KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 10, 2008

47 remaja masih di Lombok


kosmo - [...] Gejala tersebut kini bagaikan satu trend di kalangan remaja perempuan Malaysia dan pemerhatian Migrant CARE mendapati tindakan nekad untuk lari bersama teman lelaki itu diambil gara-gara kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada keluarga.

Wakil pertubuhan itu, Alex Ong (gambar) berkata, angka tersebut dianggap tinggi kerana penduduk di kawasan berkenaan hanya sekitar 2,000 orang sahaja.

"Hasilnya, kami mendapati seramai 47 remaja perempuan berumur belasan tahun hingga pertengahan dua puluhan yang menetap di sana, malah sesetengahnya sudah berkahwin dan mempunyai anak," katanya.

Badan itu baru-baru ini berjaya membawa pulang Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 12, dan Nurul Wahida Hamzah, 20, yang dilaporkan tunduk kepada kata-kata cinta, seterusnya mengikut teman lelaki mereka yang berasal dari Pulau Lombok ke pulau itu.

Azreen dilaporkan bernikah dengan Tony Wijaya, 27, selepas dilarikan ke Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Disember lepas, manakala Nurul Wahida dari Perak dilaporkan lari ke Lombok bersama buruh Indonesia, M. Yusup, 40-an dan bernikah pada 2005.

Difahamkan, perbuatan melarikan anak gadis merupakan perkara biasa kepada lelaki Lombok dan ia dianggap sebagai satu budaya di sana.

Dalam pada itu Alex memberitahu, Migrant CARE kini sedang berusaha untuk membawa pulang dua lagi remaja, masing-masing berasal dari Negeri Sembilan dan Johor untuk pulang ke pangkuan keluarga mereka di Malaysia.

Kedua-dua mereka akan dibawa pulang ekoran terdapat permintaan daripada keluarga mereka setelah terbaca kisah Azreen yang dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Derita sijil lahir salah jantina


kosmo - Seorang buruh kampung buntu memikirkan masalah tidak boleh memohon kad pengenalan ekoran sijil kelahirannya yang dikeluarkan 26 tahun lalu tertera jantina perempuan sedangkan dia sebenarnya lelaki.

Shahrizan Mansor, 26, dari Kampung Batu Hampar, Merbok di sini berkata, dia seperti kehilangan arah hidup kerana tidak bebas bergerak di samping sukar untuk mendapatkan pekerjaan bagi membantu menyara keluarga ekoran dituduh sebagai pendatang.

Menurutnya, di zaman kanak-kanaknya, dia tidak memikirkan soal perlunya mempunyai kad pengenalan sehinggalah dewasa dan memerlukan dokumen penting itu sebagai bukti pengenalan diri dalam setiap kerja yang dilakukan.

"Saya hidup seperti orang yang melakukan kesalahan, tidak bebas ke sana sini, bahkan untuk keluar ke pekan Merbok yang terletak lebih kurang lima kilometer dari rumah pun saya takut.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

No2umno - bukan salah ibu mengandung ... tapi salah pejabat pendafataran.

'Kami sudah tidak sanggup'

kosmo - Tiada wanita yang sanggup hidup dibayangi anjing liar dan babi hutan, serta tinggal dalam rumah yang gelap dan dikelilingi pokok getah.

Itulah yang terpaksa ditempuhi dua bekas isteri Mamat Abdullah, 61, sepanjang tinggal di rumahnya di Kampung Banggol Nyamuk, Sungai Ikan, Kuala Nerus yang tiada bekalan elektrik.

Isteri pertama, Temah Yusof, 56, berkata, dia sering kali bimbang apabila malam menjelma kerana kawasan rumah akan menjadi sunyi dan hanya bunyi-bunyian di dalam hutan yang kedengaran.

"Pernah beberapa kali saya terserempak dengan kumpulan babi hutan di bawah rumah menyebabkan saya takut untuk turun ke tandas di luar rumah pada waktu malam.

"Suasana amat menakutkan apatah lagi semuanya gelap kerana tak ada lampu macam di rumah orang lain. Saya tidak sanggup lagi tinggal di situ," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Binjai, semalam.

Kosmo! semalam melaporkan dua isteri Mamat meminta cerai gara-gara mereka tidak sanggup tinggal di rumah yang tiada bekalan elektrik sejak empat tahun lalu...selanjutnya [KLIK DI SINI]

cerita berkaitan
Bayar RM3,400 baru boleh dapat elektrik

MAIPP Diminta Beri Penjelasan Mengenai Kegagalannya Bimbing Saudara Baru

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/fairus.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.buletinonline - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meminta Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) supaya memberi penjelasan mengenai kegagalannya membimbing dan menjaga kebajikan golongan mualaf di negeri itu sehingga ada yang kembali ke agam asal.

