak lama lagi, mereka akan menghantar penghakiman tersebut kepada saya dan yakinlah bahawa saya akan melakukan apa yang terbaik untuk dilakukan, saya akan membuangnya ke dalam bakul sampah," tegas beliau. (Kenyataan Nordin yang disiarkan sebuah stesen TV dan artikel bertajuk "Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? Mohon Penjelasan" boleh dilihat di sini)

KETUA KAMPUNG .... TAKUT DAN TAK LAGI TAKSUB


Radenjowo
Dirujuk:
876 ketua kampung letak jawatan 1 Mei

Aku tak perasan bila UMNO ubah undang undang pemilihan Ketua Kampung. Tapi aku sedar yang ketua kampung di pilih oleh UMNO untuk UMNO sejak tahun dulu. Sejak kecil. Kalau UMNO, boleh jadi ketua kampung. Kalau tidak ... jadi je la ketua restoran, ketua pelayan kenduri kawin atau yang paling koman sekali jadi ketua kelas.

Ketua Kampung nih tujuan asalnya untuk bantu rakyat kampung, tapi ditukar oleh UMNO menjadi mata dan telinga kepada YB (Yang Barua) UMNO setempat. Tapi besar imbuhannya. Sebab tu lah kalau bantuan rumah PPRT atau pinjaman kerajaan, siapa yang bukan UMNO, tunggu punya tunggu ......"pinjaman anda tidak diluluskan". Semua butir permohonan akan dirujuk kepada ketua kampung sebelum proses kelulusan.

Sebelum diluluskan pinjaman, Ketua Kampung dan mangkuk mangkuk yang bekerja dengan UMNO akan buat lapuran status peminjam. Begitu lah dengki dan khianat nya UMNO. Dan kerana sistem sebegini maka, kejayaan orang melayu berpuak puak dan berperingkat. Pokoknya UMNO cipta kasta untuk bantu rakyat. Kalau orang biasa.....sikit sikit, kalau kawan kadang kadang, kalau sedara selalu selalu dan kalau barua kerap kerap.....Kalau Pembangkang...... terjengket jengket, terjenguk jenguk, makan habuk macam anai anai.

Ada orang kata perletakan jawatan Ketua Kampung di Perak adalah kerana ketakutan. Memang ada betulnya. Bila sopak dah banyak, takut pocah tombolang. Baik lah lotak jawatan.

Yang jahat mungkin ada sebahagian. Tapi bila sorang dah nak letak jawatan, maka yang lain pun terpaksa la. Kononnya bukan UMNO yang memerintah, tukar kerajaan, maka mereka yang dilantik oleh UMNO kenalah letak jawatan. Sebenarnya banyak rahsia di belakang. Tak caya tanya lah orang kampung kek mano mano pun.

Elaun RM500 dah kira seciput, tak lumayan di zaman sekarang nihh...Kalau semata mata berharap dengan elaun sebanyak itu, orang tak berebut jawatan Ketua Kampung. Dah lah kerjanya susah, buka pintu awal pagi, bantu rakyat dan 24 jam di terjah dek orang kampung. Tak cukup tidur dan rehat. Lagi susah kerjanya dari wakil rakyat. Ramai yang boleh pengsan dibuatnya. Dah la umur lanjut, jalan semput semput. Langgar pintu keluar masuk silap haribulan ..... innallillah hi wainnal ilahirojiun. Jadi kenapa ketika UMNO memerintah, jawatan ni dikejar bagai nak rak? Hehe macam ada ape ape je.

UMNO halalkan tipu, bohong, songlap, rasuah, korup dan semua bentuk perbuatan jahat. Jadi peruntukan untuk sesebuah kampung sudah cukup untuk jadikan Ketua Kampung itu jadi kaya. Bukan lah kaya macam PM, TPM atau Patrick Lim, tapi cukup la untuk sara hidup sampai ke mati. Mati nanti lain hal. Soal jawab dengan malaikat, orang kampung tak tau, Ditutup tanah, rentung pun sendiri tanggung.

Di kampung pulak tak payah belanja besor tapi kalau sebulan sekali projek kerjaan untuk sesebuah kampung di balun dek Ketua Kampung, apa lagi nak? Mewah tu beb. Kalau pinjaman dan peruntukan, boleh rekomen kawan dan sedara. Takkan lah kosong? Boleh letak persen .......

Dan sekarang ramai Ketua Kampung dah jadi cuak. Kerana ramai yang tahu, maka isu ni bukan isu kecil. Kalau dulu PAS dan BA hanya orang kampung, sekarang sudah jadi MB. Dan MB juga berasal dari orang kampung maka ini semua mereka dah tau lama. Siapa MB yang tak tahu pasal songlap Ketua Kampung....cakap ngan diorang, lebih baik jangan jadi MB.

Songlap yang dulu satu cerita, dan sekarang songlap yang akan datang dah tak boleh nak buat. RM500.00 cukup ke? Tak payah berebut la dan baik letak jawatan. Buat kerja kampung, relax, pagi ke kedai kopi, petang ke kedai kopi, malam balik, hantar cucu ...... tonton Akademi Fantasia dan malam tidur. Tak der yang ganggu dan kacau.

