tranungkite - " Bila saya dapat tahu MB Pulau pinang, Lim Guan Eng naikkan elaun guru KAFA sebanyak RM100, lain pula jadinya di Negeri Melaka pada Januari 2008 mula elaun KAFA guru-guru JAIM dipotong sebanyak RM 288, dah tu tak beri notis lebih dulu.
Maknanya baik lagi Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada Kerajaan UMNO Melaka. Dah tu tak ada seorang pun ADUN UMNO yang berani bangkit perjuangkan nasib guru-guru agama. Bila ada apa-apa majlis kerajaan negeri dan UMNO, guru-guru JAIM dipaksa hadir untuk tolong meramaikan tanpa ambil kira mereka perlu bersama keluarga atau tidak.
Ini jelas menggambarkan pada kita bahawa Guru KAFA JAIM telah dijadikan buruh kasar dan buruh paksaan Ali Rustam, nak lawan tak berani kerana semua bertaraf kontrak yang boleh dibuang bila-bila masa umpama lampin pakai buang yang telah digunakan. Elaun yang diberikan pun tak berpadanan dengan kerja yang telah dibebankan. Betapa siksanya hidup orang Agama di bawah pemerintahan Dinasti BN Melaka. Kalau ada pembangkang-khususnya PAS sudah tentu perkara ini adakan diperjuangkan. more....
Apr 18, 2008
Bezanya Guang Eng dengan Ali Rustam
Labels: Belit Ali Rustam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Is Umno exploding or imploding
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Yesterday, Muhammad son of Muhammad chaired an Umno Selangor meeting to discuss the party’s disastrous loss of the state to the opposition Pakatan Rakyat. Someone from Umno PJ Utara stood up to speak and said that Umno’s disastrous performance is because of Raja Petra Kamarudin. The speaker from the Umno division aligned to Tun Dr Mahathir Mohamad then suggested that the government arrest the man behind Malaysia Today.
I am honoured the all-powerful Umno would think that a puny website like Malaysia Today can actually demolish the hegemony the ruling party has held over this country since two years before Merdeka, save maybe for a brief period that is now infamously known as the May 1969 era. But the honour I am feeling is overshadowed by the hard on I am enjoying in knowing that Umno still does not get it. Umno has still not awoken to the realisation that it was people’s power, Makhal Sakhti, which caused the political Tsunami on 8 March 2008. It was not about Malaysia Today. It was about the people finally rising up in anger and screaming ‘enough is enough’. That was what hit Umno and Barisan Nasional.
I would like to say just one thing to Muhammad son of Muhammad. Come get me. Go make your police report if you feel this will solve Umno’s problems. Then come and get me if you think this will help Umno win back the people’s support. But you are barking up the wrong tree. And if you still don’t wake up, the second Tsunami will hit Umno, resulting in the nails being hammered into the coffin. Yes, Umno is now lying in a coffin. And it will be Umno itself that will be nailing the lid on the coffin. And Malaysia Today will be very happy to provide the hammer to help hammer down these nails. Hell, Malaysia Today’s readers will even pay for the coffin if you wish, Muhammad son of Muhammad. Just send me the bill. Malaysia Today will help raise enough money to pay for a gold-laced coffin. more...
Labels: Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
DAH RASMI TAPI MASIH DALAM PEMBINAAN?
Setelah Dua Bulan Dirasmikan, Taman Tamadun Islam Masih Dalam Pembinaan
Buletinonline - Kuala Terengganu – Walaupun telah dirasmkan dua bulan yang lalu, Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man masih dalam pembinaan !Pada 3 Februari lalu, TTI telah di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Masjid Kristal pula dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sepanjang acara pembukaan Taman Tema TTI itu terdapat tiga majlis perasmian.
Yang pertama majlis perasmian Perkampungan Hadhari oleh Idris Jusoh, kedua majlis perasmian TTI dan akhir sekali adalah majlis perasmian Masjid Kristal.
