KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 10, 2008

BLOG ALI RUSTAM TERUS TERDIAM LESU

Radenjowo
Budaya ikut ikutan..... Wak nak komen sikit pasal budaya bangsa kita. Bila orang lain pakai botox, kita nak pakai juge. Anak si limah tu cocok vitamin C, ewahhhh, anak kak Peah pun nak juga. Orang lain bagai seluar kembang bawah yang dulu dipanggil "bell bottom", melayu pun sibuk nak pakai cam tu. Maka nak sesuaikan dengan seluar jenis tu, kena pakai kasut yang tapaknya 5 inci. Besar depan dan belakang. Budak muda sekarang mungin tak pernah lihat. Tapi kasut tu boleh dijadikan lapik meja yang patah kaki atau 'hammer' penukul paku sangkut baju dinding. Kalau dalam hutan tak der bekas air, boleh juga gunakan untuk takung embun.

Apa apa pun, budaya ikut bangsa kita ni tidak di lorongkan ke cara yang betul. Jika betul sudah pasti Malaysia bakal menjadi negara pengeluar terbaik. Ciplak dan tukar jenama. Hehehe....jahatnye.

Contoh budaya ikut ikutan yang ada pada kita adalah seperti berikut,

Dari Kacamata Mohd Ali Rustam
Orang lain ada blog, dia pun nak ada blog. Tak tanya diri, mampu atau tidak, yang penting, boss kata suruh buka, dia pun buka. Lepas buka, blog domain sampai hari ini. Umpama hangat hangat taik zirapah. Kekadang, geleng kepala gak wak. Bukan tak nampak ..... tapi nampak. Bukan tak dedah .... tapi dah dedah. Masih ada yang tak terlihat rupanya. Budaya ikutan UMNO yang tidak mendatangkan faedah. Dah buat .... tinggal. Kalau blog ni jadi macam anak dara, masa depan pasti gelap bila ada yang Lepas buat ...... tinggal. Tak ke parah jadinya.

Apa boleh buat sang babi sudah nasibmu

Msomelayu - MULANYA saya tidak mahu peduli cerita mengenai Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan RM100 juta untuk menguruskan ladang babi secara bersepadu dan bersistemetik. Apalah sangat istimewanya si babi itu? Haiwan berkaki empat dan berbadan pendek itu tidak peru dipolimekkan.

Pun begitu yang jelasnya menternak babi lebih menguntung dan mempunyai pasaran dan permintan meluas berbanding dengan menternak kambing Jamnapari. Kerajaan Kelantan sudah ada pengalaman dalam hal ini 'kambing mengambing' ini.

Adapun kenapa ia menjadi bising ialah kerana babi dianggap najis dalam Islam. Sebenarnya najis babi atau pengharaman babi berbanding dengan anjing, anjing lebih tinggi nilai haramnya.

Menurut Ustaz Ibrahim Azmi, bekas ahli Parlimen Hulu Nerus Terengganu dan bekas ahli pemikiran Jabatan Penerangan Khas Umno (Jack) (sudah dimansuhkan), kedudukan najis babi tidak sampai perlu disamak dan disucikan seperti najis anjing.
Menurutnya najis babi, sekadar dibersih dan disabunkan sudah kira selesai.

Pendapat ini tentu menimbulkan kontroversi. Kerana dalam pemikiran orang Islam Malaysia standard najis babi sama dengan anjing. Apa lagi jika diukur kepada bentuk dan rupa paras binatang berkenaan, babi lebih huduh berbanding dengan anjing.

Untuk mengsahkan ini adalah elok kalau Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pandanganya dari sudut Fikh dan Tasauf. Saya percaya kalau Nik Aziz membuat penjelasan mengenai standard najis anjing dan babi ini ia boleh menyelesaikan sedikit masalah. Lagipun Nik Aziz sendiri turut prihatin kepada nasib penternak babi di Bukit Pelanduk Melaka tidak lama dulu.