So jangan ingat letak jawatan tu sebab taksub pada parti atau tak suka pada MB, tapi sebenarnya semua kerana mentaliti Ketua ketua kampung yang pucat lesi ketakutan dan tak der masa depan. Kalau kerana tanggung jawab, orang tak berebut jawatan. Semuanya kerana peluang semakin dekat dan duit mudah dapat. Hehhhhhh, kalau aku bukan orang kampung pun mungkin aku tak tau.

Kalau elaun ketua kampung dinaikkan jadi RM2000, aku rasa yang letak jawatan pun akan batal cadangan. Bukan tu aje....aku yang kat pekan pun akan balik untuk buat permohonan.

MAS PULAK HINA SULTAN PAHANG

anotherbrickinwall
(...) Baginda Tuanku yang berasa kecil hati dengan sikap pegawai-pegawai tersebut mengambil keputusan untuk tidak menaiki pesawat MAS. Baginda dan rombongannya terpaksa menaiki pesawat yang diberi oleh Air Asia untuk ke Singapura dan menaiki Singapore Airline untuk ke destinasi London.

Gambar Baginda Sultan di satu Majlis

Peristiwa ini menunjukkan betapa teruk menurun sekali kualiti perkhidmatan MAS di bawah pentadbiran Dato Idris Jala. Suatu masa dahulu, MAS terkenal dengan mutu perkhidmatan dan kecekapan anak-anak kapal dalam melayani pelanggan. more...

Puteri Umno supports party election postponement...then retracts it four hours later

NST
KUALA LUMPUR, Wed:

Four hours after supporting calls for the Umno elections to be postponed to next year, Puteri Umno made a complete u-turn and called for party polls to be held as scheduled.

Reporters who covered the Malaysia Career and Training Fair Press conference in the morning had asked Puteri Umno chief Datuk Noraini Ahmad whether the movement agreed with calls within Umno for a postponement of the election.

“Yes, because Umno needs time to address both it’s internal and external problems first. These problems can be resolved but not necessarily through party elections,” the Deputy Minister of Human Resources said . “The party needs time to adjust, especially since the dust from general election had not really settled. There is no urgency. Once we are back to normal, then only we should hold the party elections.”

However, four hours later, Noraini not only retracted her statement but called for party elections to be held as scheduled. more...

NO2umnO - Boss, kepala, anak , bini, cucu. nenek semua dah bingung ......pening, mabuk, muntah. It's true about the followin article

Muhammad Taib Akui : Orang Umno Sudah Tidak Berfikiran Waras

DOUBLE STANDARD LU

Polis siasat sepanduk hina istana

KUALA TERENGGANU 26 Mac - Polis sudah memulakan siasatan berhubung kes sepanduk yang didakwa menghina institusi raja semasa perhimpunan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob berkata, siasatan itu turut merangkumi dakwaan bahawa antara sepanduk yang dibawa oleh penyokong pemimpin UMNO negeri itu berbunyi ‘Kami nak Idris, natang’.

Namun beliau berharap semua pihak bersabar kerana segala dakwaan yang dibangkitkan orang ramai selama ini sedang disiasat dan hasilnya akan diumumkan apabila tiba masanya.

‘‘Tidak timbul soal kita tidak siasat, semua sedang disiasat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kain rentang itu yang berbunyi ‘Kami nak Idris, natang’ bermaksud ‘Kami mahukan Idris, binatang’ dalam loghat Terengganu.

Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub dalam kenyataan akhbar semalam mendakwa tulisan di kain rentang itu bersifat hasutan dan tindakan segera perlu diambil untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Kain rentang itu dipamerkan semasa 22 Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) Barisan Nasional (BN) berarak untuk menyerahkan memorandum membantah pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

No2umnO - Ketuk baru jalan. Antara bakar bendera dan kain rentang. Polis ..... polis ...... bila nak berenti jadi barua? Rakyat nampak bezanya .....

Pegawai Kanan Polis Terima Rasuah RM75,000 Ditahan BPR

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis dari Ibupejabat Polis Dearah (IPD) Gombak dekat sini ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor petang tadi kerana disyaki menerima suapan kira-kira RM75,000 daripada seorang anggota sindiket curi kereta.

Pengarah Siasatan Ibu pejabat BPR Datuk Shukri Abdul berkata pegawai kanan berusia lingkungan 50an itu ditahan pukul 1 petang di IPD berkenaan dan terus dibawa ke pejabat BPR Selangor untuk siasatan.

Beliau berkata pegawai kanan itu disyaki menerima suapan bagi tidak mengenakan tindakan ke atas sindiket curi kereta tersebut.

"Kita akan menahannya selama 24 jam bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata sekiranya selepas 24 jam dan siasatan mendapati pegawai itu perlu disambung penahannya, BPR akan mendapatkan perintah tahanan reman di bawah 117 Kanun Acara Jenayah esok.

Sementara itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor SAC II Mazlan Mansor ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

No2umnO - satu kes RM75,000 ....? Berapa kes dah? Berapa tahun dah? Berapa kaya dah ....? Patut ramai yang jutawan. Tukar baju, tukar unform, tukar cogankata, semua tukar pun tak guna kalau perangai masih lama. Rompak bertamabah, jenayah bertambah .........

Posting terkini

Blog Archive