KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 19, 2008

ISU BABITKAN TUN SALLEH ABAS

ISU KEHAKIMAN 1988

KRISIS Kehakiman 1988 bermula sejurus selepas pemilihan Umno 1987 apabila 11 ahli parti itu memfailkan petisyen membatalkan keputusan pemilihan yang menyaksikan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengekalkan jawatannya mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah dengan kelebihan 43 undi.

Sebelas ahli terbabit difahamkan penyokong Tengku Razaleigh, walaupun beliau tidak mengakuinya secara terbuka, mendakwa keputusan pemilihan itu wajar dibatalkan kerana ada antara perwakilan yang mengundi datang dari cawangan yang belum didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Harun Hashim, yang mengadili kes berkenaan ketika itu, membuat keputusan berpihak kepada plaintif dan mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan tidak sah dari segi undang-undang kerana mendapati ada cawangannya tidak berdaftar mengikut Akta Pertubuhan.

Susulan itu, Dr Mahathir membentangkan satu Rang Undang-Undang di Parlimen bagi meminda Artikel 121 dan 145 Perlembagaan Persekutuan yang secara tidak langsung mengehadkan kuasa badan kehakiman kepada apa yang diperuntukkan Parlimen saja manakala Peguam Negara diberi kuasa menentukan di mahkamah mana kes tertentu boleh dibicarakan.

Berikutan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abas, membuat kenyataan mempertahankan kebebasan dan kuasa mutlak badan kehakiman negara daripada campur tangan cabang eksekutif, yakni kerajaan.

Berikutan itu, beliau dipanggil ke pejabat Dr Mahathir dan badan kehakiman didakwa bersikap berat sebelah dalam kes ‘Umno 11’ sehingga mengakibatkan Umno diisytiharkan pertubuhan haram.
No2umnO - Disebabkan desakan demi desakan dan dalam masa yang sama keceluparan mulut Mahathir ketika ini, Tun Salleh Abas di raikan semula. Terus senyap tak kedengaran lagi lolongan lolongan dan jeritan. Tunggukan....mungkin ada yang berdecit decit selepas ini.

Rujukan lain:
‘Ex-gratia bukan tanda mohon maaf’
RoslanSMS: Perjuangan Tun Salleh dan rakan-rakan
1988 crisis triggered by 'Umno 11' after party polls

Bas ekspres waktu siang sahaja?

Kosmo - Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan mencadangkan peraturan mensyaratkan perkhidmatan bas ekspres hanya akan bergerak di waktu siang sahaja.

Pengerusinya, Datuk Markiman Kobiran berkata, kajian dan perbin- cangan mengenainya selesai tidak lama lagi dan akan dibawa ke Kabi- net.

"Bagi tujuan yang sama, kita akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang terbabit seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Institut Keselamatan Jalan Malaysia Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan beberapa pihak lagi," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemalangan maut yang melibatkan seorang kanak-kanak lelaki, Anna Mail Amin dari Thailand di Kilometer 33, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu baru-baru ini.

Bas yang dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Kuantan dan membawa 23 penumpang itu terbabas lalu terjunam ke dalam tebing curam sedalam 12.5 meter.

Pada perkembangan sama, Marki- man memberitahu, pihaknya juga akan mengkaji sama ada peraturan tersebut merupakan langkah terbaik mengurangkan jumlah kemala- ngan yang membabitkan pengangkutan awam tersebut. more...
No2umnO - Rasa rasa pernah dengar idea ni. Kalau tak silap TGNik Aziz pernah memberikan cadangan seumpama ini. Tapi biaso la...kalau idea mari dari PAS, tolok selalu. Nanti wak chek molek molek. Sajo ya...nok tahu. Kalau betul, kehulu kehilir, pah tu.... ambil idea tu jugok....Isk....Isk.....Isk.... Isk....terjumpa pulok la berito nih nyo.... Abe kakok buleh la rujuk ko sini ... BAS WAKTU SIANG (klik)

MAT REMPIT KENA PELEMPANG


Sebahagian motosikal dan remaja yang ditahan semasa merempit waktu solat Jumaat di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu semalam.
Kena pelempang bapa sendiri.

Itu penangan yang diterima seorang remaja yang merempit waktu solat Jumaat dan ditahan polis semalam.

Dalam operasi mencegah lumba haram oleh Polis Trafik Kota Bharu, seramai 16 remaja termasuk anak kepada seorang penghulu kampung itu ditahan di Jalan Sultan Yahya Petra di sini.

Penghulu yang terkejut dengan tindakan anaknya telah menampar remaja itu.

Ketua Cawangan Trafik Daerah, Asisten Supritendan Tan Chai Heng berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia 14 hingga 16 tahun dan ketika ditahan mereka semua sedang ghairah merempit.