Beliau berkata Yang Dipertua MAIPP Shabuddin Yahaya perlu membuat penjelasan itu kerana kegagalan MAIPP telah memberi kesan kepada akidah seorang mualaf seperti dalam kes Siti Fatimah Tan Abdullah yang telah keluar daripada Islam setelah dibenarkan oleh mahkamah.

Katanya beliau amat sedih dan kecewa apabila membaca laporan akhbar mengenai teguran Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, yang telah mengendalikan perbicaraan kes wanita itu, bahawa MAIPP seharusnya menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk agama Islam.

"Saya kesal mengapa mereka boleh membiarkan perkara seperti ini berlaku dan di manakah tanggungjawab mereka terhadap golongan mualaf itu," kata Mohamad Fairus yang juga bertanggungjawab terhadap portfolio agama dalam exco kerajaan negeri....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata !

 cucumatkilau - [...] Apa yang lebih menggusarkan kita ialah sikap kerajaan yang kini beriya-iya benar memainkan isu perkauman dalam hal ketuanan Melayu. Rata-rata NGO yang berpihak kepada kerajaan kini kononnya sudah hilang keyakinan terhadap parti pembangkang dalam isu ketuanan Melayu. Mereka mengganggap kemenangan besar Pakatan Rakyat dibeberapa buah negeri baru-baru ini bakal menjerumuskan bangsa Melayu ke lembah kehinaan. Banyak isu yang dimainkan bagi meraih serta menagih simpati orang-orang Melayu. Antara isu yang paling panas sejak 100 hari kemenangan Pakatan Rakyat itu ialah isu DEB yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kemudian isu Lim Kit Siang yang mengarahkan ADUN DAP Perak memboikot majlis angkat sumpah. Selepas itu timbul pula isu Babi di Selangor, dan kini timbul lagi isu penghinaan terhadap Sultan yang membabitkan Karpal Singh.

Maka, mendabik dadalah Pemuda UMNO, GPMS serta lain-lain NGO kononnya ingin membela dan mempertahankan bangsa Melayu. Baru kini mereka sedar yang nasib bangsa Melayu itu perlu dibela. Sedangkan setelah 50 tahun memerintah negara ini, nasib bangsa Melayu terbiar dan tidak terbela. Kaum lain memonopoli ekonomi. Sedangkan orang-orang Melayu hanya layak untuk menjaga harta kaum lain. Orang Melayu hanya layak menjadi anggota polis dan tentera untuk menjaga keamanan dan harta kaum lain. Orang Melayu hanya layak menjaga kebersihan negara. Memang dapat kita lihat kebanyakan pekerja pembersihan bandar, penjaga tandas dan lain-lain lagi hanya orang Melayu yang terpaksa melakukan kerja itu. Berapa ramai kaum lain yang menjadi polis dan tentera? Apakah UMNO dan kerajaan sedar perkara ini. Orang Melayu hanya layak menjadi penganggur setelah menamatkan pengajian di mana-mana pusat pengajian tinggi di tanahair. Anak orang-orang Melayu hanya popular dengan isu Mat Rempit, penagih dadah di pusat serenti, pergaulan bebas serta gejala-geejala sosial yang lain. Malahan orang Melayu juga kini sudah berani Murtad gara-gara pemimpin UMNO yang kononnya mendabik dada untuk membela orang Melayu. Apakah mereka sedar akan semua ini, atau sengaja buat-buat buta?

Dalam isu sultan dan raja-raja Melayu pula, masihkah kita ingat pemimpin UMNO lah yang mempertikaikan imuni raja-raja Melayu. Bahkan yang terbaru juga isu perlantikan Menteri Besar di negeri Melayu Perlis dan Trengganu. Perlantikan sudah diperkenankan dan watikah sudah dikeluarkan oleh sultan negeri terbabit, masihkah kita ingat Pak Lah tidak merestui (Menghina) apabila mengeluarkan watikah lain untuk melantik MB pilihannya iaitu Shahidan Kassim dan Idris Jusoh. Kes ini akhirnya menyebabkan orang Melayu menyokong BN, dan memperlekehkan kuasa sultan. Maka akhirnya mereka berhimpun dan menyatakan kemarahan atas perkara ini. Hingga akhirnya mencetuskan pergaduhan serta timbullah kain rentang UMNO yang berbunyi "Kami Nok Idris Natang !!" yang ditujukan kepada sultan negeri terbabit yang juga merupakan Duli Yang Maha Mulis Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukankah pemimpin mereka yang mahu penyokongnya menghina sultann Trengganu dengan gelaran "Natang @ Binatang", tetapi hingga ke hari ini mereka tidak didakwa atau disabitkan dengan pertuduhan. Sepatutnya orang-orang seperti Pak Lah, Shahidan Kassim, Idris Jusoh serta kroni-kroninya boleh dituduh menghina kerana mereka juga mempertikaikan perlantikkan MB baru negeri masing-masing. Walhal watikah delah dikeluarkan dan dipersetujui oleh sultan (MPPR) negeri terbabit. Bukankah kes ini lebih besar dari isu Karpal sebenarnya....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Naib ketua kecewa dengan Nur Jazlan