Menyatakan simpati

Apakah kesudian Nik Aziz (untuk menyatakan simpati kepada penternak babi di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan tidak lama dulu) melawat penternak itu kerana standard najisnya lebih rendah berbanding anjing seperti mana kata Ustaz Ibrahim Azmi yang berkelulusan Umu Qura, Arab Saudi itu.

Berhubung dengan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membina ladang ternakan babi moden di Selangor itu, MB Selangor, Khalid Ibrahim sudah menjelaskannya.

Katanya tujuan pembukaan ladang itu ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul di sebalik pemeliharaan ternakan berkenaan. Ladang moden itu yang lengkap dengan segala peralatan untuk kumbahan najis babi. more...

Maka BLOG 'yes2umno' pun lahir lah .....

UMNO Header laman blog baru ... yes2umno

Radenjowo
Ada pro dan ada kontra. Ada setuju dan ada yang tidak. Ada yang menyokong dan ada yang membantah. Fenomena biasa di dalam Politik tanah air.

No2umnO menerima impak yang sama. Membuktikan kebimbangan sesetengah pihak. Kalau dahulu, blog Pro Khairy ditubuhkan untuk menentang keujudan blog AntiKhairy dan kini, jeng jeng jeng !!!! ......... blog Yes2umno dilahirkan untuk bersaing dengan laman web bodoh wak ni, No2umnO.

Pada wak, kita perlu bersaing secara sihat. Masing masing ada berita serta artikel dan wak sendiri menggalakkan pengunjung untuk kunjung ke laman web berkenaan untuk menilai berita berita di seberang sana.

Kita berada di dalam negara demokrasi dan ini lah masanya untuk kita rasai demokrasi yang sebenar. Cuma sesuaikan diri anda. Tapi agak agak lah.... header siapa yang lebih menarik?

Lapuran Utusan sahkan babi diternak merata rata

Siasah - KUALA LUMPUR, 9 April: Tanpa perlu menjawab apa-apa, rakyat negara ini faham kenapa kawasan penternakan babi secara moden di perlukan di negara ini khasnya di Selangor. Ianya disahkan sendiri oleh laporan Utusan Malaysia hari ini.

Laporan Utusan mengesahkan penternakan babi yang dibuat di merata-rata tempat dan mengalirkan najisnya ke sungai dan laut selama ini sangat tidak baik kepada orang awam khasnya umat Islam.

Ia perlu dikawal di samping hak orang bukan Islam khasnya Cina untuk memakannya tidak boleh disekat sama sekali.

Itulah penyelesaian yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor iaitu penternakan babi secara moden untuk mengawal pencemaran.

Siasah akan membuat laporan penuh mengenainya Ahad ini.

Seperti Selangor, Exco Tganu di larang pegang jawatan syarikat



Kosmo - Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu tidak akan dibenarkan memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana syarikat selepas ini.

Ini bagi memastikan mereka hanya memberikan tumpuan khusus terhadap tugas hakiki sebagai Exco untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Jawatan sebagai pengerusi syarikat milik kerajaan negeri juga akan diberikan kepada mana-mana individu yang difikirkan layak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Terdahulu 10 anggota Exco mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan di Istana Maziah di sini.

Ia didahului Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Ahmad Razif Abd. Rahman, Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan) dan Datuk Abdul Rahin Mohd. Said (Teluk Pasu) diikuti ADUN Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera, Asha'ari Idris (Langkap), Toh Chin Yaw (Bandar), Datuk Za'abar Mohd. Adib (Rantau Abang), Khazan Che Mat (Batu Rakit), Rozi Mamat (Telemong) dan Dr. A. Rahman Bakar (Kuala Besut).

MB Perak terpinga-pinga


Kosmo - Kerajaan negeri Perak tidak tahu menahu tentang rancangan kerajaan negeri mahu menempatkan semula 32 ladang babi di sekitar daerah Batang Padang seperti yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia Perak, A. Sivanesan kelmarin.

