KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 14, 2008

SEKONGKOL DENGAN KERAJAAN KALAH, SELANGOR FM BERPINDAH

KAKITANGAN Radio Selangor FM memasukkan barangan pejabat
ke dalam kotak di Bangunan SUK,
Shah Alam selepas diarah
berpindah semalam. Barangan yang mereka masukkan itu adalah hak rakyat.
Kosmo - Sebahagian kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengendalikan Radio Selangor FM sudah mula mengemaskan semua dokumen penting untuk berpindah ke Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) bersebelahan Angkasapuri.

Kesemua 41 kakitangan terlibat menerima arahan Kementerian Penerangan untuk mengosongkan pejabat yang turut menempatkan konti siaran radio secepat mungkin, selepas diberi kata dua oleh kerajaan Selangor.

Pemindahan operasi Selangor FM ke IPTAR dijangka untuk tiga tahun sementara menunggu pejabat baru bernilai RM30 juta di tapak seluas lapan ekar di belakang pejabat Sirim Bhd., di sini siap.

Menurut Pengarah Penyiaran Selangor, Isamudin Ahmad, kontrak sewa sebanyak RM200,000 setahun di pejabat di bangunan SSAAS sejak 1991 bakal berakhir hujung bulan depan ... more.
No2umno - Berita macam ni masuk dalam media ..... kita tak hairan. Kerana media mahu pujuk rakyat untuk kasihan melihat apa yang mereka rasa. Berapa ramai rakyat yang terkena? Dan berita berikut tidak masuk di dalam berita media.....

Temple Demolition - Kg. Rimba Jaya
Ini di Rimba Jaya ..... Penduduk miskin di halau kerajaan Selangor yang dahulu, dan
http://jelas.info/wp-content/uploads/2006/11/101-kg-berembang-30th-nov-06-492.jpg
Dan ini di Kg Berembang ..... Mana yang kasar dan mana yang kejam?

BANYAK LAGI SEKOLAH BAKAL RUNTUH?

The image “http://buletinonline.net/images/berita/smwakaftapai.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Runtuh Sama Sekali !
Bumbung SMK Wakaf Tapai Yang Runtuh Kelmarin

Buletinonline - Kesan dari projek-projek pembinaan sekolah ala ‘mee-segera’ yang dikeluarkan kerajaan pusat antara tahun 2000 – 2004, banyak lagi sekolah-sekolah yang bocor dan menunggu masa untuk runtuh sedang berdiri di Terengganu

Oleh kerana waktu itu, kerajaan pusat bersungguh-sungguh membantu Idris Jusoh untuk menjatuhkan kerajaan Terengganu (yang dipimpin PAS), pembinaan sekolah-sekolah terus dibuat dan disiapkan segera bagi menghasilkan ‘duit segera’ untuk diagih-agihkan dikalangan orang-orang UMNO untuk operasi menjatuhkan kerajaan Terengganu.

Maklumat dari orang ramai sedang mengalir masuk ke Buletin Online untuk mendedahkan ‘skandal sekolah segera’ ini, yang InsyaAllah akan kita paparkan sebagai ‘maklumat infomasi terkini’.

Antara kesan yang ketara dari projek penyelewengan duit rakyat itu adalah kedudukan Idris Jusoh sendiri. more...

Kos tak sampai 150 juta, mana lebihnya?

The image “http://buletinonline.net/images/berita/masterplantti.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Buletinonline - Kos Sebenar pembangunan Pulau Wan Man dan pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) adalah tidak melebihi RM 150 juta, buka sebagaimana kos yang diwar-warkan iaitu RM 249.3 juta.

Demikian dinyatakan oleh seorang kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembangunan TTI kepada Buletin Online ketika ditemui kelmarin.

Beliau yang meminta identitinya dirahsiakan atas faktor keselamatan mendedahkan bahawa terdapat banyak penyelewengan yang berlaku dalam membangunkan Taman Tema itu.

Beliau berkata antaranya adalah spesifikasi bahan-bahan yang digunakan untuk membina Pusat Konvensyen dan juga Masjid Kristal tidak mengikut spesifikasi asal yang tercatat dalam pelan.

Beliau berkata kos pembinaan Masjid Kristal itu sahaja sebenarnya tidak lebih RM 30juta, bahkan ada laporan yang menyatakan bahawa kos pembinaan masjid tersebut RM 22 juta. more...

NORZA AJAK UMNO, PKR dan PAS BERATU?

UMNO, PKR, Pas perlu muafakat pertahan hak Melayu
Pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa mengadakan permuafakatan bagi membincangkan hala tuju bangsa Melayu di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, permuafakatan pemimpin-pemimpin Melayu daripada ketiga-tiga parti itu perlu diadakan supaya isu-isu berkaitan orang Melayu tidak dipolitikkan.

Menurut beliau, tiga perkara penting berkaitan orang Melayu dan yang akan menentukan masa depan mereka di negara ini ialah membabitkan agama Islam, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pendidikan.

“Sudah tiba masanya pemimpin Melayu daripada ketiga-tiga parti politik itu berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama supaya tiga perkara membabitkan bangsa Melayu itu tidak boleh disentuh dan diganggu oleh orang lain.