Menurutnya, selain 16 remaja itu ditahan, sebanyak 16 buah motosikal pelbagai jenis turut disita. - Kosmo
No2umnO - Kena pelempang ..... Sedap tu. Tapi kalau nak selamat masuk PutraUMNO. Kat sana tak der pelempang. Rempit dapat TShirt, dapat duit minyak, kebal undang undang dan yang penting tak kena pelempang.

SELASA ... HARI RAKYAT BERTEMU EXCO

Kerajaan Perak bertemu rakyat setiap Selasa

Kerajaan Perak akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan dengan semua Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Perak (Exco) pada setiap Selasa dari pukul 8 pagi hingga 5 petang di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Menteri Besar Perak. Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, program itu diadakan bagi memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengadu sebarang masalah terus kepada kerajaan negeri untuk dibincangkan dan diatasi.

Katanya, pada hari tersebut, pintu pejabat semua 11 Exco termasuk beliau sendiri, sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran rakyat Perak.

''Semua aduan akan dilayan sendiri oleh Exco, namun buatlah temujanji dahulu bagi memberi peluang kepada kami melakukan sedikit persediaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 1,000 penduduk pekan ini semasa melakukan lawatan kerja ke daerah Batang Padang di sini semalam.

Menurut Mohammad Nizar, setiap isu dan masalah akan dikendalikan oleh Exco mengikut bidang kuasa masing-masing.

''Program ini akan menjadi wadah kepada rakyat dan pemimpin kerajaan negeri untuk bertukar-tukar fikiran bagi memajukan negeri dan ini juga dapat merapatkan hubungan masing-masing," katanya. - Utusanloya

LOMPAT PARTI TIDAK BERMORAL?

'Tidak bermoral' pengaruhi pemimpin BN lompat parti
Pakatan pembangkang hanya akan mewujudkan 'kerajaan tidak bermoral' jika ia meneruskan niat melakukan rampasan politik di negara ini dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai mereka.

Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamad Mustafa Ishak berkata, perbuatan itu jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

''Selain itu, perbuatan yang dirancang ini akan hanya melambangkan pakatan pembangkang tidak menghormati keputusan pengundi yang telah memilih BN untuk menerajui negara pada pilihan raya lalu. Ini adalah satu bentuk pengkhianatan," kata Mohamad Mustafa ketika dihubungi hari ini.

Dekan Penyelidikan dan Pasca Siswazah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM itu berkata, perbuatan tersebut juga bakal memecahbelahkan masyarakat.

Mohamad Mustafa mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mendakwa pembangkang terdiri daripada PKR, Pas dan DAP mempunyai cukup Ahli Parlimen daripada BN yang ingin melompat parti menyertai kerajaan pakatan pembangkang. - Utusanloya
No2umnO - Sebelum beri jawapan ... mengerti dulu pihak yang terbabit. Yang lompat, bentuk parti dan kepimpinan. So.....Siapa yang tidak bermoral .... Yang keluar parti atau yang di dalam.

kami tidak akan terperangkap sekali lagi - Husam


Pas tak minat bincang dengan UMNO - Husam Musa
"Ketuanan Melayu ini tiada masalah. Yang jadi Menteri Besar Kedah, Perak, Selangor ialah orang Melayu. Perdana Menteri pun Melayu. Tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai ketuanan Melayu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas saranan pemimpin-pemimpin muda UMNO supaya Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan perbincangan dengan UMNO untuk membincangkan masa depan ketuanan Melayu.

Husam berkata, beliau tidak yakin PKR, Pas dan UMNO dapat mencapai kata sepakat dalam hal tersebut.

Sekiranya UMNO benar-benar serius hendak mencari kesepakatan, adakah parti itu bersedia memberi Pas mengendalikan perbincangan tersebut, ujarnya.

"Kami tidak menentang perpaduan Melayu tetapi kami tidak akan terperangkap sekali lagi," katanya. - Utusan

RUjukan lain: Isu ketuanan Melayu hanya gimik Umno, buang masa bincang - H..

No2umnO -
Yess!!! Husam. UMNO tak pandai tipu. Semua tipunya orang dapat kesan. Dah biasa, kita dah selalu terkena. Kalau sekali, silap. Kalau selalu....memang kita bodoh. So, ulang ... kita malang. Tolak .... kita bijak. UMNO....sorry, kami sibuk. Korang buatlah sendiri.

NGO JANGAN MENYIBUK LA ....

Lantikan PBT berat sebelah

PULAU PINANG 18 April - Gabungan Pemilihan Kerajaan Tempatan (GPKT) yang mewakili beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mempersoalkan pelantikan anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang didakwa sebagai berat sebelah.

Jurucakap GPKT, Ong Boon Keong berkata, ini kerana pihaknya mendapati kebanyakan daripada Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut dipilih di kalangan ahli parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sahaja.