malaysiakini - [...] Isnin lalu, Nur Jazlan menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Hamzah Zinuddin, merasmikan program percambahan minda 2008 di Pulai yang menurutnya diadakan tanpa restu Umno bahagian.

Ahli parlimen Pulai itu berkata, majlis tersebut tidak mendapat restu dari beliau saya sebagai ketua bahagian atau jawatankuasa Umno bahagian.

Nur Jazlan dilaporka berkata, Umno bahagian Pulai tidak akannur jazlan mohamed mengadakan mesyuarat khas perwakilan (EGM) jika ia hanya bertujuan semata-mata untuk menjatuhkan atau mencari kesalahan pucuk pimpinan parti.

Semalam, pengarah program tersebut yang juga ketua cawangan Danga, Mohd Yunos menjawab kenyataan Nur Jazlan dengan menjelaskan bahawa program tersebut dianjurkan niat yang ikhlas dan tidak bertujuan mengejar populariti....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Lagi kes wanita tempatan dilarikan warga Indonesia

bharian - [...] Wanita terbabit, Syamimi Rosli, 20, yang didakwa dilarikan dua lelaki juga jirannya di Kampung Melayu, di sini, kini dikatakan berada di sebuah pulau di wilayah Riau, Indonesia.

Kakaknya, Aneelia, 21, berkata beliau sekeluarga pada mulanya tidak menyangka adik bongsu daripada empat beradik itu masih hidup selepas pelbagai usaha mencari Syamimi, termasuk menggunakan khidmat bomoh menemui jalan buntu.

Bagaimanapun, katanya, kehilangan adiknya itu terjawab apabila Syamimi menghubungi makciknya di Taman Suria, di sini, minggu lalu, meminta nombor telefon bapanya dan kemudian menghubungi bapa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Rasuah di negara orang

Utusmeloya - Seorang jutawan barang kemas Hong Kong dihukum atas kesalahan merasuah ejen pelancongan bagi membawa pelancong ke bilik pameran, penipuan cukai dan beberapa kesalahan lain.

Tse Sui-luen, 71, bilionair yang mengasaskan Tse Sui Luen (TSL) Jewellery dipenjara tiga tahun tiga bulan sementara anak lelakinya, Tommy Tse dipenjara lima tahun atas kesalahan yang sama.

Sui-luen yang merupakan pelatih tukang emas dengan memiliki rangkaian kedai barang kemas terbesar di Hong Kong didapati bersalah membayar rebat haram kepada ejen pelancongan bagi membawa pelancong China, Jepun dan Asia Tenggara mengunjungi bilik pameran barang kemasnya dan kemudian mengenakan harga yang sangat tinggi....selanjutnya [KLIK DI SINI]

No2umnO - Bilionare tak billionaire .... semua kena.

Karpal beri keterangan polis hari ini

Utusmeloya - [...] Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis untuk membantu siasatan mereka berhubung laporan polis berkenaan.

Beliau memberitahu, antara keterangan yang mahu dikemukakannya kepada pihak polis esok ialah mengenai cubaan pihak tertentu mempolitikkan isu tersebut sejak beberapa hari lalu.

"Saya bercakap berlandaskan undang-undang mengikut Artikel 135 Perlembagaan Persekutuan dan apabila mengutarakan sesuatu isu, saya telah menelitinya terlebih dahulu.

"Mereka tidak faham undang-undang tetapi mempertikaikan perkara ini, seolah-olah cuba mempolitikkan. Inilah antara keterangan yang akan saya beri kepada polis esok," jelasnya pada sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Pudu di sini hari ini....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Berita berkaitan
PM minta AG bertindak, 9 laporan polis ke atas Karpal sudah dibuat
Giliran Pemuda UMNO P. Pinang buat laporan polis

Posting terkini

Blog Archive