Memang munasabah pun kalau ada yang mengatakan bahawa perbelanjaan seluruh progeam pembukaan taman tema itu adalah RM 15 juta.
Apa yang menarik, majlis perasmian yang dipancarkan secara ‘live’ itu ada persembahan konsert lagu Tema TTI yang dialunkan oleh Penyanyi dan Pengubah lagu popular M.Nasir.
inilah pertama sekali dalam sejarah mungkin, konsert nyanyian diadakan berhampiran dengan masjid ..more...
Labels: Belit Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Naib Presiden LDP dan 1000 ahli isytihar keluar parti
"Kita tidak berpuas hati dengan tindakan pucuk pimpinan yang menggantung keahlian kami tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka yang terlibat, sebaliknya menyebarkan perkara itu kepada media.
"Sepatutnya MT LDP perlu memberitahu kepada kami dahulu sebelum membuat sebarang keputusan besar seperti itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sabtu lalu, Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong memberitahu, MT LDP dalam satu mesyuarat memutuskan menggantung keahlian Yun Fah dan empat lagi pemimpin kanan parti itu kerana didakwa melakukan sabotaj terhadap calon BN pada pilihan raya umum lalu.
Kesemua mereka diberi tempoh selama 10 hari untuk berjumpa dengan MT parti itu bagi memberikan penjelasan mengenai dakwaan tersebut.
Mengulas lanjut, Yun Fah yang sebelum ini Ketua LDP Bahagian Merotai berkata, beliau tidak menyesal dengan tindakan keluar parti kerana berasakan semua pengorbanannya selama ini seolah-olah tidak dihargai. - Utusanloya
Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
HARGA MINYAK MACAM NAK NAIK JE ....
Kita dah biasa dan kita kena biasa dengan kenaikan harga. Zaman Dollah ..... macam macam kenaikan yang berlaku. Seperti biasa dimulakan dengan berita seperti ini .....
Kerajaan tanggung subsidi minyak tertinggi RM19 bilionMungkin ianya tidak berapa jelas. memberitahu keadaan sekarang dan mungkin dah bagi tau pun masa lalu berkali kali .... selepas kenyataan di atas .... di bawakan pula tajuk yang berkaitan, pada hari yang sama, pada akhbar yang sama ....
Utusanloya - Kerajaan dijangka menanggung subsidi minyak yang lebih tinggi antara RM18 bilion hingga RM19 bilion pada tahun ini, berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia yang melambung tinggi.Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, jumlah subsidi itu merupakan peningkatan berbanding antara RM7 bilion hingga RM8 bilion yang dibelanjakan pada tahun lalu.
‘‘Berdasarkan harga minyak mentah semasa global, subsidi minyak sebenar yang kita (kerajaan) ambil daripada bajet (tahun ini) itu tidak termasuk daripada Petronas untuk diberikan kepada rakyat dan syarikat adalah berjumlah antara RM18 bilion hingga RM19 bilion pada tahun ini berbanding antara RM7 bilion hingga RM8 bilion pada tahun lalu. more.....
'Rakyat perlu bersedia hidup bebas subsidi'Utusanloya - Ketua Pegawai Eksekutif Gagasan Kajian Permuafakatan Melayu Malaysia, Datuk Dr. Ibrahim Saidun, bimbang ekonomi negara mungkin terjejas jika kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang terlalu tinggi.
''Rakyat perlu bersedia untuk hidup bebas daripada subsidi dengan meningkatkan daya kerja agar pendapatan mereka bertambah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan bahawa kerajaan dijangka menanggung subsidi minyak yang lebih tinggi antara RM18 hingga RM19 bilion pada tahun ini, berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia yang melambung tinggi. more...
Dan dengan ini, No2umno mengambil kesempatan memberita, dengan adanya berita berita seperti itu.....maka bersedia lah rakyat Malaysia dengan kenaikan minyak yang akan berlaku pada bila bila masa ..... ANgin dah ada, pokok dah bergoyang .....lepas ni kita jalan lah terhoyong hayang kerana belanja semakin membebankan. Terima kaseh.