“Sekiranya ada pihak yang cuba mengganggu tiga perkara tersebut, pemimpin-pemimpin ini akan mempertahankan hak orang Melayu dengan pendekatan yang sama,” kata Norza selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan Kelima Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, dekat sini hari ini. - Utusanmual
No2umnO - Hilang akal ke? Bersatu untuk naikkan bangsa tapi jatuhkan bangsa. Selagi ada UMNO dalam senarai, maaf tak payah. Banyak sangat bukti. Semua melayu dah tau...ni semua taktik politik yang terus diguna pakai. Bersatu, kat belakang menghentam..... Sorry Norza, kita tak tertawan dengan tawaran ini. Tahu muslihat apa yang kome pakai ..... Hish tak gemo teman.,

UTUSAN MEDIA LIDAH PARTI KALAH

Kumpulan belia tolak ternakan babi moden
TANJONG KARANG 13 April – Tindakan kerajaan Selangor meluluskan projek ternakan babi moden bernilai RM100 juta di Kampung Tumbuk terus menerima bantahan daripada masyarakat Islam seluruh negeri Selangor.

Kerajaan Selangor perlu sensitif bantahan penduduk
PASIR PUTEH 13 April – Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor sepatutnya lebih sensitif terhadap bantahan penduduk Sepang yang enggan menerima projek ternakan babi yang membabitkan pelaburan RM100 juta.
No2umnO - Terdesak giler..... gunakan media berlebih lebih. Bukan rakyat caya, tapi rakyat makin geli nak baca. Berita cam nih sebenarnya buat BN syok sendiri, giler talak...Nampaknya terpaksa guna bahasa yang lebih jelas...Bahasa orang UMNO.

BN PERASAN MENANG DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Jangan sertai perhimpunan ‘Black 14’ malam ini
Utusanmeloya - (...)Menurutnya, surat itu hanya menyatakan mahu menganjurkan majlis makan malam pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama rakyat dan turut dihadiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada pukul 8 malam esok.

“Ia hanya menyebut penganjuran makan malam. Tetapi jika makan malam itu bertukar kepada perhimpunan haram seperti dinyatakan dalam laman-laman blog sehingga mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada ketenteraman awam, polis akan bertindak mengikut undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program gotong-royong sempena sambutan Hari Polis Ke-201 di Asrama Anak Yatim Darul Falah (Asdaf) di sini hari ini.

Menurut Muhammad Sabtu, penganjuran perhimpunan haram menyalahi Seksyen 27 Akta Polis dan mana-mana individu yang cuba mencetuskan kekacauan akan diambil tindakan.

“Mereka yang ditahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 dan penjara sehingga satu tahun,” katanya. more...
No2umnO - Mungkin ada yang perasan di KL, BN yang menang. Tu sebab lah larangan berhimpun di buat. Macam macam.....kalau dah BN, masih bila pun tak demokratik. Nak bukti macam mana lagi......KESIAN Ummmpp Ummmmpp. DS Anwar Ibrahim.....rakyat sokong anda.

SATU LAGI PERTEMUAN TERTUTUP

Utusanmeloya - Setelah pertemuan dengan pemimpin UMNO akar umbi seminggu lalu, esok Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan perjumpaan atas platform serupa dengan seluruh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dipercayai, ia pertemuan tertutup terbesar dalam tempoh lima tahun beliau sebagai Perdana Menteri yang akan disertai semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN.

Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di 140 kawasan Parlimen dan 307 DUN.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang mengesahkan pertemuan pada pukul 2.30 petang itu berkata, selaku Pengerusi BN, Abdullah dijangka mendapatkan maklum balas daripada semua pemimpin akar umbi BN mengenai isu-isu semasa yang berlaku. more...

DBKL Gagal Halang Pemaju Teruskan Pembangunan Di Bukit Gasing

Bernama - Hampir 100 penduduk Taman Gasing Indah, hari Ahad berhimpun di dalam hujan lebat sebagai tanda membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa masih gagal menghalang pemaju daripada terus melakukan aktiviti pembangunan bagi projek pembinaan 142 lot banglo di kawasan seluas 15.2 hektar di Bukit Gasing di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing Edward Lee ketika ditemui pemberita mendakwa pihak DBKL gagal menghalang dan tidak memberikan hak pendengaran awam kepada penduduk untuk sama terlibat membuat keputusan terhadap perancangan di kawasan mereka.

"Kami akan ke mahkamah pada 23 April ini untuk mendapatkan perintah bagi DBKL memberikan "public hearing" dan perintah untuk menghentikan sebarang aktiviti pembangunan yang masih lagi berlangsung.

"Kami tidak mahu penduduk di sini menerima risiko yang besar seperti kejadian tanah runtuh dan sebagainya," katanya.

Lee berkata perhimpunan itu memperlihatkan bahawa penduduk serius dengan permintaan mereka agar segala aktiviti yang dijalankan dihentikan serta merta.

Sementara itu, Mohamed Kamar Mohamed, 64, yang telah menduduki kawasan itu selama 21 tahun ketika ditemui berkata aktiviti pembangunan yang dilakukan beberapa tahun lalu, telah menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh.