Sivanesan yang mempengerusikan majlis dialog bersama wakil penduduk daerah itu yang turut dihadiri Pegawai Daerah Batang Padang, Datuk Md. Damiri Md. Sairi kelmarin berkata, langkah pemindahan itu diambil selepas menerima banyak bantahan penduduk setempat.

Namun apabila diajukan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu daripada Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini semalam, beliau segera menafikan wujudnya cadangan itu.

"Ia tidak pernah timbul dan kerajaan negeri tidak pernah membincangkan isu itu," katanya.

Melihat reaksi Mohammad Nizar itu, Sivanesan yang turut hadir dalam sidang media tersebut terus bangun bagi memberi penjelasan.

Sejurus Sivanesan selesai memberi penjelasan, Mohammad Nizar yang terpinga-pinga bertindak segera menamatkan sidang media berkenaan.

No2umnO - Perkara yang perlu diambil perhatian. Isu babi boleh menjadi satu punca kepada perselisihan. Tapi yang pasti di sini, masalah babi tak pernah ditangani oleh Kerajaan Selangor dan Perak sebelum ini. Mungkin dah terlalu lama bertahan, maka semua penduduk rasakan ini lah masa yang sesuai untuk minta perubahan. Tapi semua berita yang benar tidak keluar di media dan berita yang ada perlu difikirkan dengan rasional. Berapa banyak agaknya kawasan penternakan babi yang berjaya di senyapkan ketika pemerintahan yang lepas? Sikit sikit semuanya terbongkar. Jangan lihat semua tajuk berita, baca kandungan berita. Olahan berita mungkin berlainan maksud, tapi fikirkan ke arah bersetentangan pada setiap berita yang tersiar. Ianya membongkar rahsia....Tambah menarik.

Projek skala kecil tapi 136 hektar sudah lulus

Tak mahu dikaitkan?
Utusan
(...)
"Ini kerana kita (kerajaan negeri dahulu) hanya baru membuat perbincangan awal tetapi tidak ada kata muktamad, kita setuju projek itu untuk skala kecil sahaja, tidak sampai RM100 juta, Selangor tidak perlu projek penternakan babi bernilai sebanyak itu.

"Kita setuju pengambilan tanah dibuat tetapi lokasinya belum ditentukan, pandangan penduduk dan penternak juga belum diputuskan, kalau ada pihak yang membuat bantahan, maka kita boleh membatalkannya.

"Jadi saya terkilan kerana dia (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) menyalahkan kerajaan lama, sedangkan dia berkuasa penuh sama ada mahu membatalkan atau memindahkan projek itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. more...

Manakala TS Khalid Ibrahim menyatakan,

"Projek ini perlu diteruskan kerana secara prinsipnya telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini melalui pengambilan tanah seluas kira-kira 136 hektar di Mukim Batu, Kuala Langat di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.

"Mereka yang membuat protes itu pun dah pergi tengok sendiri ladang babi moden di luar negara.

"Keputusan yang dibuat adalah munasabah kerana rakyat Selangor sendiri yang inginkan pembaharuan dan ini adalah salah satu usaha menjana perubahan tersebut," ujarnya.

Beliau memberitahu, jika projek itu tidak diteruskan, ia sudah pasti akan membawa kesan negatif kepada kawasan berkenaan yang merupakan tapak utama ladang babi di Selangor.

Antaranya, jelas beliau, wabak penyakit virus Japanese Encephalitis (JE) Nipah yang pernah terjadi di Sungai Nipah dan Bukit Pelanduk pada tahun 1999. more...

No2umno - sikit sikit lama lama membuncit atau sikit sikit, lama lama jadi bukit. Kudis buta sudah terbongkar. Menarik di dalam berita ini, Kawasan seluas 136 ekar sudah diambil dan mungkin sudah digazetkan untuk projek terbabit. Projek setinggan sifar sebelum ini kecoh, sekarang projek babi. Babi pun babi lah, yang jelas nya disini, 200 orang penduduk sekitar Tg Sepat dan buat demo 'HALAL', tapi penternakan moden akan dibuat di Kuala Langat. Tak pelik ke? So kenapa diorang yang kecoh ..... Miss soru kot?