Katanya, walaupun pilihan raya untuk memilih anggota-anggota PBT masih belum dapat dilaksanakan lagi namun kerajaan negeri sebenarnya masih boleh menjalankan sistem pemilihan secara terbuka kerana ia lebih telus dan adil kepada semua orang.

''Ketidakseimbangan dalam pemilihan kali ini jelas apabila hanya tiga orang wakil wanita dipilih sebagai Ahli Majlis walaupun sebelum ini telah dipersetujui bahawa pelantikan kaum wanita adalah sebanyak satu pertiga daripada 24 orang.

''Ahli-ahli daripada persatuan dan penjaja juga tidak dilantik sebagai Ahli Majlis, semua pelantikan ini sekadar janji-janji kosong sahaja," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusanloya
No2umnO - Apa punya bodoh punye berita ni? Kalau dengan BN dulu, sorry la. Semua orang dia. Masa tu NGO tak bising. Mulut keja jahit. Sekarang dah bagi tapi NGO pun tak puas. Ini NGO atau adanya mangkuk menyorok di belakang NGO? Siapa mangkuk tu? U(MANGKUK)NO. Jangan cuba nak bodohkan rakyat bro.....Orang dah tak layan. Yang kecoh selalunya NGO arus biru. So...orang lain nak buat kerja. NGO pergi main jauh jauh. MPPP dan MPSP....jangan layan gangguan nyamuk hutan ni, korang pegi buat kerja. Buat bodoh je.

Berita lain:
Isu tanah: Lim Guan Eng beri Rashid peluang buat penjelasan
Kemelut YDP Maipp dijangka selesai tidak lama lagi

BABI MALAYSIA UNTUK EKSPORT?

China beli babi Malaysia - * Harga termurah di Asia * Tampung permintaan tinggi negara itu

KUALA LUMPUR 18 April – Sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport daging babi ke republik tersebut.

Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan itu dibuat kerana harga daging babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia.

Sehubungan itu, katanya, beberapa syarikat dari China menyatakan minat untuk bekerjasama dengan penternak babi Malaysia bagi menampung permintaan daging babi yang semakin tinggi di negara itu. - Utusanloya
No2umnO - Siapa nak eksport? Siapa yang benarkan eksport? Ini bermakna selama ini memang bertaburan beribu ribu ekor babi tanpa kawalan ..... tunggukan cerita selepas ini. Berita ini tidak jelas. Adakah bakal menjadi satu lagi isu panas ...... siapa punya muslihat?

Terowong Dari Pahang Ke Selangor Tidak Perlu, Kata Husam

bernama - Usaha membina terowong dari Pahang ke Selangor bagi mengatasi masalah kekurangan air mentah di Selangor adalah sesuatu yang tidak perlu, memadai dengan pembinaan lebih banyak kolam takungan air, kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Beliau berkata pembinaan terowong 44.6 kilometer yang menelan belanja keseluruhan RM8.5 bilion itu merugikan, dan masalah air mentah itu boleh diatasi dengan pembinaan lebih banyak kolam takungan air di setiap cabang laluan sungai Selangor yang melalui ibu kota.

"Sungai yang melalui Kuala Lumpur ini semua sungai Selangor. Jika hujan, air sungai pasti tidak dapat menampung jumlah air yang masuk dan menyebabkan limpahan dan seterusnya banjir. Ini juga bermakna Selangor mempunyai air yang cukup. Kalau tidak cukup, pasti tidak akan banjir," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Harakah di sini hari Jumaat.
Husam seterusnya mencadangkan agar satu sistem pengurusan yang bersepadu diwujudkan dengan hanya satu pihak yang diberikan kuasa untuk menyelaras semua kolam takungan tersebut selain mempunyai satu mekanisme pengurusan yang moden.

Katanya beliau juga akan menghantar cadangan berhubung langkah-langkah bagi mengatasi banjir di sekitar Lembah Klang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, esok.

Husam berkata kolam takungan air itu akan membantu dalam mengelak air sungai daripada melimpah tebingnya apabila sesetengah dari cabang sungai itu dapat menahan air dari terus memasuki sungai utama secara serentak, selain mengurangkan masalah hakisan tebing sungai.

Shaziman baru-baru ini dilaporkan berkata projek terowong penyaluran air mentah sepanjang 44.6 kilometer dengan kos keseluruhannya RM8.5 bilion dari Pahang ke Selangor kini menerima bidaan daripada tiga konsortium.

Menurutnya bagi projek itu, Pahang akan memperuntukkan RM3.9 bilion bagi membina terowong air, rumah pam, saluran paip dan empangan manakala Selangor pula membina loji rawatan air kedua di Hulu Langat yang bernilai RM5 bilion.

Posting terkini

Blog Archive