"Dalam tahun 2006 sahaja tiga kali kejadian tanah runtuh berlaku, namun pihak DBKL masih mendiamkan diri. Di atas bukit sana ada lebih kurang 2.2 juta liter air. Kalau ditarah, kami akan jadi seperti kejadian Highland Towers," katanya yang juga merupakan anggota Persatuan Bertindak Bukit Gasing.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan 108 penduduk Bukit Gasing bagi injunksi sementara secara ex-parte untuk menangguhkan semua tindakan berkaitan pembangunan di kawasan itu yang diluluskan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. more...

Blog Khir Toyo Ramai Pembaca Hantu?

Mantot/Cursingmalay
Selain daripada isu pengundi hantu,nampaknya pihak pembangkang di negeri Selangor ada satu lagi problem iaitu pembaca hantu.

Aku hari ini sebab takde kerja telah start memantau counter pageview blog Khir Toyo dari petang.Tapi sebab memikirkan mungkin counter tu memang laju (maklumlah waktu puncak dan blog "popular",aku pun decide tunggu waktu malam bila semua org dah tido).Mula-mula aku terangkan,counter ni sebenarnya mengira jumlah page tu direload atau dibukak,jadi dia bukan kira visitor.Setiap kali reload dia akan tambah satu.Nak tau jumlah tepat visitor kena pakai Google Analytics (tapi itu untuk webmaster sahaja)

Aku start buat kajian aku dari jam 2:24 pagi sehingga 2:30 pagi.Cukup dah waktu tu untuk aku membongkar satu berita sensasi.

Method Kajian Aku :

1) Bukak Blog Khir Toyo
2) Print screen first value counter visitor dia
3) refresh dengan button F5
4) print screen balik
5)Ulang untuk 5 kali bacaan

Dan hasilnya :

2:25 - Jumlah visitor - 210664
2:30 - Jumlah visitor - 210696 (+32)

5 minit,tolak aku nye 5 kali refresh,27 pageview,pada waktu pagi buta camni.Aku tak puas hati,aku buat kajian baru pulak.

Kajian 2
Refresh Website dia banyak kali dan tengok bacaan tiap2 kali :

1) 2:42 -210740
2) 2:42 - 210746 (+6)
3) 2:43 - 210750 (+4)
4) 2:44 - 210759 (+9)
5) 2:45 - 210763 (+4)
6) 2:46 - 210767 (+4)
7) 2:47 - 210773 (+4)
8) 2:48 - 210783 (+10)
9) 2:49 - 210793 (+10)
10) 2:50 - 210799 (+6)
11) 2:51 - 210803 (+4)
12) 2:52 - 210809 (+6)

67 page view dalam 10 minit.Tolak aku punye refresh 12 kali - 55 kali pageview 10 minit.

PEMERHATIAN :
Kajian Pertama -
Dalam 5 minit pemerhatian,page blog Khir Toyo telah diview sebanyak 27 kali

Kajian Kedua -
Dalam 10 minit pemerhatian,page blog Khir Toyo telah diview sebanyak 55 kali

Pemerhatian Rambang :
3:02 (10 minit selepas bacaan terakhir diambil) - 210862
3:22 (30 minit selepas bacaan terakhir diambil - 210928

Blog Khir Toyo Adalah Blog Yang Paling Popular Dalam Malaysia!Kenapa?
Ini sebab aku tak pernah lagi jumpa blog yang kaunter dia sekali naik,minimum 4 pageview.

Kesimpulannya:
1)Blog Khir Toyo ni memang sentiasa ada orang baca
2)Pembaca blog dia memang suka refresh page dia sebab counter tak pernah naik satu2
3)Mungkin sebab takde artikel yang menarik kat situ jadi itulah sebabnya takde fokus pembacaan hanya pada satu artikel menyebabkan pembaca selalu menukar2 page
4) Blog Khir Toyo mempunyai purata (tak tepat) +/-30 pageview dalam 5 minit
Ataupun :
1)Counter tu memang dah di set naik secara random dalam value 4,6,9 atau 10
2) Ada taktik yang cuba digunakan untuk buat blog ni nampak macam dapat sambutan
Dan ketika artikel ini habis ditulis,blog Khir Toyo terus menerima kunjungan2 orang ramai yang berminat betul membaca 8 artikel tulisan Khir Toyo yang penuh dengan unsur ilmiah dan tiada langsung unsur hasutan.Bayangkanlah,blog No2Umno (sila rujuk Sidebar) yang menghimpunkan beratus-ratus artikel hanya mempunyai 7 ratus ribu pageview tp blog Khir Toyo yang hanya ada 8 artikel mempunyai 2 ratus ribu lebih pageview.Memang cantik je nombor die naik 30 minit 100+ pageview.

4 pagi dah ni...blog Khir Toyo masih lagi ada ramai pembaca.Tahniah Datuk Seri!

HANCING GILA!

Link Kalau-Kalau Anda Nak Cuba Sendiri Cetusan Khir Toyo

Posting terkini

Blog Archive