PESTA 2008 SUDAH MULA

Harga mi naik hingga 70 sen mulai hari ini

Utusanmel - Bagi para penggemar mi, mereka perlu bersedia membayar lebih untuk makanan kegemaran mereka berikutan harga bahan untuk membuat mi naik antara 20 dan 70 sen sekilogram mulai esok.

Presiden Persatuan Peniaga-Peniaga Roti, Biskut, Manisan dan Mi Malaysia, Ng Hock Leng berkata, persatuan itu menetapkan kadar kenaikan sebanyak itu untuk mi yang diperbuat daripada tepung gandum berprotein tinggi atau sederhana seperti mi kuning, yee mi kecil, yee mi besar, mi wantan, kulit wantan dan kulit dumpling.

“Ini berikutan keputusan Pengilang-Pengilang Tepung Malaysia mengumumkan kenaikan harga bagi tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana pada 20 Mac lepas disebabkan kenaikan harga antarabangsa bagi biji gandum yang melambung tinggi,” kata Ng dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Persatuan Pengilang-Pengilang Tepung Malaysia bulan lalu telah menaikkan harga tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana sebanyak RM10 daripada RM62.15 bagi setiap 25kg .

Selain tepung gandum, Ng berkata, harga beras hancur juga naik RM22 daripada RM50 bagi setiap 50kg manakala harga bahan lain seperti tepung jagung, tepung ubi dan kanji gandum juga naik.

Berikut adalah senarai kadar kenaikan harga bahan-bahan diperbuat daripada tepung gandum mulai esok.

l Mi kuning (naik 20 sen sekilogram), mi kering (naik 20 sen sekilogram), yee mi kecil (naik 30 sen sekilogram), yee mi besar (naik 70 sen sekilogram), mi wantan (naik 60 sen sekilogram), kulit wantan (500 gm) naik 40 sen satu peket, kulit dumpling (500gm) naik 50 sen satu peket, kuetiau (naik 30 sen sekilogram), chu cheong fan (naik 0.04 sen segulung), laksa pendek (naik 30 sen sekilogram), laksa panjang (naik 30 sen sekilogram).

Rujuk berita lain
Jangan naik harga beras Super

ISU BABI: 200 ORANG SAJA TAK SETUJU

BANTAH...Sebahagian daripada 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam, sebagai membantah keputusan Exco meneruskan projek mega ternakan babi di daerah itu
UTusanMeloya - Kegiatan menternak babi yang tidak terkawal di beberapa kampung sekitar Tanjung Sepat dekat sini mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk hingga menyebabkan penduduk hilang mata pencarian.

Kegiatan itu menyebabkan perairan sekitar kawasan tersebut tercemar teruk hingga menjejaskan aktiviti nelayan di samping kerosakan harta benda.



MERIAH: Hanya 200 orang tidak setuju dari keseluruhan jumlah penduduk Selangor


Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Kundang, Shahamid Sanusi, berkata, satu ketika dahulu aktiviti membuat belacan merupakan salah satu daripada mata pencarian utama penduduk di situ. more...

Rujuk lain berita:
Penduduk marah, tolak projek ternak babi
200 penduduk bantah projek ternakan babi

No2umnO - Perubahan yang ketara di bawah pemerintah PR. Demo untuk melahirkan rasa tidak puas hati rakyat sudah boleh dilakukan. Tahniah!!! Itu bezanya. Ke arah demokrasi yang sebenar.

Menarik tentang demo babi nih, sedikit demi sedikit keadaan di kampung yang sudah rosak teruk itu didedahkan. Air tak cantik lah..hilang mata pencarian lah....dan macam macam lagi. Terus dedahkan .....

Posting terkini

Blog Archive