Labels: BN Barang naik
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Khabarnya bebas, tetapi..
Selesai prog di Kg Baru, saya berlepas ke Abu Dhabi menemui pelabur dan pedagang Arab. Saya tiba sekitar jam 11 pagi dan terus mengadakan pertemuan hingga malam. Di antara lain kami membincangkan keperluan menyegerakan pelaburan Arab di Malaysia khususnya di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Saya juga sempat ditemuramah oleh TV Arab yang berpusat di Dubai untuk siaran khas mereka.
Saya berlepas pulang tanpa bermalam di sana dan tiba awal petang tadi. Dari KLIA saya terus ke pejabat sementara mendapat lapuran sesi siasatan dengan polis. Alahai, khabarnya bebas, tetapi jelas terus dibatasi dengan pelbagai helah dan sekatan.
ANWAR IBRAHIM
Labels: Anwar Ibrahim, Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Pengharaman Makkal Osai: BN Tidak Belajar Dari Kekalahan
Kuala Lumpur, 17 April - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini membantah keras tindakan bacul Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak mengharamkan penerbitan akhbar Makkal Osai atas sebab-sebab yang tidak diperincikan.
Dalam sebuah kenyataan media, ketuanya Shamsul Iskandar mengatakan bahawa pengharaman ini dipercayai disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah laporan khas mengenai Perhimpunan Hindraf 25 November lepas, dan yang terbaru adalah laporan khusus muka depan mengenai acara Black 14 yang bertujuan meraikan pengakhiran sekatan berpolitik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“AMK menyelar tindakan KDN yang kelihatan bersikap jumud dan menghalang rakyat untuk mendapatkan input-input yang berasaskan kepada fakta sebenar yang tidak mungkin diperoleh di dalam mana-mana media arus perdana.
“Ini membuktikan betapa kerajaan sekarang betul-betul terdesak di sebalik kemelut kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang bertelagah hanya kerana mereka dinafikan majoriti dua pertiga di dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU-12) 8 Mac lepas” kata beliau.
Menuruth Shamsul, BN tidak belajar daripada keputusan PRU-12 bahawa maklumat alternatif daripada internet lebih dipercayai daripada media arus perdana disebabkan laporan berat sebelah yang sentiasa dihidangkan kepada rakyat. Sekiranya tindakan kerajaan bersifat menghukum dan zalim seperti ini terus dilaksanakan, beliau berkata, ini akan mempercepatkan lagi proses peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat. more...
Berita berkaitan: Makkal Osai minta penjelasan keputusan kerajaan tidak sambung permit penerbitanLabels: Makkal Osai
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
DENDAM POLIS PADA ANWAR
Polis mahu siasat Anwar
Malaysiakini - (...) Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata polis sedang menyiasat pembabitan mantan timbalan perdana menteri itu di majlis tersebut yang, menurutnya, kemudian bertukar menjadi perhimpunan haram.
"Kami perlu merekod kenyataan beliau bagi memudahkan siasatan. Bagaimanapun, kami belum memanggil beliau dan kami akan berbuat demikian apabila perlu.
"Berucap di tempat awam tanpa permit polis menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tanggungjawab sosial Polis Diraja Malaysia-Public Bank hari ini.
Menurut Bernama, Muhammad Sabtu berkata hanya tiga pemimpin utama PKR sepatutnya berucap di majlis berkenaan: naib presiden Mohamed Azmin Ali, menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan pengerusi Kelab Sultan Suleiman, Datuk Mokhtar Ahmad. more...
Labels: Anwar Ibrahim, Belit Polis
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Rakyat Sabah Kelas 2?
Semasa pembentukan Malaysia pada 1963, empat pihak menandatangani perjanjian tersebut; Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Termaktub untuk setiap pihak keistimewaan2 dan hak2 tertentu yang tidak boleh diganggu-gugat oleh mana2 pihak yang lain.
Labels: Artikel
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
